“Dia Anak Syurga” Percutian Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Terjatuh Dari Hotel

Share

Siapa sangka percutian sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila anak bongsu mereka maut dipercayai terjatuh dari hotel mereka menginap di Tanjung Bungah, di sini, hari ini.

Menurut laporan dari MalaysiaGazette kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa, Nur Airis Hafeeya Faizal, 6, baru selesai mandi di kolam renang hotel berkenaan bersama lima ahli keluarganya.

Menurut ibu mangsa, Siti Norra Salleh, 44, mereka sekeluarga menginap di hotel berkenaan semalam bersama suami serta empat anaknya.

Jelas Siti Norra, mereka sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah sepatutnya menghantar anak sulungnya yang berusia 22 tahun ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Balik Pulau di sini, hari ini.

 

“Ketika kejadian kami semua mahu naik semula ke bilik untuk mengemas barang selepas mandi tingkat bawah hotel tersebut, namun tiba-tiba anak saya melulu masuk lif sebaik melihat orang awam keluar dari lif tersebut.

“Tiada seorang daripada kami yang sempat naik bersamanya ekoran pintu lif tutup dengan cepat. Susulan itu, kami mencari Nur Airis Hafeeya hampir 10 minit sebelum dikejutkan dengan berita penemuan mayat kanak-kanak di tingkat dua hotel tersebut.

“Saya tergamam dan tidak sangka mayat yang ditemui itu adalah mayat anak bongsu saya,”

Tambah Siti Norra, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan anak bongsunya itu walaupun ia merupakan dugaan berat buat mereka.

“Saya tak sangka jadi macam ini, baru seminggu saya kehilangan mak dan kini anak bongsu pula. Malah, pada hari kejadian saya meminta dia (Siti Airis Hafeeya) mencium jenazah mak buat kali terakhir, namun dia mengatakan tidak mengapa Hafeeya boleh jumpa tok di syurga dan baru saya faham maksudnya itu.

“Saya reda, Allah lebih sayang dia. Dia anak syurga,” katanya.

Kredit: Malaysia Gazzete

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

 

Published by
NuFa