Dessert Ala-Ala Cha Bang Ang. Modal RM15 Boleh Makan 10 Orang. Berbaloi Sangat!

Share

Musim panas sekarang ni, bila dapat minum air yang sejuk-sejuk alangkah nikmatnya. Selain buat air yang dah memang kesukaan anak, apa kata sesekali tukar pula kepada menu yang lain sikit.

Resipi pencuci mulut ala-ala Cha Bang Ang ini yang dikongsikan oleh Maya Miera boleh anda cuba untuk dihidangkan pada seisi keluarga.

Dessert petang.. Ala-ala Cha Bang Ang..Macam biasa la bila ramai-ramai dekat rumah ni, baik beli barang-barang dan buat sendiri. Modal baru RM15 boleh makan untuk 10 orang, siap boleh bertambah.

Resepi:

1 cawan susu kotak full cream
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1/2 peket biji selasih
1 tiub cincau
2 sudu besar air gula merah
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Ais kiub secukupnya

Cara-caranya:

Masak susu cair, susu pekat, esen vanilla dan secubit garam. Masak sekejap je bagi suam2 dan sebati.

1/2 peket biji selasih rendam dengan air biasa,dah kembang tapis dan basuh sikit
Selasih dah kembang, siap basuh dan tapis

Masak susu cair, susu pekat, esen vanilla dan secubit garam

Potong cincau, rendam selasih, satukan semua bahan dan sedia untuk dihidang.. Sedappppp rugi tak cuba!

Slurpppp boleh makan dah

Campur semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk besar dan kacau. Siap boleh dihidangkan, cedok masuk ke dalam mangkuk kecil.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy