Depan orang lain, angelic nya perangai anak-anak. Bila nampak je muka kita, segala sifat yang menyakitkan jantung keluar.
Pernah tak anda mengalami situasi ini?
Bak kata makcik bawang,
“Bila dengan mak je mengada-ngada.”
Baca:
“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman
Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman
Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness
Suprisingly, ia boleh jadi petanda yang baik bahawa anak ‘securely attached’ dengan kita.
Kita adalah tempat yang anak rasa selamat untuk mereka zahirkan emosi yang sebenar.
Bila dengan orang lain, anak jadi macam dinding empangan yang menahan air. Kalau ada emosi negatif nak keluar sekalipun, akan ditahan sebaik mungkin. Stres sebenarnya proses ni untuk anak.
Yet, they are trying to be on their best behavior; Tiba-tiba jadi helpful, lebih mudah bekerjasama dan mau ikut cakap.
Tu sebab bila nampak je wajah insan yang mereka rasa ‘secure emotionally’, terus ’empangan tu pecah’. Lalu keluarlah segala emosi yang ditahan. Dan terpaparlah perangai anak yang sebenar.
Kredit: Wawa Shauqi
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tak Akan Jadi Pemarah, Kecuali Jika Sering Dimarah. Tak Percaya Tengok Lepas Umur 2 Tahun
Anak suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan adik beradik atau kawan-kawannya. Dari mana sebenarnya anak kecil belajar perangai macam ni?
Masalah ini juga sering dihadapi oleh kebanyakan ibu. Melalui perkongsian Pakar Keibubapaan, Kekeluargaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose, seorang ibu muda mengajukan soalan padanya mengenai sikap anak yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.
Ibu bertanya kepada ibu muda itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Ibu tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Ibu dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.
Tidak lama selepas ditanya itu, Ibu melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru seseorang, ” Jangan gaduh-gaduh!” Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada seseorang yang sering melakukan kepadanya begitu?
Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan si ibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.
Cuba pelajari daripada senario ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang, maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.
Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, Ibu tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; ” There is more to parenting than meets the eye” kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Bapa Jangan Takut-takutkan Anak Dengan ‘Hantu,’ Kesannya Anak Jadi Penakut, Tinggalkan Parut Psikologi
Ibu bapa jangan takut-takutkan anak dengan ‘hantu,’ kesannya anak jadi penakut, boleh tinggalkan parut psikologi. Kenapa masih ada ibu bapa yang masih menakutkan anak-anak mereka dengan ‘ada hantu’ semata-mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan.
Ibu Bapa Jangan Takut-takutkan Anak Dengan ‘Hantu’
Menurut Najmi Nawawi, teknik parenting dengan cara menakutkan anak-anak akan hantu akan memberi kesan buruk pada mereka. Ingatlah anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Cerita-cerita yang diada-adakan akan dibayangkan oleh anak-anak dengan 100% benar dalam minda mereka.
Kesannya Anak Jadi Penakut, Tinggalkan Parut Psikologi
Bahkan ia juga boleh membawa kepada kesan jangka masa panjang terhadap ‘psychological consequences’ khususnya ketakutan kepada tempat-tempat gelap secara melampau.
Ia umpama sebuah ‘psychological scars’ yang akan memberi kesan kepada anak sampai bila-bila seumur hidup mereka. Kasihanilah anak-anak, kenapa kita perlu takut-takutkan mereka dengan hantu, semata-mata untuk memudahkan urusan kerja kita.
Jika kita berterusan menakutkan minda kecil mereka itu dengan hantu, ia akan terus mempengaruhi minda ‘subconscious’ dan ‘unconscious’ anak-anak yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit mental yang lebih menyedihkan.
Kita tidak tahu kemampuan penerimaan anak-anak terhadap apa yang kita ceritakan kepada mereka. Lebih-lebih lagi cerita-cerita itu datang daripada mulut ibu bapa mereka sendiri.
Umpama melontarkan batu ke dalam laut, kita tidak tahu sedalam mana batu itu akan tenggelam. Maka berhati-hatilah dalam bercerita atau menakutkan anak-anak.
Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Kerana antara kesan menakutkan anak dengan hantu ialah insomnia, tidur dengan tv terbuka dan lampu tidak ditutup. Masalah dalam akademik kerana anak gagal untuk fokus di dalam kelas dan banyak lagi.
Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi cara lain untuk pastikan anak mendengar kata, tolong jangan guna cara takutkan anak dengan hantu.
Cara Mengelakkan Anak Takut Hantu
Takut hantu adalah salah satu ketakutan yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Cerita-cerita seram atau pengalaman yang menakutkan boleh menyebabkan mereka merasa takut, terutama pada waktu malam. Berikut adalah beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk membantu anak-anak mengatasi ketakutan mereka terhadap hantu.
1. Elakkan Cerita Seram
Elakkan menceritakan atau menonton cerita seram bersama anak-anak, terutama sebelum waktu tidur. Cerita-cerita ini boleh mencetuskan imaginasi mereka dan menyebabkan mereka merasa takut. Sebaliknya, pilih cerita yang positif dan menghiburkan.
2. Terangkan Apa Itu Hantu
Berbincang dengan anak-anak tentang hantu dengan cara yang sesuai dengan umur mereka. Jelaskan bahawa hantu hanyalah khayalan dan tidak wujud dalam dunia nyata. Memberikan penjelasan yang logik boleh membantu mereka memahami dan mengurangkan ketakutan.
3. Berikan Rasa Selamat
Pastikan persekitaran rumah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk anak-anak. Biarkan mereka tidur dengan lampu malam jika perlu, dan pastikan mereka tahu bahawa anda sentiasa ada untuk melindungi mereka. Rasa selamat adalah penting untuk mengatasi ketakutan.
4. Gunakan Mainan atau Objek Kesayangan
Mainan atau objek kesayangan boleh memberikan rasa selamat kepada anak-anak. Biarkan mereka tidur bersama patung kesayangan atau selimut yang mereka suka. Ini boleh membantu mereka merasa lebih tenang dan kurang takut.
5. Ajarkan Teknik Relaksasi
Ajarkan anak-anak teknik relaksasi seperti pernafasan dalam atau meditasi ringkas. Teknik-teknik ini boleh membantu mereka menenangkan diri apabila mereka merasa takut. Latih mereka untuk mengambil nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan apabila mereka merasa cemas.
6. Bercakap Tentang Ketakutan
Dengarkan dan berbincang dengan anak-anak tentang ketakutan mereka. Jangan memandang ringan perasaan mereka. Bantu mereka mengenal pasti apa yang menyebabkan mereka takut dan bincangkan cara-cara untuk mengatasinya. Sokongan emosi dari ibu bapa sangat penting.
7. Gunakan Cahaya Malam
Jika anak anda takut gelap, gunakan lampu malam di bilik mereka. Cahaya yang lembut boleh membantu mengurangkan rasa takut dan memberikan rasa selamat. Pastikan lampu malam tidak terlalu terang sehingga mengganggu tidur mereka.
8. Buat Ritual Tidur yang Menenangkan
Cipta rutin tidur yang menenangkan dan konsisten. Aktiviti seperti membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan, atau bercakap tentang hari mereka boleh membantu anak-anak merasa lebih relaks dan selesa sebelum tidur.
9. Elakkan Menakut-nakutkan
Jangan gunakan ketakutan sebagai cara untuk mendisiplinkan anak-anak. Menggunakan hantu atau cerita seram untuk mengawal tingkah laku mereka hanya akan memperburuk ketakutan mereka. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang positif dan membina.
10. Dapatkan Bantuan Profesional Jika Perlu
Jika ketakutan anak anda terhadap hantu terlalu melampau dan menjejaskan kehidupan harian mereka, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu anak anda mengatasi ketakutan mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Dengan pendekatan yang betul, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengatasi ketakutan terhadap hantu. Sokongan, pemahaman, dan dorongan yang konsisten adalah kunci utama dalam membantu anak-anak merasa lebih berani dan yakin.
Sumber: Najmi Nawawi (Penulis Buku, Motivator)
Baca artikel lain juga: Marah Anak Melampau Boleh Datangkan Kesan Pada Otak, Anak Jadi Penakut!
Pergilah, Nanti Momok Ambil!” Jangan Buat Main Takutkan Anak, Besar Jadi Penakut
Biarlah Anak Nak Main Lasak Sikit, Panjat Sana Sini, Bimbang Nanti Anak Jadi Penakut!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengar Cakap, Esok Bawa Jalan.” Kerap Berjanji Tak Buat, Kita Ajar Anak Menipu
“Mummy janji kalau abang dengar cakap, nanti mummy beli aiskrim”. Pernah tak anda dalam situasi ini apabila berjanji dengan anak.
Janji adalah perkara yang perlu diambil berat oleh semua orang. Kita tidak boleh cakap janji sahaja sedangkan tak menunaikannya. Begitu juga dalam keadaan di mana kita berjanji dengan anak, mereka juga akan ingat dan pasti menuntut janji tersebut. Selagi tidak dapat, selagi itulah mereka akan tanya berulang kali.
Dalam skop janji ini, kita tidak boleh ambil mudah kerana ia akan terkena pada diri sendiri apabila anak mula tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh ibu bapanya. Adakah kita mahu keadaan ini berlaku?
Janji yang tidak ditepati akan mengelirukan anak-anak dan membentuk karakter anak itu apabila mereka meningkat dewasa nanti. Tak mustahil anak juga tidak akan menepati janji kerana menganggap janji itu hanya sekadar keluar dari mulut sahaja.
Janji Hadiah/Ganjaran
Apabila berjanji nak bagi hadiah pada anak, ibu bapa perlu ambil serius mengenai perkara ini. Contohnya, “kalau kakak dapat markah yang baik dalam peperiksaan nanti ayah beri set pensel warna yang besar.”
Sebagai ibu bapa kita jangan berjanji kosong pada anak. Kita kena tahu janji yang dibuat dengan anak biarlah ikut kemampuan diri. Perlu pegang pada janji kerana anak-anak dah tetapkan dalam fikiran mereka mengenai apa yang diperkatakan.
Elakkan berjanji bagai bulan dan bintang sedangkan keadaan ini akan memakan diri kita sebagai ibu bapa. Anak tak akan mengerti kewangan kita. Jadi untuk mengelakkan masalah lain berlaku ada eloknya berjanji perkara yang boleh ditunaikan.
Janji Hukuman
Janji hukuman antara yang sering diperkatakan oleh ibu bapa setiap kali anak melakukan perkara yang salah. Contohnya “ kalau tak kemas mainan, nanti ayah rotan..” “Jangan bising, nanti ibu letak dalam bilik gelap”..
Sebenarnya cara kita cakap sebegini adalah janji kita pada anak kalau mereka masih lakukan juga perkara sama. Tidak bermaksud untuk menggalakkan anak menerima hukuman tetapi ia adalah untuk mengajar.
Jika ibu bapa rasa tidak sampai hati untuk buat seperti apa yang dikatakan, usah berjanji sedemikian. Kalau tak anak akan jadi besar kepala dan tak hirau dah. Mereka rasa ibu ayah tak kan buat pun. Cuma cakap je lebih. Ini antara mesej yang ada dalam fikiran mereka.
Kesimpulannya, jika kedua-dua janji ini tidak ditepati, anak akan mula ada perasaan tidak percaya pada kedua ibu bapanya dan ini sesuatu yang mungkin akan jadi lebih serius jika tidak diberi perhatian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI