Pernah tak ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran si kecil dalam perut tu terlintas, macam mana keadaan baby dalam perut tu? Ok ke tak ok? Ada apa-apa masalah ke?
Itulah tujuan Detail Scan ni. Untuk check dan tahu keadaan dan juga tumbesaran bayi di dalam perut.
Kenapa perlu untuk tahu?
Sebab mudah sebagai persediaan awal. Kalau ok, syukur, tak perlu nak risau apa-apa.
Tapi kalau baby ada alami masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation.
Jadi apa yang doktor scan masa Detail Scan ni?
✔ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak.
✔ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit.
✔ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama.
✔ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen.
✔ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
✔ Tulang belakang.
✔ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari.
✔ Jantina baby.
✔ Tali pusat.
✔ Keadaan serviks ibu.
✔ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah.
✔ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.
Waktu sesuai untuk lakukan detail scan ini boleh dibuat antara minggu ke 18-26 sebab kalau baby dah besar, baby akan padat sangat. Jika dibuat selepas tempoh itu ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat.
Detail scan ni hitam putih je. Jadi jangan minta yang berwarna pada doktor masa scan.
Sumber: Klinik Dr Asmah