Figura yang satu ini bukan biasa-biasa. Aura kepimpinan dirinya sentiasa dikenang malah dikagumi seluruh dunia. Itulah kehebatan negarawan Malaysia yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad atau mesra disapa Tun M.
Sejak kekalahan pada pilihanraya yang lalu, Tun M seakan menyepi seketika. Lama menghilang dari dunia politik yang kalut namun menjalani kehidupan biasa penuh sederhana.
Namun menerusi satu hantaran barunya semalam, wajah kesayangan ramai ini muncul dengan penuh senyuman.
Rupanya Tun M didatangi adik kecil, Umar Amirul Shakur Haiccal bersama team Bintang Kecil untuk merealisasikan impian anak kecil itu untuk bertemu pemimpin hebat itu.
Jarang-jarang berkongsi kisah kehidupannya, namun kali ini Tun M dengan rendah hati memuji kepetahan anak kecil yang baru berusia 12 tahun itu dengan penuh semangat.
“Saya ditemuramah Umar Amirul Shakur Haiccal untuk satu rancangan di YouTube. Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak.
“Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi lah baru tahu macam mana boleh capai.
Ads
“Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap,” luahnya berkongsi.
Kisah helmet Star Wars
Malah kongsi Tun M lagi, Umar banyak bertanya pelbagai kisahnya termasuklah kisah helmet Star Wars yang menarik tumpuan anak kecil itu.
“Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi.
“Umar tanya saya, kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader.
“Sebenarnya helmet ini dicetak mengguna 3D-printer. Saya berminat dan beli printer ini untuk buat sendiri beberapa barang, cumanya perlu belajar program dan sabar tunggu hingga siap.
Kalau dahulu saya ukir kayu guna pisau dan tangan, sekarang semuanya pakai mesin. Lebih mudah. Cuma perlu faham dan mahir untuk program mesin saja,” kongsinya lagi.
Ads
Ajar buat mini love
Kongsi Tun M lagi, Umar sempat mengajaknya mengabadikan potret bersama dengan membuat mini love yang menjadi trend anak muda kini.
“Semasa bergambar di hujung temuramah, Umar minta posing dengan “mini love”.
“Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu “mini love”. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu itu simbol minta duit!
“Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab,” katanya memuji.
Tidak hanya berkongsi kisah dan kejayaan hidupnya bersama Umar, bahkan Tun M turut menitipkan pesanan buat anak kecil ini untuk menempuh hidupnya dengan penuh kejayaan kelak.
Ads
“Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, perkongsian Tun M di Instagram itu sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah memuji keberanian adik Umar untuk bertemu legenda negara itu.
Lain orang lain caranya untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Namun bagi instafamous, Aasyallie Ahmad, dia dan suami lebih senang memilih untuk mendekati alam bersama anak-anak.
Video perkongsian Aasyallie yang bercamping bersama suami dan anak-anaknya mendapat perhatian ramai di Tik Tok.
Bagi ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, inilah masanya untuk bersama anak-anak dan suami selepas dilanda kesibukan bekerja setiap hari.
“My first time camping. Bagi aku yang selalu sibuk dengan hal bisnes aku, sampai masa pun takde dengan anak anak.
“Dan masa dengan suami pun takde walaupun hari hari bersama, bercamping ni aku dapat masa bersama keluarga aku.
“Aku hanya fokus kepada keluarga aku, kerjasama, komunikasi dan tolong menolong dapat merehatkan kami lagi dan menambahkan lagi kasih sayang dalam keluarga aku. Tak sabar next camping,” kongsinya.
Jika sebelum ini pasangan ini memilih untuk berkhemah di kaki gunung, kini ibu kepada tiga orang cahaya mata ini memilih untuk berkhemah di pantai pula.
“Kali kedua camping. This time disebabkan nak camping di pantai so my husband beli lagi 1 khemah yang kecil supaya lagi senang nak setup.
“Cabaran di pantai adalah kena tahan panas terik sambil setup, tapi bila dah siap mashaAllah lega hati dan sedap mata tengok. Puas hati hehehe,” tulis Asya menerusi kapsyennya di Tik Tok.
Namun apa yang menarik perhatian ramai pastinya kesungguhan ibu cantik manis ini dalam menjayakan misi perkhemahan itu bersama anak-anak.
Bukan hanya memilih khemah yang besar dan luas bagi memuatkan ketiga-tiga anaknya selesa bahkan Aasyallie juga turut mendekorasikan gayanya tersendiri dengan cukup rapi.
Bukan biasa-biasa, bahkan khemah bersaiz besar itu dihias cukup cantik persis dekorasi rumah. Malah lengkap dengan tilam udara bersaiz besar serta sofa udara yang cukup selesa untuk anak.
Menerusi video yang dikongsikan Asya juga, khemah besar berwarna ‘nude’ itu turut dihias dengan hiasan serta peralatan memasak sepanjang perkhemahan dengan warna serupa. Cantik sekali. Terasa ketenangan yang dibawakan menerusi perkhemahan itu.
Malah ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut menyediakan sarapan pagi yang cukup enak buat buah hatinya tersayang. Aksi Asya yang memilih menu barat dengan scamble egg, sosej dan roti buat buat ramai yang tertarik.
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya turut meminta tip perkhemahan dari Asya dan suami serta peralatan sesuai dan sebagainya.
Berikut antara tip yang dikongsikan suami Asya, Eboy melalui perkongsian videonya di Tik Tok.
* Pilih tempat atau tapak dengan permandangan cantik. * Paling penting periksa dulu berapa bayaran untuk tapak samada dibayar tapak atau bayaran individu. * Pilih tapak yang mempunyai kemudahan lain seperti tandas, surau dan kafe. * Untuk anak-anak pula, pilihlah tapak yang turut mempunyai aktiviti untuk anak-anak seperti denai sungai dan sebagainya. * Jangan lupa bawa power bank secukupnya untuk perbagai kegunaan terutama di dalam hutan. * Mahu lebih selesa, jangan lokek untuk membeli peralatan perkhemahan yang berkualiti.
@asyallieeahmad08Kali kedua camping. This time disebabkan nak camping di pantai so my husband beli lagi 1 khemah yang kecil supaya lagi senang nak setup. Cabaran di pantai adalah kena tahan panas terik sambil setup, tapi bila dah siap mashaAllah lega hati dan sedap mata tengok 😍 PUAS HATI hehehe♬ Somewhere Only We Know (Remastered 2022) – Adryann Bisara Official
Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam, Muka Aaisyah Habis Bengkak-bengkak. Anak perempuan Che Ta, Aaisyah Dhia Rana mengalami bengkak-bengkak di bahagian muka selepas makan ketam.
Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam, Muka Aaisyah Habis Bengkak-bengkak
Menerusi perkongsian TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik video memaparkan wajah Aaisyah yang kelihatan bengkak kerana alahan pada makanan.
Ada waktunya, hati seorang isteri terasa bila mana terasa suami melebihkan orang lain. Apa lagi peluang untuk bercuti bersama langsung tidak ada. Hati seorang isteri terasa.
Inilah yang dilalui isteri penerbit dan pengarah popular, Syahmi Shazli, Anissa Faizul yang mendedahkan sikap sebenarnya suaminya.
Ujar Anissa, dia sendiri pada mulanya kurang memahami sikap suaminya itu yang sentiasa mendahulukan orang lain berbanding dirinya sendiri.
Malah kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, setiap kali bercuti, suaminya itu tidak pernah melupakan pekerjanya yang sentiasa turut di bawa bersama ketika bercuti.
Hati kecilnya pernah terasa namun dia kini memahami bila mana penghargaan diberikan oleh ibu kepada pekerjanya yang begitu bersyukur dengan sikap pemurah suaminya itu. Dia kini mengerti betapa membahagiakan insan lain adalah kebahagiaan bagi dirinya dan suami.
Menerusi facebooknya, isteri kesayangan Syahmi itu berkongsi cerita.
“Dari dulu sampai sekarang, Nissa cuba paham apa yang ada dalam kepala Syahmi. Selalu dahulukan orang lain sebelum diri sendiri. Kalau dulu, rasa terbeban kenapa tiap kali kami bercuti tidak berdua.
“Selalu ada orang lain bertemankan kami. Dan sekarang, Nissa dah paham.
“Tadi salah sorang ibu kepada staf Nissa ucapkan terima kasih pada kami sebab bawa anak dia jalan-jalan dan layan anak dia dengan baik. Dia cakap nak harapkan dia buat sama seperti kami buat, mungkin tak tahu bila. Dengan kami je, anak dia dapat rasa begitu.
“Ini la sebabnya. Terima kasih suamiku kerana banyak mengajar erti berkongsi. Meskipun bukan dari segi wang, tapi kenangan tu yang kami perlukan.
“Andai kata hubungan itu tidak kekal, tapi kenangan itu yang kekal dengan kami♥,” katanya berkongsi.
Syahmi seperti yang diketahui sering membawa pekerja-pekerjanya bercuti malah tidak kurang juga turut membelikan barangan sebagai ganjaran dan rasa tanggungjawabnya sebagai majikan.
Melalui perkongsian Anissa di facebooknya, Syahmi juga turut membawa pekerjanya membeli belah malah turut membelikan barang kemas sebelum berjuang berniaga air balang sepanjang Ramadan ini. Inilah sikap yang perlu dicontohi semua.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...