Melihat cara angkasawan negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendidik keempat-empat anaknya memang mengagumkan. Setiap masa diisi dengan aktiviti dan ilmu berfaedah tanpa rasa penat. Namun bapa penyayang ini berada dalam dilema bila mana permintaan anak sulungnya, Bella yang mahukan IPad.
Menurut Dr Sheikh Muszapahar, anak Sophea Isabella, 8 yang mesra dengan panggilan Bella memintanya untuk membelikan iPad jika dia berjaya mendapat keputusan 10A di peperiksaan Sekolah Rendah Agama.
Mana-mana bapa pun pasti berdepan dengan isu yang sama. Buntu bila anak buat permintaan pada benda yang dirasakan tidak wajar buat mereka. Sehingga kini, bapa penyayang ini masih menimbang tara permintaan si kecil Bella malah tidak memberikan kata putus dan menanti sehingga keputusan peperiksaan anaknya keluar kelak.
“Bella akan mengambil Peperiksaan Sekolah Rendah Agama petang ini dan minggu ini adalah minggu peperiksaan buatnya. Bella sasar 10A untuk kesemua 10 matapelajarannya. Insya- Allah.
“Dan saya dalam dilema bila mana dia minta belikan IPad jika dia berjaya dapat 10A!. Kita tengok keputusan dia dulu..haha.
“Bella dapat 9A 1B dalam peperiksaannya yang terdahulu. Daddy tak pernah mungkir janji untuk tunaikan permintaan anak-anak tapi kali ni susah sikit,” tulisnya di IG.
Kalau kita pun serupa. Keputusan yang sukar untuk dibuat. Mungkin beliau boleh gantikan dengan sesuatu yang lebih berharga? Tak gitu?
Menerusi entri yang sama, beliau turut memuat naik video anaknya yang sedang melakukan hafazan serta Bella sempat merayu bapanya untuk menunaikan permintaannya itu.
Rata-rata pengikutnya seronok dan memuji cara didikan malah terhibur melihat gelagat anak dan bapa tersebut. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama bersama anak mereka.
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI