“bila anak korang minta makanan tak sihat ataupun terlebih makan, jangan ikut, dia orang tak tahu, dia orang nak makan je, anak kita tak tahu benda ini bermanfaat atau tidak.”
Itulah luahan ikhlas dan tegas daripada seorang bapa yang kini tular di Instagram melalui video yang telah dimuat naik oleh seorang jurulatih kecergasan, @tareqfit91.
Dalam video itu, beliau menyeru ibu bapa untuk muhasabah diri dan sedar bahawa tanggungjawab menjaga kesihatan anak adalah tanggungjawab kita bukan anak.
Jika anak sentiasa minta makanan manis dan jajan, itu atas dasar kita yang beri. Kalau anak tak suka sayur, kita yang tak ajar. Kalau anak melekat dengan skrin dari pagi sampai malam, kita yang tak hadkan.
Bila semua ini berlaku tanpa kawalan, badan anak yang menderita. Dan bila mereka jatuh sakit, kitalah yang akan menanggung segala sesal dan tangisan.
Reaksi Netizen,
Klip video tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Ramai menyokong mesej Tareq dan menyatakan perkara ini sudah lama patut ditegur.
Ads
“Terbaik bang… nasihat yang betul 👏👏👏👏👏”
“Anak dia comel and it is true… kita kena jaga kesihatan anak-anak”
Ads
“Kalau tengok video adik ni, terus skip. Sebab kesian kat dia, seolah jadi bahan content mak pak. Kesian kat anak tu… usaha cara hidup sihat. Anak-anak kecil terdedah dengan diabetes sekarang ni 😢”
“At last ada orang yang tegur. Sebab memang tak cute langsung, kesian lagi ada 😢”
Ads
“Chubby lain, obese tu lain… tolong la bezakan. Obese tu merosakkan badan. Bayangkan sendi-sendinya yang lembut terpaksa tampung berat berlebihan. Tu belum lagi organ lain yang terpaksa overworked. Budak, apa lah dia tahu 😔”
Teguran ini bukan untuk menghina, tetapi menyedarkan. Netizen bersuara kerana mereka sayangkan anak-anak ini.
Apa Yang Ibu Ayah Boleh Buat Hari Ini?
Lima langkah penting:
Kawal pengambilan makanan anak – Elak makanan proses, minuman bergula dan jajan harian.
Jadi contoh – Anak tengok cara kita makan dan hidup, bukan apa yang kita cakap.
Libatkan anak dalam aktiviti fizikal – Bawa berjalan, main di taman, bersukan.
Didik dari kecil – Bagi mereka faham beza makanan sihat dan tidak.
Kurangkan skrin, tambah gerak badan – 20 minit bergerak lebih baik dari 2 jam duduk.
Sayang Bukan Dengan Suap, Tapi Dengan Jaga
Kalau kita sayang anak, kita tak biar mereka sakit baru nak berubah. Kita ubah sekarang walaupun susah, walaupun kena paksa diri. Sebab anak tu amanah, bukan alat content, bukan boneka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raya yang masih berbaki beberapa hari lagi ni jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak kecil kita beraya dan paling penting berkenal-kenalan dengan saudara dan eratkan silaturrahim. Pun begitu bila ada anak kecil, mak ayah kenalah pantau lebih. Takut anak terlebih aktif, main sana sini. Paling penting kalau terpecah dan terosakkan barang tuan rumah.
Tip dan info yang dikongsikan oleh Puan Liyana Nazli ini patut kita jadikan panduan untuk mengajar anak menjadi lebih peka. Malah nak ajar social awereness ni pun kena ada caranya pada anak-anak kita.
Isu biasa musim raya saban tahun ialah ‘kerosakan-kerosakan’ yang dilakukan oleh anak-anak kecil ketika beraya. Ada yang terpecah pinggan pusaka gambar naga, ada yang terpecah TV plasma, hiasan kristal mahal-mahal dan juga terbunuh haiwan peliharaan tuan rumah. Macam-macamlah ceritanya.
Lalu wujudlah salah-menyalah. Tuan rumah kata mak bapak tak pandai jaga anak. Mak bapak kata tuan rumah tak ikhlas terima tetamu pelbagai usia dan ragam.
A never ending debate…
Dalam keadaan begini, sebagai ibu bapa, ada satu perkara yang kita perlu perhatikan dalam perkembangan anak-anak iaitu social awareness. Apa dia social awareness ni?
Social awareness ialah kebolehan mereka untuk melihat daripada perspektif orang lain dan mengaplikasikan perspektif itu dalam interaksi mereka. Dengan kata lain, dia boleh faham apa yang orang lain rasa dan perlukan berdasarkan social cues dan budaya setempat (cultural standards).
Bila anak-anak punya social awareness yang bagus, dia akan tahu untuk sesuaikan diri dengan situasi sosial di mana dia berada. Contoh, kalau sedang berada di taman permainan ha bolehlah awak nak berlari dan memanjat sana sini, tak ada siapa nak marah. Kalau duduk rumah sendiri, bolehlah nak sepah-sepah sikit, mak tak kisah. Tapi bila mai bertandang rumah orang kena jaga tingkahlaku. Tak boleh buat macam rumah sendiri. Kena jaga adab sopan sebagaimana norma sosial setempat.
Dan kemahiran sosial ni tak datang sendiri. Kita sebagai mak bapak yang kena ajar dan bagi pendedahan. And it is not a skill learnt overnight. Tak bolehlah esok nak raya, malam tu baru kita nak ajar dengan harapan esok dengan magiknya anak-anak boleh berkelakuan seperti yang kita mahu.
Jadi macam mana nak ajar social awareness?
1. Ajar anak kenal emosi
Perkenalkan pada anak semua jenis emosi. Kalau tengok TV dengan anak tu, pause kejap pada emosi berbeza dan suruh anak teka apa yang karakter tu sedang rasa. Saya suka tengok real story dan bukan cerita kartun dengan anak-anak. Sambil tengok tu boleh berbual tanya kenapa watak tu menangis, kenapa dia marah dan sebagainya. Tanya anak macam mana dia tahu karakter tu tengah marah contohnya. Kalau dia clueless, ajar dia untuk fahami ekspresi muka dan bahasa tubuh. Jadi, kalau kat rumah orang tu, bila ibu jegil mata dia fahamlah ibu tengah marah, takdelah dia buat bodoh je hahahahaha!
2. Ajar anak tingkahlaku sasaran
Bacakan anak buku-buku yang melibatkan pelbagai situasi sosial, terutama sekali situasi sosial yang bakal dihadapinya. Kalau tak jumpa buku yang sesuai, buat buku cerita sendiri. Bagi tajuk buku tu ‘Yusuf Pergi Beraya!’, contohnya. Ha ha! Letak ilustrasi yang bersesuaian untuk dia mudah faham. Masukkan tingkahlaku sasaran yang kita nak dia amal seperti duduk dan makan dengan sopan, minta kebenaran, cakap terima kasih dan sebagainya. Seminggu dua sebelum raya, bacakan setiap hari pada dia. Macam tengok TV jugalah, bila sampai bahagian penting yang melibatkan emosi, bincangkan. Tanya anak, kalau dia jadi watak tu apa yang dia akan rasa dan lakukan.
3. Exposure, exposure, exposure
Beri peluang untuk anak terlibat dalam situasi sosial yang memerlukan dia praktis segala kemahiran yang dia dah belajar ni tadi. Selalulah bawa anak berjalan ke rumah saudara-mara yang kita dan anak familiar dulu sebelum bawa berjalan ke rumah orang yang agak asing bagi anak. Ingatkan tentang expected behaviour. Kalau dia terbuat silap, jangan terus marah kaw-kaw. Anggap itu peluang untuk dia belajar dari kesilapan dia. Kena berbual dengan dia tentang insiden tersebut. Teaching moment, bak kata omputih. Bila anak tak banyak peluang untuk encounter situasi sosial tersebut, dia kurang kemahiran untuk menghadapinya. Yelah, setahun sekali baru ibu dan ayah bawak dia pi berjalan rumah orang masa hari raya. Lepas tu kita expect dia behave like an expert. Mana boleh!
Yang jadi tuan rumah pun alahai, macamlah tak tahu perangai budak. Dah tahu yang bakal bertandang nanti ada anak kecil, pastikan rumah kita pun welcoming untuk mereka. Raya ini matlamatnya nak merapatkan silaturrahim, bukan nak tunjuk skill deco siapa paling hebat atau rumah mana paling berharta.
Binatang peliharaan tercinta, kurung siap-siap jangan bagi lepas bebas
Bilik yang kita tak mahu tetamu tersalah masuk, tutup dan kunci siap-siap
Sediakan dua set kuih raya. Yang dewasa punya atas meja tinggi dalam balang cantik kita tu. Yang anak-anak dalam tupperware comel-comel atas meja kopi.
Mencecah usia anak setahun sepatutnya ada beberapa patah perkataan anak boleh sebut. Walaupun masih pelat tetapi dia berusaha untuk menyebutnya berbanding anak yang tak bercakap tetapi memberi isyarat tunjuk saja.
Mungkin awal-awal kita boleh bertenang, namun jika masuk usia dua tahun ke atas masih lagi sama, tak boleh biarkan.
Semakin lambat ibu bapa menyedari perkara itu, semakin lambat rawatan diambil, sekali gus masalah lambat bercakap tidak dapat diselesaikan.
Pada masa sama, ia juga bergantung kemungkinan kanak-kanak itu berdepan pelbagai isu lain termasuk masalah fokus, autisme, kemahiran moto kasar dan saraf.
Kredit Gambar: pexels.com
Rawatan dengan terapis pertuturan atau pakar kanak-kanak di hospital perlu untuk mencari jalan penyelesaian. Bukan apa bimbang, anak akan ketinggalan dan tidak dapat menikmati fasa kanak-kanak yang normal.
Selain mendapat rawatan khusus, ibu bapa juga boleh ikhtiar dengan amalkan doa ini sebagai salah satu usaha untuk membantu anak cepat bercakap. Sebaiknya lakukanlah selepas solat. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah.
Amalan untuk anak lambat bercakap
1) Jika anak anda masih lambat bercakap, boleh bacakan Surah An-Nisa’ ayat 164
Selain tu baca juga:
1) Surah al-Fatihah dan doa berikut pada madu,
2) Sapukan madu di bawah lidah anak yang lambat bercakap itu.
Selalu amalkan, Insya-Allah, anak tersebut dipermudahkan untuk bercakap dengan izinNya.
2) Penawar anak lambat bercakap Surah Taha Ayat 25-28
1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.
2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap-tiap kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, dan menguatkan daya ingatan.
3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri.
INSYAALLAH…
Ini juga salah satu ikhtiar bagi membantu pertuturan anak. Biar seiring dengan usaha dan doa. Barulah hasilnya juga positif.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menegur anak zaman ini perlukan cara dan masa yang lebih sesuai. Anak-anak perlu ditegur dengan baik agar hati mereka tidak terusik paling penting terkesan dengan teguran yang diberikan mak ayah.
Apa dan bagaimana caranya? Menurut Kaunselor Bertauliah, Zahari Ismail memberi nasihat kepada anak sama ada yang masih kecil atau sudah remaja perlu masa yang sesuai.
Walaupun kita bergelar ibu dan ayah, itu tidak bererti kita boleh menasihati anak pada bila-bila masa saja. Jika tidak kena gaya dan waktunya, kata-kata kita mungkin hanya dianggap ‘membebel’, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Menurut pakar, sama ada ibu mahupun ayah yang ingin menegur, perkara paling penting yang perlu diberikan perhatian adalah memilih waktu yang sesuai dan juga cara menyampaikan nasihat tersebut.
Waktu makan
Ini adalah masa terbaik untuk ibu bapa mendengar cerita atau keluhan anak-anak tentang hari-hari yang mereka lalui. Kebiasaannya inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau tidak langsung daripada ibu bapa. Ketika kita mendengar dan bercerita, selit nasihat yang ingin disampaikan dalam cara yang tepat.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, mengambil makanan, menyuap makanan, berdoa, bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, berbicara dan mendengar. Paling utama jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
Waktu dalam perjalanan
Kehidupan masa kini memperlihatkan hampir kebanyakan individu hidup dalam suasana terkejar-kejar termasuk anak-anak. Ibu bapa sebenarnya boleh menggunakan tempoh singkat dalam kenderaan sebagai waktu efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar, cukuplah ia padat dan ringkas namun mempunyai makna yang mendalam bagi memastikan si anak boleh menerima, sekali gus mengubah kesalahan dilakukan.
Waktu bermain
Tidak kira berapa usia anak anda, tentu saja ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk bermain bersama mereka terutama pada hujung minggu.
Sekiranya anak anda sudah meningkat remaja, pastinya anda membawa mereka bersiar-siar ketika waktu cuti. Dalam kedua-dua situasi, tentunya emosi anak dalam keadaan gembira dan ia boleh digunakan sebaiknya untuk menasihati anak-anak.
Paling utama jangan sesekali membantutkan kegembiraan yang mereka rasai itu dan cuba menasihati dengan cara yang baik.
Ketika anak dalam keadaan tidak sihat
Lumrahnya apabila sakit, anak-anak menjadi lebih mengada-ngada dan inginkan belaian dan perhatian daripada ibu bapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan.
Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila mereka sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaannya ketika itu.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang, semuanya di hujung jari ptermasuklah urusan Tadika dan Taska!Memperkenalkan KindyPro, sistem pengurusan bersepadu yang direka khas untuk membantu pengusaha Tadika, Taska dan...