Pemergian insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita hadapi. Saat tidak bersedia, tiba-tiba dia dijemput ‘pergi’ sememangnya satu tamparan hebat dan pastinya menyedihkan. Seperti yang diketahui ramai, Shuib telah kehilangan ‘orang kuat’ dalam hidupnya akibat Covid-19.
Artikel Menarik: [Asyik Kena Marah, Tak Elok. Doktor Kongsi Apa Jadi Pada Anak Bila Dia Dah Besar]
Bukan mudah untuk Shuib untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran Siti Sarah yang dahulunya banyak memberi kekuatan serta dorongan untuk dia terus berjaya dalam setiap bidang yang diusahakan.
Bermula dengan kehidupan ‘biasa-biasa’, gagal dalam perniagaan sehinggalah mereka berdua menjadi usahawan yang berjaya, ternyata pasangan ini menjadi inspirasi kepada banyak orang. Bahkan, Shuib sentiasa memberitahu orang lain betapa besar pengorbanan isterinya dahulu sebelum dia mampu menyediakan kemewahan buat keluarganya.
Terbaharu, melalui perkongsian sebuah video oleh Ajak di media sosialnya mendapat perhatian ramai. Di dalam video tersebut, Shuib dilihat berada di konti radio Suria FM bersama rakan penyampianya iaitu Ajak dan Suraya Borhan.
Artikel Menarik: [Selalu Belai & Peluk Anak, Itulah Erti Superhero Sebenar. Ayah Paling Macho!]
Pada hari tersebut, mereka telah bercerita tentang topik jenis-jenis mengidam ibu hamil dan banyak pendengar turut berkongsi tentang pengalaman mereka. Biarpun Shuib kedengaran gembira ketika mengendalikan segmen tersebut bersama-sama rakannya, ternyata dia masih memendam satu perasaan yang ‘berat’.
Ketika radio memutarkan lagu nyanyian Allahyarham Siti Sarah, Shuib dilihat telah memalingkan wajahnya. Riak wajah sedih dan kehilangan jelas kelihatan, menjadi bukti betapa besar kerinduan Shuib terhadap Siti Sarah.
Artikel Menarik: [Anak Sulung Perempuan Ikut Stail Ibu. Dengar Dia Membebel, Sama Sebiji!]
Meninjau di ruangan komen, Shuib memberitahu hantaran Ajak itu telah membuatkannya merasa sedih dan menangis di awal pagi. Rata-rata yang meninggalkan komen mereka turut sebak melihat situasi tersebut;
Sumber: Ajak Shiro
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)