Walaupun kemelut rumahtangga pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil sudah pun selesai dengan hak penjagaan anak-anak sepenuhnya kepada Diana, namun kata Diana, dia dan bekas suami tetap bekerjasama untuk membesarkan dua anak mereka.
Akui Diana menerusi perkongsiannya di Harian Metro, Farid masih ada sebagai bapa kepada kedua cahaya mata mereka dan dia tidak akan membesarkan anak seorang diri.
“Saya masih ada dia (Farid) yang membesarkan bersama saya walaupun kami dah tak tinggal serumah,” tambah Diana.
Malah kongsi Diana lagi, Farid adalah bapa yang baik dan mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk terus membesarkan dua anak mereka, Muhammad dan Aurora.
“Farid bapa yang baik.
“Saya yakin dia adalah bapa yang baik. Itu anak-anak kami, jadi kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya berkongsi.
Bahkan kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia tidak mahu sebarang permasalahan terutama isu berebut anak-anak yang boleh memberi kesan kepada dua anaknya kelak.
Malah katanya lagi, dia akan memastikan komunikasi antara dia dan Farid menjadi sesuatu yang peribadi buat mereka.
“Apa-apa saja komunikasi yang kami buat mengenai anak-anak, semuanya kami simpan untuk kami sendiri selesaikan,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Farid dan Diana telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu. Hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad dan Aurora.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!