Depresi & Anxiety Kembali Selepas Kelahiran Anak, Ibu Ini Kongsi Perjuangannya Untuk Sihat

Share

Luka bengkak, bengkak susu, melecet & bentan selepas bersalin membuat depresi (kemurungan) & anxiety kembali menghantui. Ikuti pengalaman ibu ini yang turut berkongsi cara  kembali sihat.

Kesihatan mental sama seperti kesihatan fizikal. Benar orang yang pernah melaluinya tahu bagaimana sakitnya perasaan apabila diserang depresi.

Pengalaman ibu ini, Nazia Suhaimi yang melalui masalah depresi selepas kelahiran anak . Nazia menghidap Major Dipressive Disorder (MDD) pada tahun 2011 dan pada tahun 2017 disahkan pula mempunyai Anxiety Disorder tahap psychosis di mana dia sudah mula mendengar bisikan untuk melakukan perkara luar norma.

Ibu ini telah berkongsi mengenai keadaan dirinya yang berjuang untuk kembali sihat demi. Berikut ialah perkongsiannya;

Bila ditanya, macam mana saya kuat untuk kembali sihat?

Sejujurnya, kalau tiada support dari suami saya mungkin sekarang anda jumpa saya merayau entah ke mana-mana.

Depresi dan anxiety saya semakin teruk selepas melahirkan Mawar, iaitu anak pertama saya. Dalam pantang, senyap-senyap saya masuk dapur kemudian menangis. Saya tak tahu nak susukan Mawar macam mana.

PENGALAMAN STRUGGLE TERIMA ORANG BARU

Saya terkejut. Saya sangat struggle selepas menerima ‘orang baru’. Saya rasa sangat susah. Saya ingatkan nak susu budak tu senang, rupanya sangat susah.

Luka jahitan bengkak, rahim jatuh, susu bengkak, mengelecet, bentan, anak menangis kuat sebab tak sabar nak susu, orang sekejap cakap tak boleh itu, tak boleh ini, dan paling mengecewakan apabila saya ditegur badan besar tapi tiada susu.

Umpama jatuh dari bangunan tinggi, hati terusuk dek cerucuk bawah.

MULA BERTINDAK SELEPAS HAMIL LAGI

8 bulan selepas kelahiran pertama, saya disahkan mengandung kali kedua. Ketika itulah saya sedar, saya perlu buat sesuatu.

Seawal kehamilan, saya masuk kelas cara susukan anak bersama Mak Minyak Norashida Abd Rahman. Orangnya lembut saja mengajar. Beliau sarankan baca buku Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu oleh Dr. Faridah Idris.

Puas saya cari tak jumpa, akhirnya saya dapat beli secara online di Bookcafe.com.my

MASUK KELAS UNTUK MEMECAH TEMBOK BERDEPAN DENGAN ORANG

Selepas kelas itu, macam-macam kelas saya masuk walaupun ada kalanya saya tak berapa nak faham apa yang saya belajar. Paling kurang, saya sudah mula memecahkan ‘tembok’ ketakutan untuk berdepan dengan orang.

Kalau sebelum itu saya banyak menikus dalam kelas. Bila sudah biasa sesuaikan diri, mana-mana kelas seterusnya saya mudah angkat tangan dan bertanyakan soalan.

KECELARUAN SEHINGGA PERNAH CUBA MELEMASKAN ANAK

Dan siapalah saya, tanpa sokongan kuat dari suami saya.

Kerana ketakutan saya yang melampau, kerana saya pernah cuba lemaskan Mawar, kerana emosi saya tidak stabil, kerana kecelaruan yang saya alami, saya tak henti-henti telefon beliau saban hari, SURUH balik.

Aduhai.. Kasihan beliau..

TEKAD UNTUK SEMBUH 

Bukan itu saja, saya juga mengeluarkan kata-kata kesat, tinggi suara, campak barang.. ahh dah macam orang tak betul! Sedangkan, saya pun tak tahu saya nak apa. Kemudian saya sambung-sambung marah sampai saya reda sendiri.

Oleh sebab itu, saya nekad mahu sembuh! Saya tak nak anak-anak saya membesar dengan emosi tercalar. Saya PERLU berubah!

HILANG KEMANISAN HIDUP, SURUH SUAMI TENTUKAN SEMUANYA

Saya sudah lama rasa hilang kemanisan hidup, tak ada hobi. Saya tak tahu saya suka buat apa. Hari-hari saya suruh suami saya tentukan hidup saya.

MENDALAMI BIDANG FOTOGRAFI

Dan hinggalah satu hari ini, selepas kelahiran Muaawiz. Suami saya MENDORONG saya untuk cuba mengambil gambar. Katanya, hasil-hasil gambar saya sebelum ini nampak cantik. Saya pun, apa lagi kembang-kempis kena puji.

Malam itu juga, saya praktis ambil gambar-gambar Muaawiz ini. Walaupun bukan seperti sentuhan photographer professional, sudah cukup menzahirkan permulaan yang baik.

Sejak itu, saya mula mendalami photography secara serius, walaupun pelan-pelan.

Yosh!

Sumber: Nazia Suhaimi
Berusahalah untuk terus hidup!

Published by
Azma ML