Saban hari melihat perkongsian pengacara program Borak Kopitiam ini di Instagram, hati terasa berbunga riang melihat kegembiraan pemilik nama Dayah Bakar yang kini berada di Australia bersama suaminya.
Hampir lima bulan menetap di Australia, Dayah dilihat sering berkongsi pelbagai aktivitinya bersama suami dan anak malah kerap berkongsi mengenai perkembangan anaknya, Achbar Muhammad Fahri yang kini sudah pun berusia lapan bulan.
Terbaru, bukan hanya berpeluang berpuasa di perantauan bahkan Dayah Bakar juga kini sudah mula menghantar anak sulungnya ke sekolah. Semuanya bagi mendedahkan anak kecil itu dengan persekitaran dan bergaul dengan rakan-rakan seusianya.
Memuat naik video ketika Fahri di sekolah, banyak aktiviti yang dikongsikan Dayah bagi mendedahkan anaknya dengan pelbagai aktiviti. Seronok melihat aksi Fahri yang tidak kekok malah mencuba pelbagai aktiviti ketika berada di sekolah.
“Fahri’s 1st day to school.
“Ibu 🥺 la tiba-tiba Fahri dah pergi school, apa ni?
“Basically, it’s a playgroup, jadi Fahri boleh jumpa friends, explore new thing and environment. Sekejap je , around 2 hours,” kongsinya menerusi Instagram.
Kata Dayah lagi, perkongsian video-video dan setiap perkembangan anaknya akan disimpannya sebagai kenangan untuk Fahri membesar kelak.
Bagi Dayah, setiap waktu dan detik bersama orang tersayang adalah detik paling berharga dan indah untuk dikenang. Jadi jangan sia-siakan.
“I surely cherish moment like this and of course Dayah record and documented it, so someday Fahri boleh tengok balik.
“Setiap waktu bersama sangat berharga, sentiasa bersyukur, jangan kita sia-siakan dan remember, when you do something, do it out of love,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata para pengikut Dayah di Instagram turut teruja melihat Fahri yang begitu seronok mencuba pelbagai aktiviti malah geram dengan kecomelan Fahri yang kini semakin sihat membesar.
Semoga Fahri terus sihat membesar dan gembira dengan ibu dan ayahnya di Australia.
Artikel berkaitan:Alhamdulillah Tahun Ni Allah Bagi Rezeki Berpuasa Bertiga, Dayah Bakar Excited Dapat Bersama Keluarga Kecilnya
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @dayahbakar