Ramai ibu bila dah tau mengandung akan gembira sangat. Ada tu yang tak sabar nak tengok jantina bayi.
Sebenarnya kalau diikutkan detail scan lebih penting daripada scan 3D, 4D, 5D. Kenapa?
Berikut perkongsian dari Klinik Dr Asmah.
Kalau tanya saya secara personal, MEMANG SANGAT PENTING!!
Lagi penting dari 3D,4D,5D
Bukan nak kata 3D,4D,5D tu tak penting. Tapi seeloknya buatlah DETAIL SCAN ni..
Detail scan ni doktor akan scan dengan lebih DETAIL. Maksudnya dari otak sampai kaki. Doktor akan check otak ok tak, sebab sesetengah baby ada yang otak kosong atau penuh dengan air. Doktor juga akan check spine, badan, kira satu persatu jari kaki tangan. Doktor akan check jantung ok tak, berlubang atau tak.
Ha!!! itulah maksud DETAIL SCAN. Detail scan ni lebih accurate dalam 18-26 minggu sahaja sebab kalau dah besar, baby akan padat sangat. Ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat.
DETAIL SCAN ni dalam hitam putih ja. Jadi jangan minta yang berwarna pada doktor masa detail scan ni ye.
Sumber: Klinik Dr Asmah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Emo Suami Je Tahan”, Sarat Hamil 7 Bulan, Ain Edruce Makin Berseri-Seri!
Diam tak diam, pelakon dan pengacara lincah dan petah, Ain Edruce kini sudah pun memasuki bulan ke tujuh kehamilannya.
Tampil berkongsi beberapa keping gambar photo shoot kehamilannya bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa, Ain dilihat cukup berseri-seri. Tambah berseri kala pasangan bakal mommy dan daddy ini memilih persalinan serba putih untuk photo shoot itu. Cantik.
Kata Ain menerusi Instagramnya, kandungannya kini sudah pun memasuki usia tujuh bulan. Malah turut berterima kasih pada yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
“Betul lah orang kata best moments happen when they are unplanned.
“Alhamdulillah. 7 months dah. Thank you semua yang mendoakan,” kongsinya.
Malah kata Ain lagi dia bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa melayan karenahnya sepanjang kehamilan ini.
“Having a loving husband is a blessed. Yang korang nampak yang happy je.. yang emo-emo mirul je tahan. Hahaha. Love you daddy.
“Thank you @fillea_studio sebab sudi amik gambar kiteorang. Tunang pun dia, sampai mengandung pun dia,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata peminat Ain di Instagram turut memuji kecantikan dan aura seri yang dimiliki Ain malah turut mendoakan agar Ain dipermudahkan kelahiran bayinya sedikit masa lagi.
Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2019 dan kini pasangan happy go lucky ini bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada Mei ini.
Artikel berkaitan: Yes Im Pregnant, Alhamdulillah, Ain Edruce Umum Hamil Anak Pertama
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ainedruce
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah Faye Kusairi! Sedang Hamil Anak Kedua. Akui Alami Alahan Teruk Berbanding Hamil Anak Pertama
Tahniah kepada pelakon Faye Kusairi yang kini sedang hamil anak kedua. Usia kandungan Faye kini sudah pun memasuki trimester kedua iaitu 4 bulan.
Walaupun sedang hamil, pelakon 7 Hari Mencintaimu ini tetap aktif dengan dunia lakonan. Malah sudah mula berlakon sejak aktiviti penggambaran dibenarkan semula sejak 10 Jun yang lalu.
Berdasarkan laporan BH Online, Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkata, tiada alasan buatnya menolak tawaran lakonan biarpun sedang berbadan dua.
“Alhamdulillah, saya kini hamil anak kedua. Bagaimanapun, saya tetap bekerja apabila terbabit dengan penggambaran drama Keluarga Pasar siaran RTM.
“Sebelum ini, saya baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2 yang kini sedang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.
Alami alahan teruk, berehat di rumah ketika PKP
“Jujurnya, saya mengalami alahan lebih teruk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.
“Saya hanya kembali bekerja apabila aktiviti penggambaran dibenarkan. Keadaan saya bertambah baik, tetapi bohonglah jika cakap tak penat.
“Penat juga, tetapi tidaklah teruk sangat. Semuanya baik-baik sahaja ketika penggambaran,” katanya.
Mengulas kerjaya seni yang agak perlahan, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Istikharah Cinta itu berkata, dia tidak menyepikan diri atau memilih tawaran lakonan, sebaliknya belum ada rezeki naskhah yang menonjolkan dirinya.
“Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang ‘outstanding’ yang membuatkan penonton nampak saya.
“Saya juga tidak merajuk seperti yang diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.
“Ada sahaja tawaran lakonan yang diterima dan saya tak pernah pilih naskhah. Jika tawaran bersesuaian dengan jadual, saya terima. Jika tidak, saya terpaksa tolak,” katanya.
Isteri kepada pengarah, Azmi Hatta itu berkata, dia sibuk menguruskan perniagaan produk Aura Kasih, sejak tahun lalu.
“Disebabkan itu, saya banyak mengembara ke Brunei Darussalam dan Singapura untuk tujuan mempromosi.
“Alhamdulillah, orang sudah mula kenal, jadi saya tak banyak terbang ke sana sini, jadi bolehlah mengambil banyak tawaran lakonan,” katanya.
Faye yang berkahwin dengan Azmi pada 9 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Sumber: BH Online & Instagram Faye Kusairi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tunggu Masa Awak Keluar Je”. Perut Dah Makin Ke Bawah, Nad Zainal Akui Berdebar
Rasanya macam baru je lagi tengok watak Juweta yang dipegang oleh pelakon serba boleh, Nad Zainal dalam drama Takdir Yang Tertulis. Kini pelakon kecil molek itu sedang menunggu masa untuk melahirkan anak keduanya tidak lama lagi.
Ketika dalam lakonan drama yang trending di Malaysia baru-baru ini, usia kandungan Nad ketika itu masih baru lagi. Sewaktu penggambaraan itu, Nad dalam fasa di awal kehamilan tetapi tidak menampakkan pun kepenatannya. Malah watak yang dipegang juga cukup terkesan di hati penonton.
Melalui Instagramnya, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik beberapa keping gambar dan video ketika menjayakan sesi ‘photoshoot maternity’ baru-baru ini.
“Hanya bila-bila masa je”
Pelakon berusia 31 tahun itu mengakui tidak sabar menanti kehadiran ‘orang baru’ hasil perkongsian hidup dengan suami yang juga pengurus peribadinya Faliq Amirudin.
Ibu kepada Fahad Ibrahim Muhammad Faliq akui, anak sulungnya itu yang dipanggil abang long juga teruja menunggu adik di depan matanya.
Bila-bila masa saja baby akan keluar. Lagi buatkan Nad rasa berdebar ramai yang kata perutnya dah makin ke bawah.
Perut dah makin ke bawah
Bila dah perut ke bawah, maksudnya Nad dah kena siap sedia. Tambah pula ni kelahiran kedua. Mungkin lagi cepat.
Sebagai mencipta memori untuk kehamilan keduanya, Nad membuat sesi photoshoot dengan menggayakan dress merah.
Dia juga mengakui jarang memakai pakaian warna terang, lagi-lagi yang berwarna merah. Namun ternyata telah menaikkan lagi seri wajahnya dan mendapat pujian ramai.
Sehingga kini Nad masih berahsia mengenai jantina anaknya. Rata-rata pengikut dan rakan artis turut teruja menantikan kehadiran bayinya dan mendoakan agar proses kelahiran dipermudahkan kelak.
Nad mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Kredit: Instagram Nad Zainal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI