Seramai 229 kanak-kanak dilaporkan hilang di seluruh negara berdasarkan semakan dilakukan di Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang setakat hari ini.
Jumlah itu termasuk sebilangan kanak-kanak yang dilaporkan hilang dan gagal ditemui sehingga kini sejak beberapa tahun lalu.
Antara kanak-kanak yang tersenarai dalam portal berkenaan adalah C Nisha yang berusia dua tahun ketika dilaporkan hilang pada 4 Jun 2010.
Lokasi terakhir Nisha dikesan sebelum dilaporkan hilang adalah Jalan Bendera 20, Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang.
Seorang lagi kanak-kanak tersenarai adalah TV Sathiskumar berusia lima tahun ketika dilaporkan hilang pada 8 Ogos 2012.
Baca Juga:
Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
Sathiskumar yang menghidap penyakit sawan sejak kecil dikatakan kali terakhir dilihat di Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Kanak-kanak yang turut tersenarai adalah Low Min You berusia tiga tahun ketika dilaporkan hilang pada 9 Mei 2014.
Min You yang mempunyai parut pada bibir dikatakan kali terakhir dilihat di tepi jalan berdekatan tandas Shell di Kampung Air, Karamunsing, Sabah.
Turut tersenarai ialah Qaseh Qumairah Damia Abdullah yang berusia tujuh tahun ketika dilaporkan hilang pada 23 Januari 2017.
Kanak-kanak itu yang mempunyai tanda lahir pada pipi dilaporkan hilang di Kota Tinggi, Johor.
Seorang lagi kanak-kanak yang tersenarai adalah Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah berusia lima tahun ketika dilaporkan hilang pada 28 September 2019.
Kali terakhir Puteri Nurardiana dilihat ketika berada di bilik tidur di rumahnya di Bintulu, Sarawak.
Kredit: Hmetro
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!