Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih-lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman. Justeru, dia rasa malu dan “terancam” setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan berlaku. Di kalangan rakan sebaya, mereka tidak memperlakukannya seperti mana orang dewasa.
Tambahan lagi, apabila setiap kali ahli keluarga atau orang dewasa yang lain datang menyapanya, sudah tentu anda akan mengatakan “Dia ni pemalu…”, “Pemalu sangat budak ni…”, “Dia ni memang macam ni. Pemalu sangat, tak tau nak buat macam mana…” atau mungkin orang yang datang menyapanya akan berkata “Mana budak cantik ni…”, “Mana budak cantik yang pemalu tu…”. Ia adalah sebahagian kata yang mungkin pernah diucapkan.
Ads
Anak anda sudah memahami kata-kata orang dewasa. Jadi dia rasa malu. Apatah lagi sekiranya anda dan juga orang lain memang melabelnya sebagai pemalu. Mungkin pada asalnya dia tidak tahu pun dia sebenarnya pemalu. Tetapi oleh kerana perkataan itu yang selalu disebut dan ditujukan kepadanya, membuatkan dia telah menyerapkan ke dalam diri. Lalu, dia menganggap yang dia adalah pemalu dan akan berbuat demikian setiap kali bertemu orang dewasa.
Ads
3 tip mengurangkan rasa malu anak;
Jangan disebut-sebut lagi kata-kata seperti, “Adik yang pemalu” atau “Si cantik yang pemalu” dan sebagainya. Jangan sebut panggilan yang mengaitkannya dengan pemalu. Ini akan hanya menguatkan lagi rasa malunya dan dia akan terus berperangai sedemikian. Beritahu juga ahli keluarga dan rakan agar turut sama membantu anda merealisasikan perkara ini.
Jika dikunjungi oleh rakan dan ahli keluarga, teruslah mengajar anak-anak bersalam dengan tetamu dan tidak memanjakannya kerana tahu dia akan menyorok di sebalik kaki ibu. Tetapi jangan memarahi dan meninggikan suara pula. Cukup lah dengan mendakapnya dan hadapkan badannya kepada tetamu dan hulurkan tangannya. Selepas itu ucapkan “Pandai.” atau “ Good girl.” atau kata yang biasa disebut untuk memuji perbuatan baiknya.
Berikan sedikit masa untuknya berubah dan tidak mengharapkan perubahan sekelip mata.
Jangan berputus asa untuk mendidik anak untuk menjadi lebih berkeyakinan. Keyakinan yang ada pada ibu bapa itu pasti akan berjangkit kepada anak anda kelak.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika usia anak mencecah setahun namun belum mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun, ibu bapa patut bimbang. Berkemungkinan anak berdepan masalah lambat bercakap berbanding rakan seusianya yang lain.
Sekiranya ibu bapa hanya menyedapkan hati dengan membuat andaian sendiri dan semakin lambat rujuk pada pakar sekali gus masalah lambat bercakap tidak dapat diselesaikan.
Pada masa sama, mungkin juga kanak-kanak itu berdepan pelbagai masalah lain seperti fokus, autisme, kemahiran moto kasar dan saraf.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Nur Jannah, mengenai anaknya yang bakal menginjak usia 3 tahun tetapi hanya boleh sebut susu dan mama. Selebihnya jika nak sesuatu hanya tunjuk saja tetapi apa yang kita cakap dia faham.
Anak orang lain seusia Maryam petah cakap
Saya nak share pasal anak bongsu Maryam Nayla. Bulan 3 tahun 2021 genap 3 tahun.
26hb Nov, saya terbaca pasal Doc Say Shazril pasal speech delay. Yes I admit I am denial parent.
Bila tengok kanak-kanak sebaya Maryam boleh bercakap, memang rasa jealous. Tapi dalam hati masih deny. Mungkin Maryam ni lambat sikit bercakap sebab dia dapat kaki cepat.
Bila Maryam aktif panjat sana sini masih sedapkan hati yang Maryam terbiasa dengan pembawakan dua abang dia.
Tapi lepas baca sharing Dr Shazril, saya takleh sembunyikan rasa risau lagi dah. Kalau korang baca sharing Dr Shazril, anak dia yang namanya Ace lebih kurang macam Maryam.
Cuma Maryam tak tengok tab atau tv lama-lama. Dia tak fokus pada satu benda dan dia lebih suka buat hal sendiri.
Perkataan yang disebut Maryam cuma syusyu dan Mama. Kalau dia nak sesuatu, dia akan tarik tangan kita. Seolah-olah nak mintak tolong kita ambilkan. Kalau kita ambilkan apa yang dia nak, dia akan senyum dan teruja. Maknanya betullah apa dia nak tu.
Jadi saya terus whatsapp Fit In Child Development Center untuk dapatkan slot buat Maryam. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Kesilapan dari kami
30hb Nov, Ms Tifanny & Mr.Syafiq (kedua-dua mereka yang buat assessment) dah pesan tak boleh dekat sangat supaya tak mengganggu result assessment Maryam. Long story short, 80% kesilapan datang daripada both of us. Yah, kami admit memang agak berbeza situasi sewaktu kehadiran Maryam vs Imran dan Nuh. Termasuk masalah bisnes, family, kerja and yada yada.
Dan kami syukur Maryam bebas dari simptom autism. Cuma dorang cakap if tak cek dari awal simptom tu akan ada dan jadi habit. Saya tahu ramai ibu bapa yang risau benda ni berlaku. Bila buat hearing test, Alhamdulillah okay. Dah sujud syukur sungguh-sungguh.
Maknanya Maryam kekurangan aktiviti yang sepadan dengan umur dia. Maryam kurang masa berkualiti sebagai kanak-kanak yang sedang membesar.
Kanak-kanak umur Maryam needs fun time. Kesilapan kami bila kami fikir yang dia okay bila dia seronok main permainan abang-abangnya. Semua tu menggangu semua kemahiran yang dia perlu tingkatkan masa umur sekarang.
Padahal Maryam is a girl, dan abang-abang dia adalah boys. Kami dah mix up skills dia. Antaranya, saya biarkan Maryam main mainan budak lelaki dan anggap benda tu biasa. Dan lagi satu kesilapan kami biarkan dia main mainan kanak-kanak yang dah besar iaitu mainan untuk umur Imran dan Nuh. Kebanyakan mainan yang kami beli untuk Imran dan Nuh, kami akan belikan jugak untuk dia.
Hmm. Rupanya mainan-mainan tu semua less effective untuk Maryam develop cognitive skills dia. Nampak macam remeh, tapi kesan dia besar. Ditambah dengan layanan abang-abang dia buatkan Maryam ‘manja’ dan hal ni memberi kesan pada speech and language development dia.
Situasi lain pula kalau Maryam nak apa-apa, dia akan tarik tangan orang untuk ambilkan. Kita pun semestinya akan turutkan kemahuan dia tanpa banyak soal sebab rasa sweet sangat konon-konon sebab dia libatkan kita, dia perlukan kita. But its not! Sebab Maryam rasa, dia tak perlu bersuara pun untuk orang faham kemahuan dia. Kalau benda ni berlarutan, boleh buatkan kanak-kanak jadi ‘malas’ untuk develop speech skills.
Lagi satu Maryam ni susah untuk fokus pada satu-satu benda sebab terganggu dengan aksi abang-abang dia. Tapi bukan salah Imran dan Nuh.
Kami ada pemikiran ‘takpa nanti Maryam belajar dengan abang-abang.’ Again, lack of parenting skills.
Bukannya kami tak bagi perhatian dan tak ada ajar apa-apa langsung. Tapi cara tu tak berapa kena. Setiap kanak-kanak yang membesar perlukan perhatian yang berbeza.
Selepas beberapa minggu, kami cuba apa yang diajar perubahan kat Maryam adalah eye contact. Untuk solution eye contact ni, saya kena sama ketinggian dengan Maryam waktu bercakap. Kena pegang bahu dia dan bagitau dia apa yang kita nak bagitau.
Kini saya nampak perubahan yang dia semakin excited untuk cuba mainan-mainan baru. Maknanya Maryam sedang develop skills seperti mana kanak-kanak sebaya dia.
Saya tak boleh nak share banyak sebab masih baru lagi. Masih banyak lagi cara saya cuba dan perbetulkan supaya Maryam beri lebih perhatian kat permainan dia. InsyaAllah nanti saya kongsi perkembangan baru Maryam.
Permainan untuk rangsangan anak 1-3 tahun
Jadi ni toys yang Ms Tiffany cadangkan untuk tingkatkan kemahiran Maryam. Permainan ini semua untuk usia anak 1-3 tahun.
Building blocks stacking untuk motor skill. Untuk train kid ingat warna dan bentuk.Oral Swab Toothtette ni untuk kid yang susah nak berus gigi. So, kita train dulu guna Toothtette. Just basahkan guna air masak dan main main dalam gigi n gusi dia. Salah satu sebab budak speech delay, dia kurang menggunakan stimulasi oromotor.Marble run ni untuk improve ability on fokus. Right now kami kena tingkatkan eye contact Maryam.Marble run ni untuk improve ability on fokus. Right now kami kena tingkatkan eye contact Maryam.Yang ni pulak squeeze ball. Untuk muscle stimulate. Dan meningkatkan fokus dorang. Sesuai jugak untuk penyakit anxiety.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai masalah berkaitan alahan dan alergi. Selalu selsema, gatal-gatal kulit, mata, telinga, hidung dan bermacam-macam lagi. Untuk yang ada anak-anak, dah tentu masalah ini menjadi suatu perkara yang amat berat untuk kita terima.
Puas dah kita cari rawatan, mana-mana tempat kita dah pergi untuk berubat, namun masalah anak kita masih tidak selesai. Apa masalahnya ini?
Masalah alahan ini berlaku akibat tindak balas sistem imun tubuh kita kepada beberapa faktor allergen. Akibatnya tubuh kita akan mengalami gejala alahan seperti saya sebut tadi.
Beberapa punca biasa menyebabkan simptom ini berlaku perlu dikenalpasti oleh pesakit sendiri dan juga ibu bapa. Kita sebut sebagai ‘allergen’. Ini amat penting bagi memastikan gejala sama tidak berulang lagi.
Walaubagaimanapun, selain daripada gejala yang biasa ditemui, salah satu keadaan berbahaya boleh berlaku kepada pesakit. Jika ini berlaku, maka langkah perlu dan segera perlu dilakukan. Bawa ke hospital!
Anafilaksis adalah tindak balas alergi yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, berlaku sebaik sahaja pendedahan kepada faktor alergen berlaku. Keadaan ini akan menjejaskan seluruh sistem badan pesakit!
Histamines dan bahan kimia lain dikeluarkan dari pelbagai tisu di seluruh badan, menyebabkan gejala berbahaya seperti:
Menyempitkan saluran pernafasan dan mengakibatkan kesukaran bernafas
Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba
Pembengkakan pada kawasan muka, leher atau lidah
Mengalami muntah atau cirit-birit
Gejala sakit dada dan palpitasi pada jantung.
Percakapan pada pesakit yang tidak jelas.
Untuk keadaan yang lebih teruk, pesakit boleh hilang kesedaran!
Beberapa risiko meningkatkan kebarangkalian serangan ini berlaku.
Pernah alami gejala alahan teruk sebelum ini.
Sejarah keluarga yang turut alami perkara sama.
Pesakit merupakan pesakit alahan dan asma yang tidak terkawal.
Jika anda atau anak-anak anda mengalami gejala alahan yang luar biasa, jangan biarkan di rumah. Segera dapatkan pemeriksaan doktor.
Banyak persoalan dari ibu-ibu yang keliru sama ada boleh atau tak nak letakkan garam dalam makanan bayi sebagai penambah perasa.
Berdasarkan penjelasan Dr Suriyakhatun, beliau tidak menggalakkan ibu-ibu memasukkan garam dalam makanan anak. Sebab apa?
Untuk bayi enam bulan umumnya tidak ditambah kicap atau garam ke dalam makanannya. Ini kerana pada pada usia begini keperluan pada garam kurang dari satu gram sehari dan ini boleh diperolehi dari susu ibu dan makanan asli tanpa tambahan garam.
Umumnya deria rasa bayi amat sensitif dan tidak perlukan pada rasa masin pada umur enam bulan hingga setahun.
Selepas umur setahun, biasanya bayi akan minta makanan yang dimakan oleh orang lain tetapi pada peringkat ini pun, walaupun tidak mudarat jika sekali sekala diberikan makanan bergaram, ada beberapa syaratnya:
Jangan berikan makanan yang dibeli diluar atau makanan segera yang umumnya bukan sahaja banyak garam tetapi mengandungi serbuk perasa yang mengandungi natrium (sodium) , contohnya MSG.( monosodium glutamate)
Jika masak dirumah jangan guna garam putih (table salt) dan jangan letak MSG, sos tiram dan apa saja perasa yang mengandungi MSG. Jika ada bahan ini, jangan berikan pada bayi.
Guna garam Himalaya (pink salt) yang kaya dengan 84 jenis zat galian penting untuk badan kita. Ini pun, jangan berlebihan dalam masakan. Jika ada yang nakkan lebih garam, bolehlah ditambahkan kemudian, pentingnya, kalau anak umur 1-2 tahun nak makan sama, garamnya mestilah tahap minima.
Umumnya anak setahun ke atas pun perlukan zat galian ini semua dan zat galian ini ada dalam susu ibu dan boleh ditambah pada makanan dia dengan kadar amat sedikit ( secubit kecil )
Apa kesan jika anak diberikan makanan bergaram secara berterusan dan konsisten?
Antara petandanya anak menjadi haus, anak juga boleh mengalami sakit perut dan tidak lalu makan.
Kesan jangka panjang adalah pada buah pinggang dan tekanan darah. Penyakit-penyakit ini akan datang kemudian dan bukan semasa bayi. Lagipun anak akan terbiasa makanan yang terlalu masin.
Biasakan anak makan makanan sihat
Anak pun perlukan zat galian termasuk garam. Keperluan garam jauh lebih rendah untuk bayi bawah umur setahun dan masih sedikit pada anak dua tahun sehingga empat tahun.
Biasakan anak pada makanan kurang masin dan hanya manisan asli dari peringkat awal.
Awas makanan jajan, fast foods dan makanan dibeli ada terlalu banyak garam untuk anak kita bawah umur empat tahun . Makanan ini juga mengandungi serbuk perasa yang mengandungi natrium ( sodium) . Komponen yang tidak boleh berlebihan adalah natrium ini. Garam putih adalah natrium klorida. Baca label ramuan bila hendak beli sesuatu makanan berproses ie mana-makan makanan yang ada balut bertulis. Awas jika ada disebutkan perasa yang dibenarkan. Ia tetap kimia yang tambahkan beban pada buah pinggang dan hati .
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sarung tangan, peniaga makanan perlu pakai atau tidak? Doktor ini kongsikan faktanya. sarung tangan dan ada yang tak? Mungkin ada yang tertanya-tanya, sebenarnya perlu ke pakai sarung tangan atau sekadar pilihan sahaja?