Benarlah telatah anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Hilang segala rasa stres bila tengok aksi comel mereka. Kadang-kadang anak suka buat perangai pelik yang tak pernah kita terfikir. Bila diingatkan kembali, boleh jadi memori indah untuk kita.
Bila ada ‘bukti’ lagi seronok, boleh tunjuk pada anak bila dia dah besar nanti. Selagi kita berkesempatan untuk ambil gambar anak atau rakam video mereka, buatlah. Duduk-duduk saja boleh tengok semua, percayalah pasti boleh buat kita tersenyum.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun dearlynnn_, video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis sambil memegang pengurut kepala.
Apa yang mencuit hati adalah apabila kanak-kanak tersebut yang sedang menangis dan merajuk akan berhenti setiap kali ditegur oleh ibunya. Selepas menjawab yang dia belum selesai, kanak-kanak comel ini akan sambung menangis semula.
“Nanti dah habis menangis bagitau tau.”
“Ok ibu..” *Sambung menangis
“Are you done?”.
“Not yet.”
“Not yet? Okay cry first.” *Sambung menangis
Ads
“Dah habis bagitau lagi okay?”.
“Ok, ibu..” *Sambung menangis
Tonton video comel ini;
Ketika sedang menangis, dia terhenti semula ketika mendengar lagu Sayunk I Love You nyanyian Chombi. Ketika sedang seronok mendengar lagu, apabila ditanyakan oleh ibunya sama ada sudah selesai atau belum, katanya tidak dan secara automatik terus sambung menangis.
Antara komen yang ditinggalkan;
Ads
Menurut si ibu, anaknya itu merajuk dan menangis kerana dia juga mahukan pengurut kepala dan mempersoalkan kenapa tidak dibelikan satu untuknya. Memang lucu!
Isteri Jamal Abdillah selamat bersalin anak kelima. Isteri kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 66, iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.38 pagi tadi.
Isteri Jamal Abdillah Selamat Bersalin Anak Kelima
Bayi comel seberat 2.9 kilogram juga anak kelima Pasangan itu diberikan nama Magdalena Yamani Jamal Ubaidilah.
Jamal menerusi ucapan ringkasnya melahirkan kesyukuran terhadap kelahiran puterinya.
“Terima kasih kerana ucapan tahniah dan mendoakan,” katanya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.
Terdahulu hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia dua tahun.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu mulai Sabtu, 25 April ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’ yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau memohon di balai polis berhampiran.
“Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Tidak ada jaminan setakat ini kerana kita masih tunggu laporan mulai 25 April ini. Kita akan lihat seramai mana nak pulang dan sebagainya, barulah kita boleh merancang dan keluarkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang ketat dan sebagainya,” katanya lagi.
Pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.
“Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya,” katanya.
Rumah seorang pempengaruh gadjet terbakar dijilat api selepas ‘powerbank’ lama miliknya meletup dan menyambar kain langsir di bilik tidur utama di rumahnya.
Menerusi akaun Tik Toknya, pempengaruh yang juga pemilik Tiktok Amad Zahry mendakwa ‘power bank’ yang meletup itu sudah lama dan tidak lagi digunakan.
Tambah cemas bila letupan itu menyambar kain langsir di bilik tidur utama mereka.
“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, Amad memberitahu beliau tidak sempat membasahkan kain bagi menghentikan penyebaran api namun berpeluang mengambil telefon bimbit sebelum menyelamatkan diri ke jalan utama hadapan rumah,” ujarnya berkongsi.
Tambahnya lagi kesemuanya berlaku dengan begitu pantas malah proses memadamkan api menjadi sukar. Dia juga hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya sebelum pihak bomba datang menyelamatkan keadaan.
“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan.
Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi itu telah menyebabkan kerugian mencecah RM20,000.
Kejadian yang berlaku di kejiranan Cheng, Melaka itu bagaimanapun tidak menjejaskan perumahan lain dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Keistimewaan anak yang lahir bulan Februari. Apa yang istimewa sangat dengan bulan Februari? Seperti yang semua sudah tahu, hanya bulan Februari saja yang mempunyai 28 hari dan bila tahun lompat, ia akan menjadi 29 hari. Unik bukan?