Bapa saudara kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki didera ibu kandung dan rakan ‘tomboi’ di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang berharap hak penjagaan kanak-kanak itu diselesaikan segera.
Katanya, pihaknya bimbang jika hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini kerana kanak-kanak itu tidak mempunyai keluarga di sini.
Bapa saudara kanak-kanak tersebut (kiri) dan kesan deraan yang dipercayai dilakukan oleh ibu kandung dan rakan ‘tomboi’nya.
“Selama ini kita tidak tahu keadaannya di sini bagaimana, kesian apabila tahu. Jadi saya sangat harap pihak JKM boleh berikan hak penjagaan kepada waris, kita takut kalau JKM jaga dia di sini, dia seorang diri, keluarganya tiada.
“Dia (kanak-kanak itu) juga sudah tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman,”
Bapa saudara yang merupakan abang kepada ibu kandung kanak-kanak itu turut memberitahu, keluarganya telah menjaga kanak-kanak itu serta kakaknya yang berusia sembilan tahun sejak ibu bapa mereka bercerai pada 2018.
Ads
“Lepas pasangan itu berpisah pada 2018, kami sekeluarga menjaga mereka sejak kecil lagi, kakaknya juga bersekolah seperti rakan sebaya lain. Kami juga sudah berbincang dengan bapa kandungnya, dia setuju untuk serah penjagaan kepada kami sekeluarga.
Sebelum Ini Si Ibu Pulangkan Anak Pada Keluarga Dengan Baik
“Sebelum ini tidak timbul sebarang isu semasa ibu kandung kanak-kanak itu ambil anak-anaknya dan bawa mereka berjalan-jalan, kerana dia pulangkan kembali dalam keadaan baik sahaja.
Ads
“Tetapi pada September tahun lalu, ibunya pinjam kerana hendak bawa berjalan ke Singapura. Namun pada Mac lalu, ibunya hanya menghantar anak perempuannya.
“Dia mendakwa adiknya iaitu mangsa dera gembira menetap di Johor dan dia sedia ambil tanggungjawab menjaganya dan menyekolahkan kanak-kanak itu di sini,” ujarnya.
Pernah Nak Buat Laporan Polis, Tapi Disebabkan Kanak-Kanak Itu Bersama Ibu Kandungnya Sendiri
Ads
“Kerana bimbang kami mahu buat laporan polis, namun tidak boleh kerana kanak-kanak itu sedang berasa dalam jagaan ibu kandungnya sendiri, jadi itu bukan satu kesalahan.
“Kami tahu dia sudah berpindah ke Johor Bahru, namun kami tidak mempunyai alamat kediamannya, tidak sangka pula mereka tinggal di Pasir Gudang,” .
Kanak-Kanak Yang Sangat Ceria & Positif
“Dia (kanak-kanak itu) sangat baik, dia ingat dia kena pukul sebab ada buat kesalahan. Kami sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku, tetapi memang sedih kerana kami jaga dia sejak kecil lagi,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang bersikap cakna dengan keadaan kanak-kanak tersebut.
“Bidadari syurga saya pergi buat selamanya…” Berita duka itu dikongsi pelakon dan usahawan, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin selepas penyanyi itu menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi tadi.
Shuib memuat naik status berkenaan di Instagram miliknya.
Bintang seni itu menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Berita duka itu juga telah disampaikan puhak pengurusan penyanyi tersebut, Indigital Music.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.
Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti inginkan zuriat sendiri. Tapi lain pula bagi influencer terkenal dari Indonesia ini apabila dia dan suami memilih untuk child free sejak 2021. Mereka sememangnya memilih untuk berkahwin tanpa memiliki zuriat di atas sebab-sebab tersendiri.
Rahsia awet muda bila tak ada anak
Apa yang menjadi perdebatan adalah apabila influencer ini menganggap kehadiran anak adalah satu beban. Difahamkan, pada awalnya influencer yang merupakan Youtuber ini ditanya rahsia kecantikan dan awet mudanya.
Anggap anak sebagai beban
Dia menjawab rahsianya adalah dengan tak ada anak di mana dia dapat tidur yang cukup selama 8 jam dan tak tertekan mendengar anak menangis.
Ya, pada aku anak tu beban. Buat anda, bukan tapi anugerah. Buat aku beban makanya aku tak mahu punya anak. Dan tiada masalah dengan pilihan aku itu.
Dilaporkan Gita dan suaminya, Paulus Andreas Partohap memang merancang untuk hidup berdua sehingga ke akhir hayat sebelum menikah lagi.
Meskipun begitu, kata-kata Youtuber ini diakui telah mengguris hati ibu-ibu sehingga melabelkan gadis muda ini sebagai ‘sombong’.
Perpisahan yang terjadi antara Fizo Omar & Mawar Karim mengejutkan banyak pihak. Benarlah jodoh dan maut ditangan Allah. Namun Fizo menyatakan untuk terus menjadi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada Maryam.
Malah dalam temu bual dengan media, Fizo kelihatan sangat tenang menjawab soalan-soalan yang diajukan pihak media.
Beliau juga menyatakan belum ada kepastian tentang penjagaan Wan Maryam tetapi tidak akan memisahkan anak dengan bekas isteri, Mawar.
Menerusi Instagram Fizo memuatnaik gambarnya bersama Mawar beserta kapsyen yang menyatakan usaha telah dijalankan sebelum ini dan sepakat untuk berpisah secara baik.
Bekas Naib Juara Hero Remaja 2007/2008 ini turut menyatakan tiada perbalahan yang berlaku dan meneruskan hubungan baik untuk menjadi co-parent kepada anak mereka, Wan Maryam.
IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN
Terima kasih sya nak ucapkan kepada semua yang mendoakan yang baik-baik utk saya dan Mawar. Segala penulisan yang positive dari kawan media dan komen-komen yang positive dari netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua untuk kami.
Apa yang berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK
“Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik. Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya dan kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positive dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya.”
STATUS SEBAGAI CO-PARENT KEPADA ZURIAT KAMI
“Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin Allah, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.
“Insyallah hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.”
TIADA PERBALAHAN, PERMULAAN FASA BARU
“Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik. Tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri. Semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak.
“Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripada anda semua yabg berterusan untuk kebaikan kami.”
Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Namun, jika melihat kepada rekod terdahulu, terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi...