Di Sebalik Jari Tak Sempurna, Tulisan Surah Al-Fatihah Inilah Membanggakan Umi!

Share

Allah itu adil! Di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang Dia akan bagi pada seseorang itu. Hal ini dikongsi oleh pengguna Facebook Ruz Dyah, di mana dia berkongsi kemampuan anaknya untuk menulis tulisan jawi dengan sempurna dan kemas walaupun keadaan fizikal anaknya tidak begitu sempurna.

Menurutnya, anaknya yang bernama Muhammad Alif Firdaus itu menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa iaitu salah satu penyakit kulit yang serius. Penyakit tersebut membuatkan jari jemari anaknya itu tidak terbentuk dengan sempurna di samping keadaan kulitnya yang mengelupas kemerah-merahan.

Kekurangan bukan penghalang

Alhamdulillah, dah masuk darjah 3 hero umi dan papa, cepat je masa berlalu. Syukur pada Mu ya Allah, Kau permudahkan segala urusan kami, walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi.

Semangat adik yang terlalu kuat kadang-kadang membuatkn umi rasa terharu. Walaupun adik tak macam kanak-kanak lain tapi adik mampu berdikari, tak pernah merungut dan tetap bersemangat untuk mendapatkan ilmu.

Umi bangga dengan kekuatan yang Allah berikan pada adik, anugerah yang tak ternilai buat umi dan papa. Semoga tahun baru ni semangat adik bertambah kuat, ceria dan sentiasa tersenyum. Umi papa sayang adik dunia akhirat.

Menurut coretan si ibu, anaknya begitu semangat untuk menempuhi zaman bersekolah walau banyak dugaan yang menimpa mereka.

Kekuatan yang ada pada diri Aliff menjadi pembakar semangat buah ibu dan bapa untuk terus memberi sokongan penuh buat anaknya itu. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.

Tulisan kemas dan tersusun

Walaupun jari jemari adik tak sempurna seperti kanak-kanak lain tapi tulisan adik tetap cantik dan kemas, kalah abang dan kakak. Tulisan umi pun takleh secantik tulisan adik tau. Kalau ikutkan memang susah adik nak menulis disebabkan jari jemari adik yang dah melekat antara satu sama lain tapi adik tetap semangat. Semoga adik sntiasa dibawah lindungan Allah.

Bagaimanapun, anaknya tidak pernah mengalah untuk menjadi seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia turut meluahkan rasa bangga dengan kelebihan anaknya yang mampu menulis ayat Al-Quran dengan baik walau dengan tangan tidak sempurna.

Sumber: Ruz Dyah 

Published by
Wan Amy