“Dengar Takbir Raya Teringat Sherharraz Sayu Je Hati Ni.” Luahan Isteri Chot Xoxo Buat Netizen Sayu

Share

“Dengar takbir raya teringat Sherharraz”, isteri kepada Chot Xoxo, Azzah atau Jaja telah meluahkan perasaan sebak dan sedihnya apabila tidak dapat bersama dengan bayi sulungnya pada hari raya aidiladha.

Baby Sherharraz telah mengalami 3 masalah dalam jantungnya yang mana memerlukan pembedahan secara berperingkat-peringkat.

Ibu mana yang tak sedih dan sebak mengenangkan bayi yang masih kecil sakit di hospital pada hari raya. Antara luahanya “Dengar takbir raye teringat Sherharraz, sayu je hati ni.. Ya Allah semoga anak mmy dd kuat ye..esok mmy dtg nengok adik.” Jaja sempat meminta netizen mendokan Sherharraz.

“Sori adik, mmy nengok adik sekejap… Allahuakbar. mmy tak boleh tahan air mata ni, tak sanggup nak nengok Sherharraz nahan sakit.. mmy tahu Sherharraz kuat.. tahan sikit lagi ye dik.. Cepat sihat Sherharazz dah boleh balik dah, tuhan je tahu hati dan perasaan mmy.”

Sherharraz baru lepas menjalani operation di bahagian hidung. Chot turut menceritakan situasi selepas pembedahan anaknya itu;

“Alhamdulillah selamat dan berjalan lancar. Pukul 6.30 pagi tadi dapat call dari hspital melaka, kak misi bagitahu Sherharraz darah low. Dengan sekilas pantas sy terus ke hospital. Sampai hsptal melaka doktor terus jumpa saya dan bagitahu dia kena sawan akibat jangkitan kuman. Doktor bagitahu nak ambik air tulang belakang Sherharraz untuk nak tahu apa jenis kuman yang ada pada dia. Kalau tak buat jangkitan kuman akan resap dalam selaput otak. Kami dalam dilema sebab tak sanggup lagi tengok anak sakit. Allahuakbar” 

Ramai netizen yang mendoakan semoga Sherharraz cepat sembuh seperti kanak-kanak yang lain dan tak lepas juga mengucapkan selamat hari raya kepada mereka sekeluarga. Ada juga rakan artis yang turut mendoakan baby Harraz sembuh dari penyakit tersebut.

Harraz anak yg baik, insyaALLAH cepat sihat

Selamat hari raya Aidiladha, semoga baby Harraz cepat sihat

Rakan artis, Idzham Ismail yang pernah mempunyai anak sakit jantung berlubang turut memberikan kata-kata semangat kepada Chot dan keluarga

BACA: Idzham Ismail Muat Naik Gambar Anak Sakit Jantung Berlubang Masa Lahir, Bagi Semangat Kepada Rakan Artis

Sumber: Instagram Chot Xoxo & Jajafieyrul

Published by
NuFa