Di Mana Ada Ibu, Situlah Anak Ada. Ibaratnya Ibu Kena Sedia Jadi Magnet Sepanjang Masa

Share

Mak Ke Magnet? Kenapa boleh diumpamakan seperti ini bila ada anak. Ramai juga yang kata, bila ada mak di situ pasti anak pun ada sekali walaupun ayah ada depan mata.

Melainkan jika anak tu memang manja dengan ayah, mak bolehlah tarik nafas lega sikit. Bagi Puan Masturah Abu Bakar yang banyak berkongsi tip keibubapaan nak jadi mak mesti bersedia jadi magnet bila-bila masa saja. Berikut antara perkongsiannya

Nak jadi mak bersedialah jadi macam magnet. Anak melekat je. Macam ada tarikan.

Mak duduk kerusi 2 tempat duduk, semua pun ikut nak duduk sana. Mak duduk kerusi 1 tempat duduk, semuanya memanjat atas peha, belakang, tangan. Macam ada magnet.

Mak duduk kerusi makan, baru nak suap nasi dalam mulut. Eh, tetiba datang segerombolan duduk jugak. Tak kira lagi yang si kecik melekat kat kaki mintak angkat.

Mak masuk bilik nak lurus pinggang. Eh, tetiba muncul tentera entah dari mana. Naik tilam melompat-lompat.

Mak pergi dapur semua masuk dapur.

Mak masuk bilik air ada yang ketuk. Intai pun ada.

Mak baru nak bergosip dengan adik beradik, eh datang pulak memerap semuanya. Yang besar sampai yang kecik semua sama.

Jadi mak ni macam magnet, ada je besi yang mengikut.

Tidur pun ada yang melekat.

Yang anehnya dengan bapak takde pulak nak melekat. Memang pelik sungguh lah.

Sumber: Masturah Abu Bakar

#pasrah #bertabahlah

Published by
Wan Amy