Antara kesan sampingan yang sering terjadi selepas habis kuarantin adalah hilang deria rasa dan bau serta masalah batuk berpanjangan. Ramai mengakui semakin rasa tidak selesa dengan keadaan itu.

Namun tip yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini anda perlu cuba. Terdapat dua rawatan boleh dilakukan dan ia sedikit sebanyak boleh membantu dalam memulihkan semula deria bau. Jom cuba!


“Selepas 2 minggu saya kena Covid-19, saya masih tak boleh bau. Apa boleh saya lakukan, doktor?”

Sesetengah orang yang dijangkiti Covid-19, akan mengalami kehilangan deria bau, sama ada kehilangan separa atau kehilangan penuh. Lazimnya gejala ini akan hilang selepas 2-3 minggu.

Jika anda masih alami kehilangan atau kekurangan deria bau selepas 2 minggu, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk diperiksa. Jika ada keperluan, maka anda akan dirujuk kepada pakar ENT.

Apa rawatan yang dilakukan untuk pulihkan semula deria bau?

Deria Rasa & Bau Masih Tak OK, Doktor Kongsikan Cara Pulihkan Semula Deria Bau Selepas Dijangkiti Covid-19!

1. Terapi Latihan Bau (Smell Re-training Therapy)

Terapi ini fokus kepada melatih semula sel olfaktori(bau) untuk mengenal pasti bau-bau. Terdapat 4 kategori bau yang biasa dilatih semula iaitu bau floral, herba, buah dan resin.

Ads

– Floral = bau bunga : ros / melur / lavender

– Herba = bau rempah : cengkih / buang lawang

– Buah = bau buah sitrus : lemon / limau

– Resin = bau getah pokok : eucalyptus

Latihan bau ini boleh dilakukan di rumah dengan mudah dan selamat. Boleh gunakan bahan-bahan segar untuk 4 kategori bau ini, atau gunakan minyak pati (essential oil).

Deria Rasa & Bau Masih Tak OK, Doktor Kongsikan Cara Pulihkan Semula Deria Bau Selepas Dijangkiti Covid-19!

Ads

Caranya: hidu setiap bahan mewakili ini selama 20 saat setiap satu. Pastikan selama 20 saat itu, anda fokus kepada bau tersebut. Ulang latihan ini, dua kali sehari. Ulang sehingga deria bau kembali.

*Peringatan! Latihan ini bukan rawatan untuk mencegah atau memulihkan jangkitan Covid-19. Ia adalah ikhtiar untuk memulihkan semula deria bau yang telah hilang.

2. Ubat (Decongestant/Antihistamine/etc)

Kadangkala kehilangan bau itu akibat laluan udara dalam hidung tersumbat ekoran bengkakan dindingnya atau hingus yang pekat. Ia biasa dikaitkan dengan keradangan.

Kerandangan ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan seperti antihistamin, semburan steroid, dan sebagainya. Untuk dapatkan ubat-ubat anda disarankan untuk berjumpa doktor dahulu.

Deria Rasa & Bau Masih Tak OK, Doktor Kongsikan Cara Pulihkan Semula Deria Bau Selepas Dijangkiti Covid-19!

Ads

Doktor hanya akan memulakan rawatan dengan ubat-ubatan setelah pemerikasaan dilakukan, dan pasti ia sesuai serta ia tidak menambah risiko kemudaratan.

*Peringatan! Pengambilan apa-apa ubat-ubatan atau suplemen tanpa berbincang dengan doktor, tidak digalakkan. Ini bagi mengelakkan penggunaan ubat yang salah dan tidak berkesan.

Jika ada sebagai kerisauan, kemusykilan dan keraguan, eloklah berjumpa doktor dahulu untuk konsultasi. Boleh ke klinik kesihatan atau klinik swasta berhampiran anda.

Semoga bermanfaat!

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Deria Rasa & Bau Masih Tak OK, Doktor Kongsikan Cara Pulihkan Semula Deria Bau Selepas Dijangkiti Covid-19!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI