Buah hati kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut kini semakin menunjukkan perkembangan yang positif.
Menurut perkongsian ibunya, Nurul Erwani Zaidi melalui Instagram, dikala usianya kini empat tahun, Ainul kini sudah mula dapat menerima makanan dan minuman yang dimasukkan melalui mulutnya.
Berbanding sebelum ini, Ainul hanya minum susu menerusi tiub yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan kini anak kecil kesayangan ramai itu sudah mula mahu merasa-rasa makanan yang diberikan kepadanya.
Malah menurut ibunya lagi, sejak dilahirkan, anaknya tidak pernah menggunakan deria mengunyah dan menelan sebaliknya hanya dilatih pada bahagian mulut selepas pembedahan pada tahun 2019 lalu.
“Bismillahi MashaAllah. Salah satu perubahan terbesar untuk Ainul. Ainul dah mula nak terima makanan dan minuman masuk dalam mulut dia! Alhamdulillah. Dia dah start explore rasa rasa makanan ya,” kongsinya meluahkan rasa syukur.
Ujar ibunya lagi, disebabkan Ainul masih trauma dengan keadaannya sebelum inilah menyebabkan Ainul tidak mahu menerima makanan. Dan kini dia lega bila Ainul sudah mula mahu merasa makanan tertentu.
“Ainul masih belum makan ikut mulut lagi ialah sebab Ainul masih trauma dengan penyakit dia waktu dulu. Dari lepas lahir Ainul tak gunakan mulut langsung untuk develop dia punya mode kunyah dan telan.
“So dari situ, lepas operation kena kerap stimulate bahagian mulut supaya Ainul kena biasakan mulut dia bergerak,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Instagram semalam.
Bercerita lanjut, kongsi Nurul Erwani, dia juga sudah mula memakaikan peralatan ‘trach valve’ pada Ainul bagi memudahkan pernafasan melalui mulut dan hidung selain dapat mendengar suara anaknya.
“Sekarang ni, mama Ainul dah start pakaikan Ainul trach valve untuk bagi Ainul bernafas guna mulut dan hidung dan guna trach valve ni juga boleh dengar suara Ainul tau.
“Alhamdulillah Ainul selesa bila mama Ainul bagi guna trach valve ni. Dan nak latih juga Ainul sebelum Ainul nak off trachy nanti,” katanya lagi.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia dan suaminya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak kini sedang merancang untuk membawa Ainul ke hospital bagi menjalani latihan berhubung proses simulasi berkenaan.
Semuanya bagi memastikan kesihatan Ainul lebih terjaga dan paling penting dijauhkan daripada jangkitan kuman yang mudah menyerangkan jika masih terus menggunakan peralatan khas itu.
“Dalam masa terdekat ni dan Ainul pun sihat, plan mama dan walid Ainul akan bawa Ainul ke HUKM untuk buat asessment pada trachy Ainul dan akan offkan trachy Ainul. Salah satu sebab nak offkan as soon as possible sebab tak nak Ainul selalu kena infection.
“Pakai trachy ni akan cepat sangat kena infection sebab saluran trachy ni direct ke paru-paru, itu yang menyebabkan akan senang berjangkit dengan orang yang batuk dan selsema. InshaAllah ada masa mama Ainul akan update proses Ainul seterusnya ya!,” ujarnya lagi.
Semoga Ainul terus sihat dan menampakkan perkembangan yang positif dari hari ke hari.
Terdahulu pada Ogos tahun lalu, Ainul dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus sebelum beransur pulih dan sihat sehingga ke hari ini.
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma