Kecoh juga bila wanita bergelar mama menuntut masa untuk diri sendiri atau me time. Sebenarnya me time ni teramatlah perlu untuk wanita bagi merehatkan seketika minda mereka. Nak juga relakskan diri sekejap sambil santai dan minum kopi kegemaran.
Tapi bukan semua wanita sukakan cara yang semacam tu. Ada juga yang lebih gemar berada di rumah dan berehat sendiri. Smart juga cara me time yang dikongsikan oleh Suhana Salleh ni.
Hari itu dah ber’me time’ dengan anak-anak di luar. Hari ini saya ber’me time’ dengan anak-anak di rumah pula.
Caranya.
1. Pastikan suami ada kerja di luar seorang.
2. Saya terpaksa tinggal dengan anak-anak saja di rumah.
3. Tanya suami dia balik rumah pukul berapa. (Kalau dia kata balik petang atau malam dapatlah kita ber’me time’ lama sikit di rumah.)
4. Setelah suami pergi barulah saya ber’me time’.
5. Antara cara me time saya di rumah adalah;
– Tak payah masak tengah hari.
– Masak menu ringkas atau menu yang kita suka tapi suami tak berapa nak suka.
-Beli saja makanan kat luar makan di rumah kalau malas sangat nak masak.
– Biarkan anak buat sepah sesuka hati. Tak perlu marah-marah.
– Tak endahkan kain baju yang menggunung tak berlipat
-Basuh baju tapi tak perlu rushing nak sidai.
-Buat kerja saya yang tertangguh tanpa rasa bersalah. Contohnya check almari baju anak-anak, tengok bil dan surat-surat yang sampai, buat bayaran secara on-line, siapkan kerja menulis yang tertangguh, update FB dan seumpamanya.
-Kemas dapur ala kadar.
-Pinggan mangkuk kotor transit kat singki dulu.
-Bermalas-malasan atas katil.
-Tidur tanpa gangguan (tapi kena pesan dengan yang besar tengok adik-adik. Jangan bagi main kat toilet dan dapur-kawasan larangan.)
-Kalau nak suruh anak buat latihan masa nilah paling sesuai.(kalau ada ayah diaorang lagi ngada-ngada. Tak boleh kena tegur sikit.)
6. Keluarkan ayam/ikan yang nak dimasak awal supaya cepat lembut. Mudah nak masak nanti.
7. Tapi kena pastikan, anggarkan masa 30 minit sebelum suami balik;
– Dah get ready kemas rumah
-Sapu sampah, susun barang yang berterabur, kain baju yang menggunung at least dah susut sedikit, atas meja tak de barang yang tak perlu.
-Masak nasi dan lauk pauk untuk makan malam dan siapkan terus atas meja makan.
– Anak-anak yang kecil dah dimandikan. Pakaikan baju elok-elok. Letak bedak wangi-wangi.
-Saya pun dah mandi siap-siap dan terurus.
8. Mesti apabila suami balik hati dia tenang bila tengok semuanya under controlled.
Smart,kan?
Jadi siapa kata orang perempuan anak ramai tak boleh ber’me time’ di rumah.
Suhana Salleh
Masa kita, kita sendirilah yang uruskan.
Kredit: Suhana Salleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI