Setiap kali meninjau Instagram ibunya, si comel Ardy Wira sentiasa dengan keletahnya. Anak kesayangan ini cukup bijak malah petah berkata-kata.
Jika sebelum ini Wira dilihat pandai membaca pelbagai doa dan petah bertanyakan pelbagai soalan pada ibunya, kali ini si kecil Wira mengenal erti sedekah kepada anak-anak yang memerlukan.
Semuanya kerana usaha murni ibunya, Betty Rahmad yang mengumpulkan mainan lama Wira yang masih baru dan elok untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim. Satu usaha yang harus dipuji.
Melalui Instagramnya, Betty memuat naik video memperlihatkan kegigihan Wira yang berusaha untuk membungkus sendiri mainannya demi kawan-kawan yang tidak bernasib baik.
“What a blessed Sunday Alhamdulillah. Harini Mummy ajar Wira untuk let go some of his toys & sedekah dekat rumah anak yatim (Toys yang masih elok & boleh main ya).
“Mula-mula dia tanya lah kenapa, so kena explain. Kesian dorang no parents, no toys, not enough food etc.
“So dia pun sendiri rasa kesian & dengan rela hati packed his toys. Toys favourite pun dia let go. MasyaAllah 🤲🤍,” kongsi Betty.
Malah kongsi Betty lagi, dia seronok melihat kegembiraan anak-anak kecil itu juga dapat membuatkan anaknya Wira belajar banyak perkara. Dia bersyukur.
“So bila sampai rumah anak yatim tu i bawa dia turun (tak masuk sebab anak-anak tengah lunch, separuh je yang lari keluar sambut kitorang.
“Happy & terharu tengok dorang happy & appreciate sangat. Dan i paling happy sebab Wira dapat belajar banyak harini. Memberi, memahami, bersyukur, bersedekah, berkongsi, sayang etc.
“Post ni bukan nak tunjuk anak i bagus atau nak tunjuk baik. Nak ajak u all buat benda yang sama. Sambil ajar anak, sambil bersedekah,” kongsinya lagi.
Cara didikan Betty ini sudah semestinya dipuji wargamaya malah seharusnya dijadikan contoh oleh kita semua. Kita didik anak-anak kita jadi yang terbaik, penuh adab dan jiwa yang ikhlas dan mulia.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!