Siapa yang tidak berharap anak perempuan selepas dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Pasti hati berbunga riang bila mana doktor mengesahkan jantinanya perempuan selepas melakukan imbasan sebanyak dua kali.
Pun begitu Allah lebih mengetahui segalanya. Perkongsian cikgu yang cukup popular di media sosial, Cikgu Fadli Salleh mengenai anak keempatnya ini banyak membuka mata akan erti reda dengan setiap pemberian Allah. Kesemua anak kita tetap punya kelebihannya. Terhibur membaca setiap baik perkongsian beliau mengenai anak keempatnya ini.
Aryan Ali Arumi. 3 tahun. Anak ke empat. Budak ni masa 4 bulan dalam kandungan ibunya, kami bawa pergi scan, nampak macam perempuan.
Puan isteri punya la gembira. Maklumlah, 3 anak sebelumnya semua lelaki. Aku cool ja. Tak percaya sangat aku kalau scan awal ni. Lagi pun tak kisah dapat anak laki ke perempuan. Masa 8 bulan dalam perut, kami sekali lagi pergi scan.
“Tak nampak burung bawa batu ni. Perempuan,” kata doktor dengan yakin. Puan isteri senyum selebar-lebarnya. Aku pun berbunga juga hati, yakin dah dapat anak perempuan. Scan masa 8 bulan dah kot.
Kami balik dan mula bincang nama. Pilih punya pilih, akhirnya sepakat nak bagi nama, Aara Arumi.
Lepas tu aku ke Guang Zhou, jalan-jalan sambil cari lubuk niaga. Masa kat sana, asal nampak pakaian baby perempuan terus rasa nak beli semua. Wakaka, teruja betul.
Banyak la jugak romper pink, yang ada riben, ada skirt pendek aku beli. Teruja nak dapat anak perempuan katakan. 😝
Balik dari sana, puan isteri susun elok-elok semua persiapan baby girl pertama kami yang aku beli. Persiapan macam nak sambut anak sulung tu.
Menarik: Fasa Nakal Semua Anak Laluinya Dalam Tempoh Ini Anak Explore Nak Jadi Bijak
Masa nak bersalin, baby tak nak keluar. Puas push tapi bukaan stuck kat 8cm kalau tak silap. Heart beat baby makin lemah, doktor bagitahu aku perlu buat pembedahan segera.
Aku akur sahaja. Doktor lebih pakar dalam bidang ini, apa yang terbaik mengikut keputusan dia, terbaik la pada aku. Sebaik puan isteri masuk dewan bedah, aku call ma, call abah, call mak mertua bagitahu kena operate dan minta mereka buat solat hajat untuk permudahkan.
Tak sampai setengah jam, doktor panggil aku. Terkejut aku, operate apa tak sampai setengah jam? Rupanya sebaik masuk dewan bedah, masa doktor nak cucuk bius rahim mula terbuka. Doktor dan nurse tak jadi nak bedah, sebaiknya minta puan isteri push sekuat hati.
Maka lahirlah seorang baby dalam dewan bedah tanpa perlu dibedahkan. Syukur. Mustajab doa ma, abah dan mak mertua aku rasanya. Sebaik aku masuk, perlahan isteri bisik,
“Bang. Baby boy lagi”. Aku senyum dan jawab, “Tak apa. Tak apa. Abang tak kisah. Baby girl ke, boy ke, asal awak dan anak selamat syukur sangat.”
Pulang tu, kena cari baju baby baru. Takkan nak pakaikan anak lelaki romper kaler pink siap ada riben? Pastu fikir nama baru pula. Aku suka nama Aryan, puan isteri suka nama Ali. So, letak la nama Aryan Ali Arumi.
Ali ni datang dia punya meragam, selagi dia tak nak apa yang dia nak, memang tak dengar larang. Berani dia lain macam budak ni seorang. Cari atas rumah tak jumpa, rupanya turun senyap-senyap pergi kejar kucing, kejar anjing. Ya, anjing pun dia kejar.
Orang lain main ramai-ramai, kalau rasa nak join dia join je. Dia boleh masuk walau dengan budak jauh lebih besar dari dia. Kalau dia rasa malas, orang main la apa benda seronok sekali pun, dia selamba main seorang diri. Tak hirau kat sesiapa.
Hari tu, pergi rumah sepupu dia. Orang lain pakat main kejar-kejar, main tembak-tembak, main lompat-lompat. Dia nampak patung ni, dia main dengan patung pulak dah. Siap bagi susu bagai lagi.
Fuh, first time aku nampak sisi lain Ali ni. Dalam kental, dalam berani, rupanya dalam jiwa ada taman. Ali, Ali. Membesarlah dikau menjadi anak soleh yang mendoakan.
Kau mampu apa jua impian kau jika kau kental dan tidak mudah tunduk dengan cabaran. Membesarlah anakandaku menjadi insan yang boleh memberi manfaat pada agama dan masyarakat.
Love you son!
@The Arumi’s
#MFS
Menarik: Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah, Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI