Sindrom hair tourniquet keadaan yang biasa di alami oleh bayi dan terjadi apabila rambut atau benang terlilit pada bahagian jari tangan atau kaki. Lilitan yang kuat ini akhirnya mengganggu aliran darah normal.
Jika serius, jari anak mungkin akan dipotong kerana di anggap sudah mati dan tak dapat berfungsi.
Sindrom Hair tourniquet kerap berlaku dikalangan bayi yang berusia sekitar 5 bulan. Biasanya rambut ibu yang banyak gugur akibat perubahan hormon boleh jadi salah satu puncanya selain benang pada sarung tangan atau sarung kaki bayi.
Berikut antara kes yang berlaku pada seorang bayi berusia 5 bulan yang dikongsikan oleh Dr Ahmed Kamarulzaman (Klinik Perubatan Ikram). Semoga menjadi peringatan buat semua ibu bapa.
Seorang bayi 5 bulan dibawa ke hospital atas sebab jarinya sudah pun mati (necrosis)
Dijemput ibubapa dari pengasuh setelah tamat kerja. Ketika itu, bayi sudah pun disiapkan oleh pengasuh untuk tidur. Lengkap berpakaian tidur, beserta sarung tangan dikedua belah tangan.
Keesokan paginya, ingin dimandikan dan disiapkan sebelum dihantar ke pengasuh.
Sarung tangan kiri dibuka. Kelihatan jarinya yang sudah pun HITAM! Segalanya disebabkan oleh benang sarung tangan secara tidak sengaja terlilit di jari tengah bayi tersebut.
Ibu bapa terkejut, lalu dibawa bayi ke hospital. Namun, segalanya sudahpun terlambat.
Jarinya sudah pun mati dan tak boleh dikembalikan. Bayi tersebut dijangka menjalani pembedahan membuang jarinya yang telah pun mati itu.
Pesanan untuk Ibu bapa : Sila periksa jari anak-anak anda yang dipakaikan sarung tangan / sarung kaki. Jangan biarkan tangan dan kaki tertutup lama.
Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman
Pegawai Perubatan