Berbanding imbasan atau scan biasa, detailed scan antara yang disarankan oleh doktor untuk mengesan sebarang kecacatan sturktural yang dialami bayi terutama bagi ibu hamil berusia 35 tahun ke atas.
Malah menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Prince Court Medical Centre, ‘detailed scan’ membolehkan pemeriksaan menyeluruh dilakukan termasuklah pemeriksaan organ dalaman seperti otak, muka, jantung, paru-paru, perut, buah pinggang, usus, tulang belakang, pundi kencing dan sebagainya.
Menerusi Instagram, Dr Maiza berkongsi mengenai apa yang perlu mama ketahui mengenai ‘detailed scan’ ini.
▶️ Detailed Scan juga dikenali sebagai Anomaly Scan @ Anatomy Scan. Ini adalah Scan 2D yang bertujuan untuk memastikan bayi terbentuk sempurna & mengesan kecacatan struktural bayi.
Ads
▶️ Scan mengambil masa sekitar 30-45 minit (mungkin lebih jika kehamilan kembar) & disertakan dengan laporan lengkap.
▶️ Hanya sonographer / Doktor Pakar O&G atau Pakar MFM yang terlatih & bertauliah sahaja boleh melakukan Detailed scan dengan lengkap.
▶️ Scan terperinci ini melibatkan:
#1 Ukuran pertumbuhan janin, air ketuban, keadaan uri, rahim & jantina
#2 Pemeriksaan organ dalaman seperti otak, muka, jantung, paru-paru, perut, buah pinggang, usus, tulang belakang, pundi kencing
▶️ Masa yang sesuai : apabila kandungan berusia antara 18-28 minggu.
Ads
Antara indikasi untuk menjalani Detailed Scan:
✅ Berumur 35 tahun ke atas
✅ Sejarah keluarga melahirkan bayi abnormal
✅ Pernah melahirkan bayi abnormal atau sindromik
✅ Ibu mempunyai Type 1 / 2 Diabetes Mellitus, penyakit jantung kongenital atau penyakit kronik lain
✅ Air ketuban yang terlalu sedikit / terlalu banyak
✅ Janin yang mengalami pertumbuhan yang terbantut (IUGR) sebelum 28 minggu
▶️ Anggaran kos bergantung kepada klinik/hospital/doktor/sonographer yang melakukan scan : antara RM250-500.
Ads
▶️ Ada ketika detailed scan tidak dapat mengesan keabnormalan janin yang sangat kecil. Ketepatan juga bergantung kepada BMI ibu, kedudukan janin, jenis mesin skan & individu yang melakukannya.
Jika ibu memilih untuk melakukan satu scan khas saat hamil, disyorkan untuk melakukan Detailed scan. Walaupun kos sedikit tinggi berbanding scan biasa, ia adalah ujian yang paling penting untuk mengetahui tentang keabnormalan janin.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saya kini hamil tujuh bulan. Ini bayi sulung saya. Ketika membuat pemeriksaan kandungan, doktor menyatakan keadaan uri saya berada di bawah dan menutupi ruang untuk bayi keluar. Adakah keadaan uri ini akan berubah? Perlukah saya dapatkan rawatan tradisional seperti berurut untuk menaikkan uri kembali?
Jawapan:
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh darah yang mengalir daripada bayi ke uri.
Kedudukan uri di dalam sesuatu kehamilan merupakan satu fenomena yang spontan dan rawak. Uri pada peringkat awalnya mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna putih dalam imej ultrasound. Bentuk sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Apabila kandungan semakin membesar, uri tersebut akan tertumpu kepada satu-satu bahagian. Ia adalah anterior (hadapan), posterior (belakang), lateral (sisi, sama ada kanan atau kiri), low lying (uri berada di kawasan bawah rahim dan 90% akan naik ke atas apabila kandungan berusia 28 minggu) dan fundal (uri duduk di kawasan atas rahim). Ketika hamil, setiap 13 minggu bersamaan dengan tiga bulan. Ini bererti 26 minggu (enam bulan). Jika kandungan puan berusia tujuh bulan, ini bererti janin berusia 30 minggu.
Jika uri masih berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar, puan dikategorikan sebagai kes placenta praevia. Uri yang menutup ruang untuk bayi keluar, ia dikenali sebagai placenta praevia major. Kalau uri berdekatan dengan ruang untuk bayi keluar (tetapi tidak menutupnya), ia digelar placenta praevia minor.
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat tetapi bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Puan bolehlah bertanya doktor mengenai tahap placenta praevia yang puan dialami.
Risiko kes placenta praevia adalah pendarahan. Ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 28 minggu. Pendarahan yang diakibatkan olehnya membahayakan ibu dan kandungan. Oleh itu, puan dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga bersalin. Jika berlakunya pendarahan semasa berada di hospital, puan mempunyai peluang untuk selamat daripada masalah ini. Puan akan ditolak ke bilik bedah untuk melahirkan bayi dan seterusnya, doktor akan mengeluarkan uri. Selepas uri dikeluarkan, barulah pendarahan ini berhenti. Apabila pendarahan berhenti, nyawa ibu akan terselamat.
Jika mengurut cara tradisional atau bukan tradisional, risikonya adalah pendarahan juga. Nyawa bayi dalam kandungan boleh melayang bila pendarahan berlaku. Sekiranya kurang faham atau kurang percaya, pergilah kepada doktor yang kedua atau ketiga, dapatkan pendapat mereka. Jika semuanya menasihatkan perkara yang sama, saya pasti puan dan suami tidak akan berlengah lagi untuk masuk ke hospital.
Ibu hamil dan mempunyai masalah placenta praevia tidak akan merasai kesakitan atau kurang sihat sehinggalah pendarahan berlaku. Darah yang keluar mengalir dari faraj turun ke paha dan kaki, membasahi kain atau baju berlaku secara senyap dan tiba-tiba. Hanya yang sudah sedia ada di wad boleh menerima rawatan yang segera.
Kesimpulannya, kes placenta praevia adalah kes yang boleh meragut nyawa. Untuk keselamatan diri puan terutamanya, daftarlah ke hospital yang berdekatan dan akurlah dengan nasihat doktor. Saya doakan keselamatan puan dan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi Liza Hanim berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini dah masuk lima bulan.
Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.
“Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.
“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram.
Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur baru-baru ini
Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.
Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
“Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah.
“Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti… time being, kerja tetap kerja!,” katanya.
Sumber: Mstar Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan pelakon Korea yang cukup dikenali, Son Ye Jin dan Hyun Bin mengumumkan bakal bergelar ibu dan ayah selepas Ye Jin dilaporkan hamil.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ye Jin sendiri menerusi satu hantaran terbarunya di akaun Instagram miliknya semalam.
Pasangan drama bersiri Korea popular, Crash Landing On You yang cukup dikenali ini mengumumkan bakal menyambut kedatangan orang baru dalam hidup mereka sekaligus mengesahkan kehamilannya.
“Apa khabar semua? Saya baik-baik sahaja. Saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua.
“Kami sedang menantikan kedatangan orang baharu dalam keluarga kami. Namun secara jujurnya saya masih lagi bingung.
“Saya merasakan ada perubahan pada badan setiap hari, dalam masa yang sama rasa bimbang dan teruja,” tulisnya berkongsi rasa gembira di Instagram.
Masih dalam tempoh berhati-hati, Ye Jin bagaimana pun menjelaskan dia enggan berkongsi lebih awal kerana mempunyai sebab tertentu.
Pun begitu, dia amat teruja untuk menantikan si comel kesayangan mereka yang dinantikan sekian lama.
“Saya sangat bersyukur tetapi saya perlu berjaga-jaga, jadi saya tidak memberitahu sesiapa pun berita gembira ini.
“Jadi saya ingin berkongsi berita gembira ini bersama peminat dan juga kenalan yang sudah lama menantikan kehamilan ini seperti kami.
“Kami akan berusaha melindungi dan menjaga sebaik mungkin kurniaan yang diberikan pada kami ini. Saya harap anda semua kekal sihat dan hargai orang yang tersayang. Saya doakan anda semua bahagia,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Hyun Bin dan Ye Jin melangsungkan perkahwinan penuh gilang gemilang sekitar Mac lalu.
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.