“Bila duduk rumah dengan mama papa banyak je cakap, tapi bila depan orang ramai dengan guru-guru anak saya mesti diam membisu”
Pernah tak situasi ini terjadi pada anak-anak anda? Kenapa anak-anak tidak mahu bercakap dengan orang luar? Ikuti perkongsian daripada Developmental psychologist, Puan Pija Ramli ini.
KENAPA ANAK SAYA TAK MAHU BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN TAPI DIA BANYAK BERCAKAP DI RUMAH?
✔️Tahukah ibu bapa bahawa ianya normal utk anak menunjukkan rasa malu / takut / bimbang apabila berada di situasi baru atau perlu berinteraksi dengan orang baru terutamanya bagi ANAK BERUSIA 1-3 TAHUN & TIDAK PERNAH ATAU JARANG DITINGGALKAN BERSAMA ORANG LAIN YG TIDAK DIKENALI SEPERTI PENGASUH ATAU GURU TADIKA.
✔️Tahukah ibu bapa bahawa anak memerlukan masa utk menyesuaikan diri & ianya mungkin mengambil masa antara 1-2 bulan (secara puratanya) dalam situasi baru atau individu baru.
✔️Anak mempunyai temperamen tertentu yg menyebabkan mereka mungkin menunjukkan kadar reaktiviti emosi seperti bimbang yang lebih berbanding rakan sebaya lain apabila berada dalam situasi baru.
Ada sesetengah ibu bapa yang menganggap anak perlu dipaksa untuk bercakap dengan orang lain kerana petah bercakap adalah kemahiran yang bagus. Betul ke?
❌Anak kecil terutamanya yang baru belajar bertutur atau baru mengembangkan kemahiran sosioemosi tidak wajar dipaksa untuk bercakap atau bergaul dengan orang lain, sebaliknya ibu bapa perlu berikan pendedahan & galakan secara berperingkat. Bagi masa pada anak utk mengurangkan kebimbangan mereka terhadap individu atau situasi baru.
Dengan memaksa, ibu bapa secara tidak langsung sebenarnya tidak validate emosi anak & menekan mereka utk bertingkah laku seperti yg orang lain ingini. Sedangkan, mereka perlukan masa utk mahir dalam tingkah laku tersebut.
INTERVENSI AWAL UTAMA UNTUK MENGEMBANGKAN SOSIOEMOSI YANG BAIK
📍Lakukan pendedahan kepada situasi sosial atau individu lain secara berperingkat. Contohnya, anak yang tidak biasa berjauhan dengan ibu bapa sejak lahir & mula ke sekolah memerlukan satu fasa transisi utk membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih baik & mengurangkan kebimbangan. Jadi, sebelum mula sekolah, boleh mula biasakan anak dengan menghantar mereka ke pusat jagaan kanak-kanak utk belajar bergaul dengan orang lain (rakan sebaya & dewasa lain).
📍Tunjukkan tingkah laku mesra apabila bergaul dengan individu lain, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Ibu bapa perlu mulakan dahulu kerana anak pada peringkat ini tinggi tingkah laku peniruannya. Sudah semestinya kita perlu peka terhadap individu lain yg berniat jahat, namun jangan sehingga menjadi overprotective atau paranoid. Dengan teknik ini, anak akan mula berasa kurang bimbang di luar, & merasakan individu lain selamat utk didekati utk mula berinteraksi.
Selebihnya, dapatkan konsultasi & penilaian dengan psikologis kerana setiap anak mungkin memerlukan intervensi yg berbeza.
Selective Mutism adalah keadaan di mana anak hilang keupayaan bertutur disebabkan panik atau bimbang yg keterlaluan apabila berada dlm situasi sosial baru atau berinteraksi bersama individu tidak dikenali.
Kredit:Pija Ramli
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI