Cabaran melayan sikap dan perangai anak-anak kecil semenangnya satu cabaran besar buat seorang ibu. Hal ini turut diakui oleh isteri usahawan ternama, Datuk Aliff Shukri, Datin Sri Shahida yang turut berdepan detik sukar melayan karenah anak.
Biarpun sudah punya anak ramai, namun kata Datin Shahida perangai setiap anak berbeza-beza. Dan inilah yang menjadikan semakin sukar.
Menerusi Instagram, Datin Shahida turut berkongsi caranya melayan emosi anak keempatnya yang boleh tahan aktif.
“Macam ni kot rasanya sebagai seorang ibu dalam cerita batu belah batu bertangkup tu.
“Kadang-kadang penat sebenarnya melayan karenah anak ni, sampai satu tahap boleh buat kita sendiri merajuk dengan perangai anak ni.
“Tambahan pulak kalau melayan perangai @yusoffalqardawi_terlajaklaris ni. Dia punya buas tu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Memerlukan kesabaran dan ketaqwaan yang tinggi,” luahnya berkongsi.
Menerusi video yang dimuat naik, ibu kepada enam orang cahaya mata ini turut menyentuh emosi anaknya, Yusof Al-Qardawi dengan memberitahu untuk meninggalkan anak kecil itu.
Yusof yang terkesan dengan permainan emosi itu mula menangis teresak-esak sebelum dipujuk oleh ibunya.
“Tapi lepas meluahkan perasaan tu rasa bersalah la pulak. Budak budak mana yang tak lasak masa kecil kan.
“Selasak mana pun Yusoff ni malam malam tetap gentel rambut mama dia kalau nak tidur,” kata DS Shahida berkongsi.
Dalam pada itu, pengikut Datin Shahida turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut membuat hal yang sama kepada anak-anak mereka.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!