“Dia Lebih Kecil Dari Tangan Saya” Akui Ada Masalah Kesihatan, Priyanka Chopra Terpaksa Guna Ibu Tumpang

Share

Pasangan selebriti Priyanka  Chopra dan Nick Jonas pernah mengumumkan meraka dikurniakan anak perempuan pada 21 Januari 2022 menerusi khidmat ibu tumpang.

Namun ada berita yang menyedihkan dikongsi oleh Priyanka Chopra di sebalik kelahiran anak sulungnya, Malti Marie Chopra Jonas.

“Kami sangat teruja untuk memaklumkan telah dikurniakai seorang bayi perempuan melalui kaedah ibu tumpang. Kami sangat memerlukan privasi pada saat ini, terima kasih banyak,” tulis mereka dalam pengumuman yang di buat di media sosial lebu setahun yang lalu.

Kini Priyanka berkongsi pengalaman menyambut kelahitan Malti kepada Vogue UK.

“Saya tidak pasti sama ada dia boleh melakukanya (hidup) atau tidak. Saya dan Nick berdiri di luar melihat kecekapan mereka membantu anak kami.”

“Saya ingat waktu itu dia sangat kecil. Lebih kecil dari tangan saya.”

Tambahnya lagi, Malti berada di dalam NICU selama tiga bulan dan semua menjaganya dengan sangat baik.

Setelah dibenarkan pulang ke rumah, mereka mendapat sokongan keluarga untuk memberi penjagaan rapi serta sempurna kepada Malti.

Bercakap mengenai keputusanya memilih kaedah ibu tumpang untuk melahirkan anaknya, Priyanka mengatakan dia mempunyai masalah kesihatan. Melakukan kaedah ibu tumpang disifatkan sebagai langkah terbaik buat mereka.

“Saya mempunyai masalah kesihatan dan melakukan kaedah ibu tumpang adalah keputusan terbaik. Ibu tumpang Malti seorang yang sangat baik dan penyayang. Dia menjaga anak kami selama enam bulan dengan sangat baik”

Kredit: Vouge UK

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa