“Bila saya bangun saya tengok dia dah muntah susu dan bibirnya biru. Saya cuba tepuk belakang badan tapi dia tidak lagi bernafas”. Macam tak percaya tapi itulah yang dilalui oleh ibu bapa bayi lelaki yang baru genap setahun yang meninggal dipercayai tersedak susu.

Menurut laporan Sinar Harian, bayi lelaki itu meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang awal pagi semalam (4 Disember).

“Dia Muntah Susu & Bibirnya Biru”. Baru Sambut Hari Lahir, Allah Dah Ambil Zulkarnain  

Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu disedari Md Zarif Md Johari, 36, dan isterinya, Zurriyati Ishak, 29, apabila terdengar bunyi batuk anaknya, Zulkarnain Md Zarif.

Menurutnya, ketika kejadian anak bongsu daripada lima beradik itu sedang tidur di atas katil bersamanya suami isteri.

“Dia Muntah Susu & Bibirnya Biru”. Baru Sambut Hari Lahir, Allah Dah Ambil Zulkarnain  
Mohd Zarif kelihatan sugul ketika menanti laporan bedah siasat, semalam

“Bila saya bangun saya tengok dia dah muntah susu dan bibirnya biru. Saya cuba tepuk belakang badan tapi dia tidak lagi bernafas.

Ads

“Saya dan isteri kemudian segera membawanya ke hospital swasta yang berhampiran. Sebaik sampai, pihak hospital cuba memberikan bantuan pernafasan namun mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) hari ini.

Menurutnya, anaknya baru sahaja keluar dari hospital, selepas ditahan di wad Rabu lalu kerana alami demam yang berulang-ulang selain tiada selera makan.

“Dia Muntah Susu & Bibirnya Biru”. Baru Sambut Hari Lahir, Allah Dah Ambil Zulkarnain  

Ads

Bagaimanapun katanya, anaknya dibenarkan keluar dari hospital petang sebelum kejadian dan laporan perubatan mendapati dia berada dalam keadaan baik.

“Saya reda dengan ketentuan ALLAH. Tapi sedih kerana saya dan isteri baharu saja menyambut hari lahir arwah bulan lalu,” katanya.

“Dia Muntah Susu & Bibirnya Biru”. Baru Sambut Hari Lahir, Allah Dah Ambil Zulkarnain  

Ads

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit: Sinar Harian & Afham Johari

**Teringin nak dapatkan keperluan bayi pada harga yang berbaloi, klik sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI