Penderitaan si kecil ini cukup menyentuh hati. Pada usia 3 tahun, menanggung kesakitan akibat ekzema dan alergi makanan. Lebih menyedihkan, hanya susu khas boleh diminum. Akibat ketiadaan pelbagai makanan (malnutrisi) membuatkan si kecil ini mengalami tumbesaran bantut.
Muhammad Al Asyiq dilahirkan dengan berat 3.5kg, kini beratnya hanya 11kg. Menurut ibunya, Mas Idayu Masturi anaknya itu tidak dapat menerima makanan lain selain daripada susu khas Novalac Novarice. Sekiranya tersalah ambil makanan, reaksi alahan akan terus muncul di mana anaknya itu akan mengalami kegatalan ekstrem.
MULTIPLE FOOD PROTEIN ALLERGY
Alergi yang dialami anak kecil ini bermula sejak usia Al Asiq bayi lagi. “Ketika mula diberi makan ketika usia 6 bulan, kami mendapati banyak makan dibeikan kepadanya menyebabkan alergik serta merta. Setelah diperiksa, baru kami tahu yang Al Asyiq mengalami Multiple Food Protein Allergy.
BERGANTUNG KEPADA SUSU KHAS
“Buat masa ini doktor syorkan susu tersebut kerana ia alergik pada produk tenusu yang lain. Jika diberi makanan yang tidak bersesuaian dengannya akan menyebabkan gatal dan alergik, ” kata Mastura.
Ads
KATEGORI BANTUT
Memandangkan hanya bergantung kepada susu berkenaan semata-mata, tumbesaran Al Asyiq mengalami gangguan dan berlaku sangat perlahan. Kini dengan berat hanya 11kg.. Berat dan tinggi belum ideal sebab tumbesaran terganggu. Al Asyiq masuk dalam kategori bantut.
Terkini, anak kecil ini mendapat rawatan dan pemantauan daripada doktor di sebuah hospital di Negeri Sembilan. Pemeriksaan pakar pemakanan untuk nutrisi dan pakar kulit untuk ekzema masih diteruskan untuk kanak-kanak kecil ini.
Ads
KOS SUSU SAHAJA RM1,070 SEBULAN
Susu yang diperlukan oleh kanak-kanak ini agak mahal dan setin 800gram hanya bertahan untuk 4 hari sahaja. Dengan dua adik beradik lain yang turut mengalami ekzema, Mastura akui dia memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap bulan bagi menampung kos susu anaknya iaitu berjumlah RM1,070.
Ads
DUA ADIK BERADIK LAIN ALAMI EKZEMA
Selain Al Asyiq yang mengalami Multiple Food Protein Allergy dan ekzema, dua adik beradiknya yang lain turut mengalami ekzema. Abangnya Al Arabi 4 tahun dan adiknya Adnin Al Hannan 2 tahun turut mengalami sakit kulit itu.
“Anak-anak perlu pantang makan. Saya juga memastikan mereka tidak berpeluh. Kulit juga perlu sentiasa lembap. Kalau langgar pantang, anak-anak akan gatal teruk, ” kata Mas Idayu yang perlu menyapu minyak zaitun dan losyen khas kepada anak-anaknya.
Kepada anda yang ingin menyumbang kepada adik Al Asyiq dan membantu meringankan beban kos, boleh menghulurkan bantuan menerusi ibunya Mas Idayu Masturi (Maybank 155032306795).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sindrom Ovari Polisistik atau Polycystic ovary syndrome (PCOS) dialami oleh 2 hingga 26 dalam 100 orang wanita. Sindrom yang terjadi secara senyap ini boleh meningkatkan risiko kanser rahim. Salah satu gejalanya ialah berat badan naik mendadak dan gangguan haid.
Ia mungkin menyebabkan terjadinya tanpa disedari. Dalam senyap dan kealpaan dek kesibukan sehari-hari, tanpa disedari ramai wanita terdedah kepada pelbagai faktor mencetuskan sindrom ini.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan, sindrom ini amat berbahaya kerana memberikan kesan jangka panjang yang dipenghujungnya membabitkan masalah kesihatan kepada wanita. Kanser rahim, tekanan darah tinggi, diabetes, atau kerintangan insulin dan kesan psikologi seperti kemurungan adalah antaranya.
PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
APAKAH OVARI POLISISTIK?
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
APAKAH GEJALA-GEJALA PCOS?
Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung
Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism )
Kepala botak
Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan
Kulit berminyak dan senang naik jerawat
Sukar untuk hamil
Kemurungan dan masalah psikologi
Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.
PUNCA PCOS?
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan
LEBIH HORMON LELAKI
Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki.
Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat.
Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.
BAGAIMANAKAH PCOS DIKENALPASTI?
Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
Haid tak teratur, atau tiada langsung
Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa
Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik
KESAN PCOS KEPADA KESIHATAN DALAM JANGKA MASA PANJANG ?
#1. Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti .
Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
Umur lebih 40 tahun
Sejarah keluarga mengidap kencing manis
Menghidap kencing manis ketika hamil
BMI melebihi 30
#2. Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
#3. Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS tidak meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
#4. Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
TIP MENGURANGKAN RISIKO KESIHATAN DALAM JANGKA MASA PANJANG
Mengamalkan gaya hidup yang sihat
Makan makanan yg seimbang
Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu )
Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal
Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser rahim atau masalah kemurungan.
BOLEHKAH PCOS SEMBUH
PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS.
Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bersyukur punya rezeki untuk menyusukan anaknya, Ana Nayla sehingga kini usia anaknya sembilan bulan.
Jarang-jarang berkongsi cerita, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil menjawab beberapa soalan yang diutarakan peminatnya di Insta Story.
Menjawab persoalan menyusukan anaknya kata Ayda dia bersyukur sehingga kini masih terus diberikan rezeki untuk menyusukan Ana Nayla.
“Alhamdulillah masih. Dah 9 bulan guys,” tulisnya ringkas.
Mengulas mengenai tip penyusuannya kata Ayda, dia tidak mengamalkan sebarang booster atau penggalak susu tetapi kini menambah pemakanan sihat dalam diet hariannya.
Jika dulu kurang makan sayur, kini sayur menjadi makanan wajibnya demi anak. Paling penting kata Ayda, jangan stress.
“Saya dah lama tak minum booster. Buat daripada tak makan sayur dulu, sekarang saya makan and just enjoy the food la.
“Paling penting jangan stress, sebab stress nanti susu tak banyak.
“And mommies dont worry kalau your boobs size comel, sebab susu tak bergantung pada size boobs..haha. Ada yang selambak tapi takde susu. Tu kira rezeki Allah nak bagi.
“Sebab dulu saya ingat lagi ada makcik ni cakap ala kecik t*t*k awak ni nanti mesti takde susu itu MITOS.
“Doa kat Allah nak banyak susu for baby! Insyallah ada,” kongsinya lagi.
Sudah dikandung 9 bulan dan dan dijaga bagi menatang minyak yang penuh, akhirnya si kecil pergi menghadap Ilahi. Kerinduan ibu tak dapat dibendung lagi.
Kehilangan yang dihadapi ibu ini tidak dapat penulis selami, tentunya tidak mudah melihat si kecil sudah tiada lagi. Puan Wan Nur Azalina jelas rindukan anak syurganya Armeen Shaquille yang mengalami Spastic Quadriplegic With Severe Dystonic Cerebral Palsy.
Doktor yang merawat menganggarkan usia anaknya bertahan sehingga 3 tahun, tapi si kecil Armeen pergi ke syurga abadi lebih awal dari itu.
Sejak lahir berjuang, 2 kali nyawa hampir direntap tapi masih gagah.
Mengalami Cerebral Palsy Quadplegia, Armeen melalui kesakitan saban waktu. Demam, muntah dan sawan dialami setiap hari, namun anak kecil ini kuat.
Doktor menjangkakan hayat paling lama 3 tahun
Tapi pada usia 1 tahun 7 bulan Armeen pergi meninggalkan semua
Armeen sayang, mama rindu sangat…
DEMAM SUHU TINGGI
Puan Wan Azalina juga turut berkongsi sedikit sebanyak info mengenai keadaan kesihatan Allahyarham Armeen. Salah satunya ialah tentang demam suhu tinggi 40.1º hingga 40.5º Celcius apabila cuaca terlalu panas. Pemberian sirap paracetamol tidak membantu untuk kebah. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ia tidak boleh diubati kerana demam masalah Thermoregulatory dysfunction mungkin disebabkan oleh pendarahan otak yang dialami anaknya ketika dilahirkan dulu.
Berbotol sirap diberi, lepas 4 jam suhu naik mencanak lagi
Armeen tidak akan mampu bertahan dalam suhu sekeliling yang sejuk atau panas ekstrem.
MUNTAH HINGGA TIADA APA YANG BOLEH DIKELUARKAN
Ibu ini juga turut berkongsi bagaimana Allahyarham Armeen tidak dapat memproses susu yang diminum. Apabila dikeluarkan (disedut keluar menggunakan mesin khas), barulah dia lega dan boleh tidur. Menurut ibu ini, ia adalah petanda yang tidak baik bagi kesihatan Armeen.
PERKONGSIAN MENGENAI PENYAKIT YANG DIALAMI ARMEEN
Ibu ini juga turut berkongsi catatan tentang keadaan yang dialami oleh Allahyarham Armeen Shaquille. Ia disifatkan oleh ibu ini sebagai perjuangan seumur hidup.
Perlu dirujuk kepada pakar
Pendarahan otak menyebabkan kecederaan pada bahagian otak
Cerebral Palsy setiap individu itu unik
Deria pendengaran hilang,mata tak nampak & masalah untuk menelan makanan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.