Figura yang satu ini bukan biasa-biasa. Aura kepimpinan dirinya sentiasa dikenang malah dikagumi seluruh dunia. Itulah kehebatan negarawan Malaysia yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad atau mesra disapa Tun M.
Sejak kekalahan pada pilihanraya yang lalu, Tun M seakan menyepi seketika. Lama menghilang dari dunia politik yang kalut namun menjalani kehidupan biasa penuh sederhana.
Namun menerusi satu hantaran barunya semalam, wajah kesayangan ramai ini muncul dengan penuh senyuman.
Rupanya Tun M didatangi adik kecil, Umar Amirul Shakur Haiccal bersama team Bintang Kecil untuk merealisasikan impian anak kecil itu untuk bertemu pemimpin hebat itu.
Menarik: Siap Ambil Order Bonda Babah, Dah Biasa Masak Dari Kecil, Kemahiran Masak Anak Kecil Ni Dipuji!
Jarang-jarang berkongsi kisah kehidupannya, namun kali ini Tun M dengan rendah hati memuji kepetahan anak kecil yang baru berusia 12 tahun itu dengan penuh semangat.
“Saya ditemuramah Umar Amirul Shakur Haiccal untuk satu rancangan di YouTube. Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak.
“Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi lah baru tahu macam mana boleh capai.
“Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap,” luahnya berkongsi.
Kisah helmet Star Wars
Malah kongsi Tun M lagi, Umar banyak bertanya pelbagai kisahnya termasuklah kisah helmet Star Wars yang menarik tumpuan anak kecil itu.
“Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi.
“Umar tanya saya, kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader.
“Sebenarnya helmet ini dicetak mengguna 3D-printer. Saya berminat dan beli printer ini untuk buat sendiri beberapa barang, cumanya perlu belajar program dan sabar tunggu hingga siap.
Kalau dahulu saya ukir kayu guna pisau dan tangan, sekarang semuanya pakai mesin. Lebih mudah. Cuma perlu faham dan mahir untuk program mesin saja,” kongsinya lagi.
Ajar buat mini love
Kongsi Tun M lagi, Umar sempat mengajaknya mengabadikan potret bersama dengan membuat mini love yang menjadi trend anak muda kini.
“Semasa bergambar di hujung temuramah, Umar minta posing dengan “mini love”.
“Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu “mini love”. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu itu simbol minta duit!
“Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab,” katanya memuji.
Tidak hanya berkongsi kisah dan kejayaan hidupnya bersama Umar, bahkan Tun M turut menitipkan pesanan buat anak kecil ini untuk menempuh hidupnya dengan penuh kejayaan kelak.
“Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, perkongsian Tun M di Instagram itu sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah memuji keberanian adik Umar untuk bertemu legenda negara itu.
@bintangkecilmy Siapa sangka Tun M dah boleh buat mini love untuk semua #TunMahathir #TunM #MiniLove #BintangKecil #kids #Fyp #foryou #foryoupage ♬ Buah Hati – Armada
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma