Keibubapaan

“Dia Kesian Ayah Tidur Seorang” Siti Nurhaliza Kongsi Gelagat Comel Aafiyah, Sweetnya!

Share

Keletah anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’Sri Siti Nurhaliza, Aafiyah yang sentiasa ceria ini sememangnya sentiasa menjadi perhatian. Ada sahaja yang dilakukan Aafiyah mencuit hati semua.

Dalam menjalani rutin hariannya, aksi Aafiyah sentiasa menghiburkan malah cukup menyenangkan sesiapa sahaja.

Tidak hanya memiliki sifat yang ceria bahkan Aafiyah juga cukup prihatin dengan insan-insan disekelilingnya.

Perkongsian Dato’ Siti di Insta Storynya mengenai kisah Aafiyah yang begitu mengambil berat akan kesihatan ayahnya, mencuit hati ramai.

Cerita Tok Ti, dia dan dua anaknya terpaksa tidur berasingan dengan Datuk K gara-gara tidak sihat. Namun ini yang dilakukan Aafiyah bagi menggantikan dirinya. Comel!

“Cerita semalam, ibu, Aafiyah dan Afwa kena tidur asing dengan ayah sebab ayah pun tak berapa sihat juga (selesema dan batuk).

“Alhamdulillah, dah buat pcr semua ok. Ayah ada resdung je,” tulisnya berkongsi keadaan Datuk K yang tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.

Namun menariknya, tidak mahu membiarkan ayah tidur seorang diri tanpa ditemani oleh ibu dan dirinya serta adik Afwa, si comel Aafiyah menggantikan dirinya dengan anak patung Barbie kesayangannya.

“Sebelum kiss good night kat ayah, Aafiyah kesian ayah tidur sorang-sorang dan dia kata takpe, Barbie Aafiyah temankan ayah je, hahahaha caringnya anak ibu ni.

“Tapi ayah kata kalau Barbie dah besar teman ayah nak laa..haha, banyak cantik,” seloroh Datuk Siti sambil berkongsi cerita.

Dalam pada itu, Dato’ Siti turut memuat naik dua patung Barbie yang dipilih Aafiyah bagi menggantikan dirinya. Anak bijak!

Semoga Aafiyah terus menceriakan dan menyenangkan semua serta membahagiakan ibu dan ayahnya. Sweetlah Aafiyah.

Menarik: Saya Masih Jaga Pantang, Belum Habis Pantang Wawa Zainal Redah Banjir Hulur Bantuan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM