Isteri mengharapkan suami lebih peka dan memahami dirinya. Walaupun tidak pernah memberitahu apa yang dia inginkan, para isteri lebih suka supaya suami lebih mengambil berat tentang dirinya. Suami pula bukan tidak peduli, tetapi kadang-kadang tidak faham jika tidak diberitahu.
Di dalam penulisannya, Dr Taufiq Razif memberitahu tentang apa yang biasanya para isteri inginkan dari seorang suami.
Fitrah emak emak ni memang suka nak berhias dan nak dilihat cantik. Lebih lebih lagi di depan suami yang dia kasihi.
Mak-mak akan jadi makin cantik bila:
1. Dia diberikan bajet khusus untuk Self Care diri. Tak perlu banyak tapi yang penting cukup untuk dia merawat dan mencantikkan diri.
2. Dia diberikan masa khusus untuk memanjakan diri sendiri. Kadang tak perlu ke spa atau salon pun. Asalkan diberikan peluang dan masa memang mereka akan cari cara untuk merawat dan mencantikkan diri sendiri.
3. Dia diberikan peluang untuk Self Reward diri sendiri seperti melancong, shopping dan sebagainya. Selepas berhempas pulas menjaga pasangan dan anak anak, Self Reward ni sangat perlu untuk menjaga motivasi dalaman diri. Hilang motivasi diri, maka hilanglah seri.
Artikel Lain: [Kalau Suami Isteri Asyik Bergaduh Depan Anak, Anak Akan Hilang Hormat & Susah Dengar Kata]
4. Dia diberikan nafkah batin yang mencukupi keperluan diri. Nafkah batin ini termasuklah pergaulan yang baik dan kasih sayang yang membuatkan hatinya menjadi tenteram dan tenang.
Artikel Lain: [Isteri Yang Dibantu Suami, Isteri Bahagia. Bukan Harap Duit & Emas, Cukuplah Rajin Tolong!]
5. Dia perlukan pasangan yang memahami psikologi dan keperluan diri seorang wanita. Perbezaan jantina membuatkan ramai wanita tidak memahami lelaki dan ramai lelaki tidak memahami wanita sedangkan ilmu memahami pasangan adalah ilmu yang sangat penting untuk keharmonian rumahtangga.
Wanita dan isteri yang cantik datangnya daripada rumahtangga yang bahagia dan harmoni.
Sebenarnya isteri tak perlukan wang ringgit atau hadiah mahal-mahal dari suami. Sikap prihatin dan ambil berat dah cukup untuk buat seorang isteri bahagia. Sama-samalah bertolak ansur dan saling memahami. Isteri ambil hati suami, begitu juga sebaliknya. Dengan itu, rumah tangga kekal harmoni dan bahagia selalu.