Siapa sangka jika Allah nak bagi rezeki anak, rezeki itu akan dapat juga. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Cuma jangan pernah berputus harap dan berusahalah selagi mampu.

Bagi seorang ibu ini yang mahu dikenali sebagai Ummi Aina dianugerahkan anak perempuan ketika usianya 44 tahun langsung tak pernah terlintas di fikirannya.

Tapi siapa kita nak menolak ketentuan dari Allah. Selama 10 tahun berkahwin dan pernah sekali mengalami keguguran ketika usia perkahwinan masuk 3 tahun (2011).

Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin, Baru Dapat Peluk Anak Sendiri. Eryna Hadiah Paling Bermakna!

Namun rezeki waktu itu tiada kerana masuk usia kandungan 2 bulan 1 minggu berlaku keguguran dan waktu itu juga doktor dapat kesan ada fibroid yang bersaiz 6 cm x 6cm.

Selepas setahun keguguran dan mahu cuba hamil sekali lagi, saya pergi semula jumpa doktor pakar untuk buat pemeriksaan lanjut. Waktu itu doktor suruh cuba untuk mengandung secara normal tanpa perlu jalani apa-apa rawatan kerana peluang itu ada.

Saya juga tak melakukan pembedahan membuang fibroid. Bagaimanapun dalam tempoh 7 tahun sebelum saya disahkan hamil 2018 macam-macam usaha saya lakukan.

Memang waktu itu sangat perit untuk kami suami isteri kerana mendapat banyak pertanyaan dari rakan-rakan dan saudara mara mengenai anak.

Rasa juga stres dengan soalan cepumas itu namun siapa kita untuk bercakap. Ini kerana saya percaya rezeki dari Allah. Malah doktor juga beritahu tiada masalah untuk hamil lagi walaupun saya ada masalah fibroid kerana ia tak menganggu pun.

IKLAN

Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin, Baru Dapat Peluk Anak Sendiri. Eryna Hadiah Paling Bermakna!

Cuma mungkin belum tiba lagi rezeki saya nak dapat anak pada waktu tersebut. Disebabkan keinginan nak ada cahaya mata sendiri, sepanjang 7 tahun selepas keguguran itu saya sangat menjaga pemakanan, sentiasa aktif, buat work out dan sering mendaki bukit bersama suami jika ada masa terluang.

Dalam tempoh itu, saya tak ambil makanan bergoreng dan berminyak dan amalkan makanan rebus, stim dan bakar.

Disahkan Hamil

Usaha ini akhirnya terbalas apabila tahun lalu, selepas beberapa hari haid lewat dan buat ujian kehamilan, dapat berita gembira saya hamil 5 minggu.

IKLAN

Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin, Baru Dapat Peluk Anak Sendiri. Eryna Hadiah Paling Bermakna!

Waktu itu hanya Allah yang tahu perasaan kami dan tak sangka juga Allah Maha Mendengar dan tetap beri saya peluang jadi seorang ibu walaupun pada umur 44 tahun.

Masa itu mulalah rutin untuk lakukan pemeriksaan bulanan dan doktor juga ada menjelaskan risiko hamil lewat usia dan kesan pada bayi nanti. Namun saya tetap berserah padaNya walaupun terdetik juga rasa risau dalam hati.

Di sebalik kegembiraan itu doktor juga sahkan fibroid saya semakin besar dan bersaiz 8cm x 8cm. Penjagaan kesihatan dan pemakanan memang saya titikberatkan dan akan makan semua ubat yang dibekalkan doktor setiap hari kerana risau bayi tak dapat zat yang cukup kerana perlu bersaing dengan fibroid.

Kuasa Allah sekali lagi, semasa buat scan ketika kandungan 7 bulan, doktor sahkan fibroid saya dah mengecut kepada 3cm x 3cm.

IKLAN

Alhamdulillah bulan 10 genap usia kandungan 38 minggu saya selamat lahirkan bayi perempuan seberat 3.49 kilogram secara pembedahan kerana faktor umur.

Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin, Baru Dapat Peluk Anak Sendiri. Eryna Hadiah Paling Bermakna!

Kini dengan hadirnya Nur Eryna dalam hidup kami dialah penyeri dan penguat kasih sayang dalam rumah tangga.

Walaupun sebelum ini doktor sentiasa menjelaskan risiko yang perlu saya tanggung ketika mengandung dan melahirkan anak nanti, semuanya lancar dan dipermudahkannya.

Mungkin juga doa saya selepas solat memohon agar Allah kurniakan bayi yang sihat dan kekuatan pada saya untuk terus membesarkan amanah ini. Kini selepas 4 bulan benar-benar buat saya bersyukur bila tengok wajah Eryna.

Pesanan saya buat wanita yang belum dikurniakan cahaya mata jangan putus asa. Sentiasa berdoa dan minta padanya. Jika sampai masa dan waktu sesuai, rezeki itu tetap ada walaupun pelbagai ujian sukar.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI