“Di Layan Macam Ni, Tahun Depan Abah Jep Boleh Tambah Anak Lagi’. Sari Yanti Kongsi Momennya Berpantang

Share

Wanita sekarang mungkin kalau bab pantang selepas lahirkan anak tak macam orang dulu-dulu. Kalau zaman mak-mak kita dulu selagi tak lepas 40 hari memang terasa seksa sangat.

Kini dengan peredaran zaman, adat berpantang tu mungkin dah dimodenkan sikit tapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri tersebut.

Bagi pelakon Sari Yanti yang telah melahirkan bayi perempuan baru-baru ini, dia juga tetap memilih berpantang secara sihat walaupun ini adalah kelahiran ketiga buatnya.

Melalui posting di instagramnya, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu ini telah memuat naik gambarnya sedang ditungku.

Menurutnya, masa melahirkan anak pertama dan kedua dulu, tak de lah nak berpantang sangat. Setakat pakai stoking dan jaga makan je.

Bila dah ada orang offer suruh pantang betul-betul, rasa nervous sangat. Macam-macam fikir takut tak boleh nak ikut apa yang disuruh. Tapi semuanya itu hanya tanggapan awal sahaja sebabnya lepas lahir dan menjalani tempoh berpantang, bila dah kena sauna, berurut, bertungku, bertangas, scrub badan dan dihidangkan dengan menu pantang yang sedap, rasa nikmat sangat.

Paling lucu juga, Sari Yanti sempat bergurau di statusnya dan ditujukan kepada Jep dengan kapsyen ‘Jadi maknanya tahun depan Dariya Inara boleh dapat adik lagi..

Hanya posting itu sahaja, ramai yang mengaminkan dan mendoakan yang terbaik buat keluarga Jep dan Sari Yanti.

Manakala di instagram Jep pula, memang nampak Jep seorang abah yang hebat. Walaupun sibuk dengan kerja, Jep sesekali seboleh-bolehnya nak luang masa dengan anaknya.

Peminat juga turut memberi pujian pada Jep sebab pandai dodoikan anaknya tidur, jenis yang suka melayan dan tetap buat lawak biarpun si kecil tu belum faham apa-apa.

Tak kisah lah apa pun, yang penting lepas ni Jep dapat jadi abah yang sporting buat Dariya Inara dan semoga membesar menjadi anak solehah.

Sumber: instagram Sari Yanti & Jep Sepahtu

 

 

Published by
Wan Amy