“Dia Akan Jadi Bapa Terbaik Buat Anak Kami” Lesti Kejora Pilih Jalan Damai Demi Anak!

Share

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti terkenal Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar akhirnya selesai selepas kedua-duanya memilih untuk berdamai bagi mengakhiri persengketaan di antara mereka.

Semuanya demi buah hati tercinta mereka, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia sepuluh bulan.

Sekembalinya Lesti dari mengerjakan umrah di Tanah Suci, Lesti tekad untuk menarik kembali laporan polis yang dibuatnya terhadap Rizky malah sudah pun memaafkan suaminya.

Malah menurut kata Lesti lagi, dia percaya hubungan mereka akan kembali pulih seperti biasa dan yakin Rizky adalah bapa terbaik buat anak mereka.

Ketika dipertemukan buat pertama kali selepas kemelut itu pada Selasa lalu, Lesti dan Rizky dilihat jalan beriringan sambil berpelukan ketika berada di Balai Polis Daerah Jakarta Selatan.

“Salah satu yang membuatkan saya yakin (ketika menarik semula kes) adalah dia akan menjadi bapa terbaik buat anak kami.

“Ini adalah satu pengajaran bukan sahaja buat dirinya tetapi saya sendiri.

“Semoga kami akan menjadi pasangan suami isteri yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Bahkan di pertemuan itu, Lesti juga turut mencium tangan suaminya.

Sementara itu, Rizky turut berjanji kepada keluarga mentuanya bahawa dia akan menjadi seorang suami yang lebih baik kepada Lesti dan menjaganya dan anak mereka dengan lebih baik.

Terdahulu, tindakan Lesti yang memaafkan Rizky menerima tentangan orang ramai terutama dari peminatnya sendiri.

Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM