Di sebalik kegembiraan menimang cahaya mata Khamis lepas, rupanya pelakon jelita Sari Yanti pernah hamil luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan membuang satu tiub fallopiannya.
Menurut Sari, lepas sebulan berkahwin dengan pelawak terkenal Jep Sepahtu, dia disahkan hamil tetapi kerap mengalami turun darah dan dimasukkan ke hospital. Rupanya dia mengandung luar rahim atau kehamilan ektopik.
Mulanya dia yang sebelum ini sudah mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan pertama beranggapan susah untuk hamil lagi kerana tiub fallopian sudah tinggal satu sahaja.
Tetapi rezeki Allah siapa yang boleh menduga. Tak lama lepas menjalani pembedahan dia hamil sekali lagi. Sari sangat bersyukur dan gembira dengan kurniaan tersebut.
Tak hairanlah Sari agak low profile sepanjang kehamilannya. Rupanya dia nak jaga betul-betul kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
Rezeki Dikurnia Bayi Perempuan
Alhamdulillah Sari akhirnya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada hari Khamis lepas.
Jep telah berkongsi sekeping gambar bersama isterinya Sari yang memangku bayi mereka di dalam instagramnya.
Allahuakhbar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan serta doa yang tak henti-henti buat kami. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tq Sayang Sariyanti
Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari tahun lalu.
Tahniah diucapkan kepada Sari dan Jep di atas kelahiran cahaya mata sulung. Selamat menjalani tempoh berpantang Sari Yanti.
Sumber: Instagram Sari Yanti, Jepsepahtu & Nona