Selepas bertarung nyawa pada tempoh yang lama, terbaharu, pelakon yang cukup berbakat, Nad Zainal diberitakan sudah berada dalam keadaan yang baik malah kini sedang dalam proses pemulihan.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh rakan baiknya, Ungku Ismail melalui satu perkongsian video yang dikongsikan olehnya menerusi Instagram.
Nad sebelum ini dilaporkan kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan disebabkan oksigen dalam badan yang semakin merosot.
Menerusi perkongsian itu juga, Ungku turut meminta agar orang ramai supaya tidak henti mendoakan Nad Zainal agar kembali sihat seperti sedia kala.
“Nad Zainal masih lagi dalam proses pemulihan. Alhamdulilah, dia dalam keadaan yang baik.
“Saya mohon agar kamu semua terus mendoakan dia, sembuh, dilenyapkan segala jenis penyakit dan kesakitan yang ada pada dia dan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat,” katanya.
Kongsinya lagi, dia bukan sengaja tidak mahu memberi sebarang perkembangan mengenai keadaan terkini Nad namun, orang ramai perlu memahami bahawa dia kini masih dalam proses pemulihan.
“Dia kena banyak berehat.
“Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
View this post on Instagram
Namun begitu, Nad Zainal kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Terdahulu, Nad Zainal yang mengesahkan perceraiannya bersama bekas suami turut mempunyai dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom, yang berusia hampir 2 tahun.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI