
Buat pertama kalinya Pakar Bedah Kelahiran Malaysia, Dr Amalina membawa cahaya mata sulungnya bersiar-siar di sekitar London, United Kingdom.
Menurut perkongsian Dr Amalina yang menetap di United Kingdom, dia membawa puteri tercinta bersiar-siar di usia bayinya 4 hari.

“At four days old, she had her first walk with mummy and daddy”

Bella nampak begitu selesa bersiar-siar sambil tidur di dalam stroller dibaluti selimut dan topi comel.
“Bella all cosy in her pram wrapped up in blankets and her cute bear hat”

Namun wajah comel Arabella Mia pula yang menjadi tumpuan ramai. Sebelum ini Dr Amalina ada berkongsi gambar bayinya namun tidak sejelas ini.

Rata-rata memuji kecomelan baby Arabella Mia dan mendoakan agar bayi ini membesar dengan sihat dan baik.
iguntukshopping
Comel nyaa. Comel sgt2 😻😻😻
sharifahkhalisahh
tomeiiii
sherondutta
Awww precious indeed ….. congrats mommy n daddy n to both families 🙏
Kredit: Dr Amalina

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kena Marah, Tetap Nak Tidur Sini” Rumah Macam Taska, Ramainya Nak Belajar Puasa Dengan Ozlynn!

Melihat didikan yang sering dikongsikan pasangan selebriti Ozlynn Wati dan Johan buat kesemua anak-anak mereka, pujian seharusnya diberikan.
Mana tidaknya, bukan hanya berpuasa bahkan kesemua anak-anak pasangan ini sudah diajar mengerjakan solat sejak mereka kecil malah berjemaah setiap subuh menjadi kewajipan bagi keluarga ini. Hebat!

Menerusi Instagramnya, Ozlynn turut berkongsi bukan hanya kelima-lima anak mereka bahkan puasa kali ini turut sama disertai beberapa orang anak kecil lain yang mahu turut sama belajar berpuasa.

“Maka bermulalah kehidupanku dengan taska. Makin ramai la bebudak kat umah bila tau aku ada.
“Mak-mak, bapak, ibu-ibu semua yang ada anak kecik di sini, jangan lupa baju anak kamu yahhhhhh!!
“Jujur cakap semua budak-budak dalam gambar di atas dah pernah kena marah, pekik, libas… tapi tetap nak tidur sini jugak. Tetap tak serik,” tulis Ozlynn berkongsi.

Bahkan kata Ozlynn lagi, kesemua mereka juga didik sama seperti anak-anaknya yang pernah kena marah dan pekikan. Semuanya demi menjayakan solat dan puasa mereka.
“Esok ada sorang budak 5 tahun nak training puasa. So esok aku update perjalanan kejut sahur, solat subuh membawak ke berbuka ok. Semoga dipermudahkanNya.
“So esok budak-budak 7 tahun dengan 6 tahun and 3 tahun dah boleh puasa. Senang hidup aku sikit. Just pantau je, sorang je sok kita latih. Upah?

“Tengok perangai dulu, kalau masing-masing tak dengar cakap. Takde lah upah toys ke apa.. ko duk je la main sesama korang.
“Free, tapi kena ingat my house my rules. Once dah masok sini kira anak kami. Marah, rotan standby je kalau tak…,” ceritanya lagi yang turut berkongsi di ruangan komen.

“Tanda-tanda rumah penuh keberkatan”
Dalam pada itu, cara didikan Ozlynn yang melayani anak-anak lain sudah semestinya mendapat pujian ramai malah para pengikutnya turut sama berseloroh mahu menghantar anak mereka untuk berlatih berpuasa bersama Ozlynn.

Malah ramai yang turut mengucapkan tahniah atas usaha dan didikan hebat ini.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi Mencungap & Bertukar Biru Masa Minum Susu! Awas, Jangan Sengaja Campur Bijirin Dalam Susu Bayi

Keadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biru, ini adalah petanda dia sedang tersedak susu.
Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Keadaan ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum.
BERISIKO JANGKITAN PARU-PARU
Antara risiko yang berlaku ialah jangkitan pada paru-paru atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap bayi.
Kemahiran menghisap bayi satu kemahiran yang wujud sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun. Perkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.
Sentiasa pantau bayi semasa menyusu untuk mengelakkan tersedak.
KEMAHIRAN MENGHISAP BELUM CEKAP
Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.
Bayi akan menunjukkan refleks gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak.

JANGAN BERIKAN SUSU YANG DICAMPUR BIJIRIN!
Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan susu selepas mencapai usia 6 bulan. Oleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.
Tambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal/ pelengkap.

BAYI BERISIKO TERSEDAK
Bagi mama dan papa yag mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati-hati. Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak yang mengalami keabnormalan pada struktur oral, saluran penelanan dan pernafasan seperti;
- Klef bibir lelangit
- Kelewatan perkembangan global
- Masalah neurologi seperti Cerebral Palsy atau Down Syndrome
- Masalah perubatan yang kompleks iaitu masalah jantung kongenital, paru-paru dan ginjal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Guna Sudu Beri Ubat. Berisiko Dan Bahaya Pada Anak Jika Terlebih Atau Terkurang Dos

Menurut kajian terkini, penggunaan sudu yang tidak tepat saiz untuk mengukur ubat cecair akan menyebabkan kesukaran menentukan dos.
Ini kerana amaun ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengakibatkan terlebih dos. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengapa sepatutnya kita jangan guna sudu untuk beri ubat kepada anak.
Jangan guna sudu, ia tidak tepat
Adakah anda menggunakan sudu untuk mengukur ubat cecair?
Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda sebenarnya boleh atau tidak menggunakan sudu untuk mengukur dos ubat cecair? Kebanyakan ibu bapa pasti pernah menggunakan cara ini terutamanya ketika memberi anak ubat batuk atau selesema jenis cecair. Dan ketika itu, anda mungkin menganggap ia adalah normal. Namun demikian, kajian ini mungkin akan mengubah persepsi anda. Sebaiknya, jangan guna sudu untuk beri anak ubat.

Dalam kajian yang dijalankan untuk melihat cara ibu bapa mengukur ubat cecair, para pengkaji mendapati bahawa 39% daripada ibu bapa salah mengukur dos ubat yang mereka mahukan dan 41% lagi salah mengukur ubat yang doktor preskripsikan. Selain itu, ibu bapa yang menggunakan sudu untuk mengukur ubat juga cenderung tersalah dos sebanyak 2 hingga 3 kali dan tidak mengikut preskripsi doktor sebanyak 1 hingga 9 kali.
Kesan jangka masa panjang guna sudu untuk beri anak ubat
Dalam kajian terbaharu, seramai 200 individu dinilai. Mereka diminta untuk menuang 5 ml dos ubat selesema – bersamaan 1 sudu teh, ke dalam sudu yang pelbagai saiz. Kemudian, mereka akan ditanyakan sama ada mereka yakin atau tidak dengan ubat yang telah dituang tersebut.
Keputusannya, sebanyak 11,6% kes terlebih dos berlaku pada sudu yang bersaiz besar dan 8,4% kes yang menggunakan sudu bersaiz sederhana pula terkurang dos. Ia masih berlaku walaupun individu tersebut sudah amat yakin mengenai dos ubat yang dituang mereka.
Menurut Dr. Ian Paul yang merupakan seorang pensyarah Jabatan Ubat dan Kanak-kanak di Penn State College, Amerika Syarikat, amaun ubat yang dituang ke dalam sudu memang tidak akan tepat. Ketidaktepatan dos ini akan membuat kanak-kanak lebih berisiko terlebih dos atau terkurang dos ubat. Ini kerana setiap ubat yang dipreskripsikan adalah berdasarkan kepada berat badan, kondisi kesihatan dan umur kanak-kanak.
Kanak-kanak juga adalah lebih sensitif berbanding individu dewasa. Oleh itu, sebarang kesilapan dalam dos ubat boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang serius seperti kes keracunan ubat yang pernah terjadi akibat salah dos ubat.
Apa yang ibu bapa perlu buat?
Untuk lebih yakin dan selamat apabila memberikan ubat kepada anak, jangan guna sudu. Sebaliknya, guna tutup botol pengukur atau picagari untuk mengukur dos ubat. Atau, anda juga boleh meminta kepada doktor sudu yang telah dicipta khas untuk mengukur dos ubat. Selain itu, anda juga boleh meminta doktor menukar arahan ketika memberi anak ubat daripada penggunaan sudu kepada penggunaan ukuran ml untuk mengelakkan kesalahan dalam pemberian dos ubat kepada anak.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


