“Bila Hamzah menangis, datang penemannya (kucing) masuk bilik dan ciumnya. Lepas cium, elok-elok Hamzah tidur dan kucing itu juga akan tidur di sebelahnya.
Memang seperti arwah ayahnya yang selalu pujuk tiap kali Hamzah menangis. Alhamdulillah Allah hadirkan kucing ini untuk menjadi peneman setiap kali Hamzah nangis,” luah Nor Hidayah Mohd Ali.
Hidayah akui sejak arwah Abam pergi, seolah-olah kucing kelabu ini menemani Hamzah sepanjang masa. Pantang dengar Hamzah nangis, laju je datang.
Sementara itu, selepas lebih seminggu pemergian ayahnya, ternyata nampak kerinduan Hamzah pada arwah Abam. Walaupun si kecil ini tak boleh nak beritahu kerinduannya tetapi bila menatap gambar ayahnya seolah dia mengerti.
“ALLAH, mengalir air mata bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat, baru dia berhenti menangis.”
Nor Hidayah sebelum ini berkongsi satu rakaman video di Instagram memaparkan anak tunggalnya, Hamzah tidak berganjak melihat wajah bapa menerusi telefon bimbit.
Tidak petah lagi untuk menzahirkan rasa rindu, namun tindak tanduk Hamzah menyentuh wajah bapanya di skrin telefon bimbit membuatkan peminat tersentuh hati.
“Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah,” tulis kapsyen pada video tersebut.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mengahwini Nor Hidayah pada 2017 meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 8 bulan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Sumber: ig hidayah_abam; ig sirazmier
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI