Sejak pemergian arwah Siti Sarah, ramai yang sentiasa nak tahu perkembangan anak-anak arwah. Lagi-lagi mengenai anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan arwah sebelum dijemput ilahi.
Terbaru, dalam perkongsian di instagram Shuib Sepahtu dia ada memuat naik perkembangan Ayash yang begitu disayangi oleh abang dan kakak. Beruntung sungguh Ayash ramai yang sayangkannya walaupun tak sempat rasa kasih ibu.
Dalam satu video pendek itu, kelihatan Ayash sedang menangis tetapi dipujuk dan ditepuk oleh abang sulung, Uwais Al Qarni. Kelihatan Uwais tidak kekok dan begitu setia di sisi adiknya.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai peminat Shuib memuji tingkah laku Uwais yang saling tak tumpah wajahnya dengan Allahyarhamah Siti Sarah itu. Malah nampak anak sulung pasangan ini agak pemalu orangnya.
“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan.”
“Anak sulung yang boleh diharap.. moga-moga dia menjadi anak soleh dan berguna pada masyarakat dan agama… Sejuk mata memandang muka dia . Sebiji mak dia…”
Ads
“Alhamdulillah… anak ibu yaaa habis muka ibu dia”
“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibu nya Siti Sarah, allahu..Tengok Uwais terubat juga rasanya rindu Shuib pada arwah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak, walau bagaimanapun hidup mesti di teruskan ,Al fatihah buat arwah Siti Sarah, semoga Allah mencucuri rahmat ke ats rohnya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleha.”
Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Ogos 2021 yang lalu setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen disebabkan oleh penyakit wabak COVID-19.
Pemergian Siti Sarah telah meninggalkan empat orang anak yang kini di bawah jagaan suaminya, Shuib Sepahtu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ayah mana yang tidak sedih jika dirinya tidak mampu menyediakan kemudahan yang cukup buat anak-anak. Suami mana yang tidak tercalar egonya jika tidak dapat memberi yang terbaik buat si isteri. Pelakon Reza Hasbi melalui Insta Story, memohon kemaafan dari anak-anaknya kerana tidak dapat membeli sebarang kelengkapan buat mereka.
Selain itu, ayah kepada dua orang anak, Muhammad Rifqi Danial dan Muhammad Rafi Daiyan turut memberitahu ada bayaran yang belum dilunaskan walaupun penggambaran sudah selesai lebih kurang lima bulan lalu. Dalam perkongsiannya itu juga, Reza meminta agar isterinya, Rosedarlila dan anak-anaknya bersabar dan memberinya sedikit masa sebelum mungkin menarik diri dari industri seni.
Tidak mahu dipandang serong, Reza memberitahu tindakannya berkongsi tentang hal ini bukanlah untuk meraih simpati. Dia hanya terkilan kerana nasibnya di dalam bidang lakonan seolah-olah tidak terbela. Tambahnya lagi, ada beberapa tawaran yang datang tetapi terpaksa ditolak kerana menurut syarikat pengurusan, dia kononnya dibayar murah.
Reza merasa serba salah dengan situasi ini kerana menyedari hakikat dia sebagai ketua keluarga harus menyediakan segala keperluan buat isteri dan anak-anaknya yang masih kecil. Pun begitu, Rosedarlila sangat menyokong suaminya dan memberi kata-kata semangat kepada Reza menerusi posting di laman Instagram peribadinya.
Tidak lama dahulu dia terpaksa tinggal di kampung bersama keluarganya di Kuala Kangsar, Perak kerana tiada sebarang tawaran berlakon. Kehidupannya di sana juga atas ihsan kedua orang tuanya. Bahkan untuk mengisi minyak kereta pun terpaksa meminjam wang dari isterinya yang sangat memahami. Lampin dan susu anak juga dibeli oleh Rosedarlila.
Demi meneruskan kelangsungan hidup dan memikirkan tanggung jawabnya sebagai seorang suami dan bapa, Reza tidak segan mengakui yang dia mengambil upah sebagai kontraktor memasang siling di rumah orang. Sekurang-kurangnya pendapatan yang diperolehi Reza bolehlah digunakan untuk kepentingan keluarga.
Pa&Ma mendoakan yang terbaik buat Reza dan keluarganya. Semoga niatnya yang ikhlas memikirkan soal isteri dan anak-anak akan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah pada masa hadapan. Berkat doa dan pengorbanan isteri tercinta, mana tahu akan lebih banyak tawaran pekerjaan untuk Reza selepas ini. Semoga berjaya, Reza Hasbi!
Tentu ramai ibu bapa tertanya-tanya kenapa tadika atau taska anak kena tutup 10 hari jika ada berlaku wabak HFMD.
Ramai ibu bapa merungut kerana terpaksa mengambil cuti yang lama untuk menjaga anak masing-masing.
Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) yang semakin tular kebelakangan ini sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan ada kematian kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan di Sarawak.
Penjelasan daripada Root of Science ini mungkin dapat memberi sedikit gambaran tentang hal tersebut.
Penyakit ini disebabkan jangkitan virus iaitu virus coxsackie dan juga enterovirus. Selalunya pesakit ini akan mengalami demam ringan yang diikuti dengan ruam pada tangan, kaki serta di sekitar mulut. Di dalam mulut pula akan terdapat banyak ulser yang membuatkan seseorang kanak-kanak itu tidak mahu makan.
Masa inkubasi untuk virus ini adalah 3 hingga 5 hari. Maksudnya jika seseorang itu terdedah kepada virus ini, ia mengambil masa 3 – 5 hari untuk simptom HFMD itu datang.
Bagi pesakit yang dijangkiti virus enterovirus pula mungkin akan mengalami simptom muntah dan cirit-birit membuatkan kanak-kanak tersebut lebih mudah mendapat dehidrasi (Kekurangan air) yang boleh menyebabkan kematian.
Bahkan mereka yang dijangkiti penyakit ini mungkin boleh menyebabkan komplikasi yang lain seperti meningoencephalitis (Jangkitan kuman di otak dan selaput otak) dan myocarditis(Keradangan otot jantung). Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan kematian walaupun ia jarang berlaku
Kenapa perlu tutup Taska?
Bahagian ini saya kena jelaskan betul-betul agar ibu bapa di luar sana berlapang dada jika pihak pejabat kesihatan datang ke tadika anak anda dan membuat keputusan untuk menutupnya selama 10 hari.
Sebelum itu tuan-tuan, puan-puan semua kena faham definisi wabak bagi penyakit HFMD. Sesuatu taska itu akan dikatakan mempunyai wabak HFMD jika dia mempunyai dua kes HFMD atau lebih yang berlaku dalam satu Masa inkubasi yang sama. (Boleh baca di atas maksud ‘Masa Inkubasi’)
Contoh, jika hari ini seorang kena HFMD. Lepas dari 3 hari kanak-kanak lain dalam taska yang sama kena HFMD. Maka, Taska tersebut diisytiharkan mempunyai wabak HFMD dan akan ditutup selama 10 hari. Dalam 10 hari penutupan tersebut, pihak taska akan diminta untuk membersihkan taska mereka termasuk permainan dan perkakasan yang mereka guna dalam taska
Kenapa kena tutup selama 10 hari?
Untuk memberhentikan sesuatu wabak, kita perlu memutuskan rantaian jangkitan kuman. Di sini kita menyatakan bahawa taska adalah tempat jangkitan tersebut berlaku. Jadi kita akan ambil 2 waktu masa inkubasi(5 hari + 5 hari) iaitu selama 10 hari untuk memutuskan jangkitan.
Mana-mana kanak-kanak yang menunjukkan simptom HFMD perlu dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Setelah 10 hari, kita menganggap semua kanak-kanak telah melepasi masa inkubasi. Mereka yang dijangkiti HFMD akan dapat dikesan. Mereka yang tidak dijangkiti penyakit ini sudah tentu bebas daripada jangkitan tersebut.
Dengan itu rantaian penyakit berjangkit ini dapat diputuskan, kanak-kanak lain di dalam taska tersebut tidak akan dijangkiti dan penyakit HFMD dapat dikurang. Jika penyakit HFMD dapat dikurang, maka komplikasi yang saya nyatakan di atas juga dapat dikurangkan
Oleh itu, kerjasama pengusaha taska dan juga ibubapa memainkan peranan penting untuk menurunkan kes HFMD di negara kita.
Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha ‘rumah’ baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yangdiucapkan anak kepada saya dan isteri, Nur Ashwa Johalim.
Pada mulanya tak perasan, selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya seperti petanda yang dia akan meninggalkan kami.
“Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Mac lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.
Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia iaitu pada 15 Februari.
“Apa yang berlaku ni seolah-olah kami ke Tanah Suci bukan saja untuk beribadah, malah untuk ‘hantar’ Nur Alesha bertemu penciptanya juga,” luahnya sebak.
Tambahnya, anaknya seorang yang ramah dan ceria mula berubah sikap menjadi lebih manja apabila tiba di Madinah dan mula mengalami masalah kesihatan selepas itu.
“Sebelum itu arwah sihat dan ceria seperti kebiasaan. Esoknya di Madinah lepas ziarah Masjid Nabawi kami ke perkuburan Jannatul Baqi’, bersebelahan masjid tersebut.
“Ketika itulah Nur Alesha berubah sikap menjadi manja, tak mahu jalan sendiri dan minta saya dukung.
“Sampai hotel dia mula demam dan kami bagi ubat tetapi malam dia mula menggigil dan hampir sawan sebelum kami menghantarnya ke hospital,” kongsinya.
Mohamad Amirul menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah kerana urusan sepanjang rawatan di hospital dipermudahkan, malah turut berpeluang dikebumikan di Jannatul Baqi’
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...