Memandangkan situasi sekarang ini pergerakan terhad ia sedikit memberi kesulitan kepada individu yang bergantung pada gaji hari atau hanya bekerja sendiri. Keadaan ini bukan saja memberi kesulitan tetapi menyebabkan mereka ini terpaksa berjimat.
Betul bagi orang yang tiada masalah mereka hanya akan rasa bosan kerana tidak dapat keluar tetapi bagi golongan yang sederhana dan berpendapatan rendah, keadaan ini benar-benar buatkan mereka rasa sedikit tertekan. Lagi-lagi yang mempunyai anak dan memerlukan bekalan makanan.
Kayuh basikal minta sumbangan
Apa yang membuatkannya berasa sebak bapa ini sanggup mengayuh basikal dari jauh dan menahan vannya untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumah.
Bagaimanapun ia sedikit sedih apabila ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.
Namun pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan setelah mereka bertukar nombor telefon.
Dalam perkongsian Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan sehingga mahu mencium tangannya.
Sumber: FB Abam Botak