Anak keempat kesayangan Mua Bellaz, Nur Aisywara Nealofa sentiasa menjadi perhatian ramai. Setiap kali muncul di media sosial ibunya, aksi comel Baby Lofa ini sentiasa jadi perhatian ramai.
Perkongsian terbaru Baby Lofa yang muncul di Instagram ibunya ternyata membuatkan ramai yang tertawa. Mana tidaknya, bukan hanya gemar berjaga malam bahkan telatah bayi comel itu yang baru berusia lima bulan buat ramai terhibur.
“Dia ingat pukul 3 petang, ajak mak dia main.
“Lopa lopa, panda mata mak hang,” kongsi Mua Bellaz.
Ads
Bahkan paling menarik perhatian pastinya gelagat Baby Lofa yang begitu terhibur dan ketawa sambil melemparkan senyuman paling manis kala ibunya mengipas mukanya.
Kerana kesejukan dan terhibur dengan permainan mudah itu, Baby Lofa kelihatan cukup teruja dan terhibur. Namun bayi kecil yang baru berusia lima bulan menangis sebaik dihentikan kipasan. Memang anak yang bijak.
Walau baru berusia lima bulan namun Baby Lofa sudah menampakkan kebijakkannya dan teruja untuk bermain bersama ibunya.
Ads
Rata-rata peminat nak kecil ini turut sama meninggalkan pelbagai komen. Masing-masing teruja melihat aksi comel Baby Lofa yang bijak.
Ads
Terdahulu, Mua Bellaz selamat menyambut kelahiran bayi keempatnya pada 29 Julai tahun lalu. Mua Bellaz turut mempunyai tiga cahaya mata yang terdiri dari dua orang cahaya mata lelaki dan seorang perempuan.
Tidak pernah berpisah dengan anak, namun inilah detik yang meresahkan bagi pelakon, Shera Aiyob bila mana terpaksa berpisah dengan anaknya selama tiga hari bagi mengikuti perkhemahan sekolah.
Menerusi Instagramnya, Shera berkongsi cerita malah turut mempersiapkan segala kelengkapan buat anaknya, Nadi Anaqi untuk bersama kawan-kawan selama tiga hari.
Hati ibu mana yang tidak bimbang malah sudah terlalu rindu. Seronok membaca perkongsian Shera yang nampak ‘cool’ biarpun terpaksa berpisah seketika.
“Anaqi nak pergi school camp 3 hari. Yang kalut siapa kawan-kawan? Of course lah Daddy! Mommy rilek je. Heh.
“First time ni ha sampai 3 hari pula tu! Buat je kat depan rumah tak boleh ke?
“Anaqi kepenatan tolong packing barang sampai tertidur ha! Kita cubalah mudahkan apa yang boleh. Kat sana nanti pandailah fikir sendiri.
“Doakan segalanya dipermudahkan untuk Nadi Anaqi. Doa lebih sikit untuk Mommy,” tulisnya berkongsi.
Pun begitu, baru sehari anak kesayangan Shera dan Zahiril mengikuti perkhemahan, ibu cantik manis ini sudah mula rindukan anak lelakinya.
Namun begitu akui Shera lagi, dia baik-baik sahaja dan mendoakan Anaqi gembira bersama kawan-kawan.
“Dia dah tidur ke agaknya eh.
“Handphone semua tak boleh bawa. Kalau ada emergency, boleh call nombor yang cikgu bagi.
“Mommy nak call boleh tak? Nak bagitahu i mish you i wuv you nanite Anaqi! Emergency lah tu kan.
“He will be fine, InsyaAllahu Taala. Have fun and enjoy your camp sayang Mommy.
“Alhamdulillah Mommy okay je ni. Takda sedih beria pun. Actually memang nak dia join camp macam ni. Biar dia merasa berdikari and rindu Mommy lebih sikit haha! Bab bercerita tu confirm banyakk! Bersedia tadah telinga,” kongsi Shera lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur malah memuji cara Shera yang mempersiapkan kelengkapan Anaqi dengan begitu kemas dan tersusun sekali.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Seorang ibu hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur, Dungun, Terengganu.
Menurut laporan Sinar Harian, ibu kepada lapan anak, Nurul Musfirah Ghazali, 32, itu berkata, dia langsung tidak tahu cendawan yang tumbuh di kebun di sekitar rumahnya adalah spesies cendawan beracun.
Spesies cendawan yang dipercayai beracun yang sering tumbuh di kawasan kebun rumah mangsa.- Foto ihsan keluarga
Dia memetik cendawan tersebut sebelum digoreng bersama sayur kangkung dan kacang sebagai salah satu menu makanan tengah hari mereka sekeluarga.
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena, terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut, rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah, suami, Muhammad Nurhadi, 36.
”Dalam keadaan tidak bermaya, kami mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek, ada yang mulut berbuih dan keluar darah. ALLAH saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Menurutnya, semua yang ada di dalam rumahnya menjamah menu tersebut kecuali anak yang paling bongsu, berusia setahun sebulan.
Menurut Nurul Musfirah, sebelum ini dia memang pernah ternampak spesies cendawan berkenaan yang tumbuh di kebun sayurnya, namun tidak pernah terlintas untuk memetiknya.
Bagaimanapun, pada hari kejadian, dia langsung tidak rasa ragu-ragu, lalu memetik dan memasaknya.
Beritahunya lagi, dalam keadaan lemah dan muntah-muntah, suaminya tetap menggagahkan diri memandu van membawa mereka sekeluarga ke klinik Kesihatan Paka, di sini untuk mendapat rawatan.
Sementara itu, menurut kakak kepada Nurul Musfirah, Nurul Annisa Ghazali, 41, tujuan asalnya dia berkongsi kejadian yang menimpa keluarga adiknya itu di laman sosial sebagai peringatan untuk orang ramai.
Salah seorang anak mangsa yang menerima rawatan
Dia hanya mengetahui kejadian menimpa keluarga adik perempuannya selepas dimaklumkan oleh bapa mereka.
Nurul Musfirah turut menghantar sekeping gambar cendawan tersebut kepada keluarga mereka.
“Sejurus ayah melihat gambar cendawan itu, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan cendawan itu beracun, memang tak boleh makan.
“Saya pun agak pelik dengan adik kerana sebelum ini dia memang akan tanya kami sebelum nak makan sayur yang dia tak biasa makan, tetapi kali ini tidak,” ujarnya.
Kesemua anak-anak mereka yang berusia antara 13 hingga empat tahun sudah dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih perlu mendapatkan rawatan susulan.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak yang masih belum mencapai akil baligh tidak diwajibkan menjalani ibadah puasa. Walau bagaimanapun, anda, sebagai ibu bapa, boleh memperkenalkan anak anda kepada ibadah puasa sewaktu mereka masih kecil supaya anak anda dapat menangani ibadah puasa apabila dewasa kelak.
Oleh itu, bagaimana untuk mengajar anak anda berpuasa untuk kali pertama?
Tip mendidik anak berpuasa buat kali pertama
Mengajar anak anda berpuasa mungkin merupakan cabaran baru kepada diri anda. Terdapat kanak-kanak yang ingin berpuasa seperti anggota keluarganya yang lain, tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak mahu. Sebelum mengajar anak anda berpuasa, anda harus memberikan kefahaman terlebih dahulu tentang puasa dan mengapa ibadah ini perlu dilaksanakan setiap tahun. Sebaik sahaja difahamkan makna di sebalik puasa, kanak-kanak mungkin merasa lebih mudah untuk ikut berpuasa.
Inilah petua untuk mengajar anak anda berpuasa kali pertama:
Tunjukkan contoh
Menunjukkan contoh kepada anak anda lebih penting daripada sekadar mengajarkannya tentang puasa. Memandangkan anak kecil gemar meniru orang dewasa, ini memudahkan anak anda belajar untuk berpuasa.
Apabila anda berpuasa, anak anda pasti akan bertanya apa itu puasa, kenapa emak dan ayah tidak makan, dan sebagainya. Ini akan menimbulkan rasa ingin tahu pada kanak-kanak, sehingga dia mahu mencuba dan mengamalkannya. Ingat, pada usia muda, kanak-kanak sangat mudah meniru tingkah laku orang di sekelilingnya.
Jangan paksa anak anda berpuasa sepenuhnya
Berikan anak anda kelonggaran semasa puasa pertama mereka. Anda perlu ingat bahawa kanak-kanak masih dalam tempoh pertumbuhan dan perkembangan di mana mereka masih memerlukan banyak nutrien. Di samping itu, kanak-kanak juga selalu tidak dapat menahan diri mereka atau lupa bahawa mereka tidak dibenarkan makan, lalu pergi mendapatkan makanan atau minuman apabila mereka memerlukannya. Oleh itu, memaksa anak anda berpuasa sepenuhnya atau setiap hari boleh menimbulkan risiko kesihatan.
Anda harus mula mengajar anak anda perlahan-lahan. Bermula dari berpuasa beberapa jam dalam sehari kemudian tambah waktu jika anak anda dapat bertahan. Yang paling penting, ajar mereka bagaimana menangani situasi tertentu semasa berpuasa seperti dijemput makan atau ketika mereka lapar. Keupayaan dan kesedaran mereka tentang puasa juga akan meningkat dari masa ke masa.
Minta anak anda berpuasa dari makanan tertentu
Jika anak anda terbiasa makan makanan tertentu, minta anak anda mengelakkan makanan ini sewaktu mula berpuasa. Sebagai contoh, jika anak anda suka coklat dan kerepek, mintalah anak anda untuk tidak memakannya semasa waktu puasa. Ini boleh membantu menghapuskan tabiat pemakanan yang buruk. Di samping itu, ia juga boleh membantu mereka lebih menghargai makanan tersebut.
Jangan lupa untuk memberi ganjaran
Tidak kira berapa jam atau berapa hari anak anda berpuasa, anda harus memberi ganjaran kepada anak anda selepas mereka berbuka. Ganjaran ini dapat meningkatkan semangat mereka untuk berpuasa lagi. Anda tidak perlu memberi hadiah, hanya memuji mereka dan mengatakan mereka telah melakukannya dengan baik pun sudah mencukupi.
Anda juga boleh menawarkan makanan kegemaran anak anda apabila puasa berakhir. Ini juga salah satu perkara yang membuat anak-anak bahagia. Walau bagaimanapun, pilih makanan sihat yang mengandungi nutrien penting, seperti makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin, dan mineral. Jangan membiasakan diri memberi makanan manis kerana boleh memudaratkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.