Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada September lalu, Maryam You Narae kini sudah pun habis berpantang selama 44 hari. Maryam kini dilihat semakin sihat dan cergas malah sering memuat naik beberapa keping gambar beriadah bersama suaminya, Ryzal Ibrahim.
Biarpun sudah habis berpantang, namun apa yang menjadi kerisauan pasangan Durian Kimchi ini adalah keadaan dirinya dan bayi Rina yang kini sudah tidak punya pembantu.
Prihatin dengan isteri dan anaknya, Ryzal rupanya sanggup menambah pakej berpantang Maryam demi memastikan anak dan isterinya itu terjaga dengan baik.
“Dua hari lagi cukup 44 hari Maryam berpantang. Maryam tanya saya dengan muka sedih, Abang, macam mana kalau Maya tak ada nanti? Habislah kita.
“Saya cakap takpe, nanti abang sambung pakej pantang sayang 2 bulan lagi. Dia terus gembira,” tulisnya berkongsi di Instagram.
Malah menurut kata Ryzal, pembantu mereka yang dipanggil Maya itu sudah begitu serasi dengan mereka malah tidak hanya menguruskan anak dan isteri bahkan ringan tulang membantu semua urusan di rumah.
Ads
“Maya ni Confinement Lady, orang yang jaga pantang Maryam dan Baby Rina akan bercuti seminggu, jadi saya dan Maryam kena jaga sendiri Baby Rina selama 7 hari.
“Dengan kesibukkan kerja kami, memang tak sempat nak keluar joging, buat kerja luar dan sebagainya. Jadi, saya ambil pakej pantang 3 bulan setengah,” kongsinya lagi.
Malah kata Ryzal lagi, dia dan Maryam bukan tidak mahu mencari pembantu rumah bagi menjaga Rina tetapi kerana begitu selesa dengan Maya.
“Kami bukan tak nak cari maid tapi susah nak cari sekarang, lagipun kami pun dah selesa dengan Maya ni. Dia buat semua kerja rumah, jaga baby Rina, masak makanan pantang, siapkan mandian herba, bertungku dan mengurut Maryam setiap hari.
“Jadi, kami ada masa nak joging, buat kerja luar, dan keluar beli barang. Kalau boleh nak ambil setahun terus. InshaAllah,” kongsinya lagi.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tindakan Ryzal itu dipuji wargamaya. Malah menurut kata mereka, rezeki makin bertambah bila melebihkan isteri dan anak.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarlah kata orang sukarnya menjaga anak perempuan berbanding anak lelaki. Sukarnya kerana terpaksa melebihkan bekalan jiwa buat anak kecil kita yang masih tak mengerti apa-apa. Biarpun satu-satu perkara nampak remeh, tapi buat anak perempuan kita, semuanya nampak besar. Jadi kena hati-hati.
Sekecil-kecil perkara seperti mandi pun kena ajarlah cara yang betul supaya jadi benteng buat anak kita. Dr Taufiq Razif berkongsi kisah dan tip buat ibu bapa yang punya anak perempuan.
Maryam jangan mandi dengan sepupu lelaki tau!
Ni lah pesanan saya tiap kali anak saya, si Maryam Soolihah ni nak balik kampung atuk dan neneknya.
Bukan sebab saya tak percayakan anak buah dan sepupu sepapat sendiri tetapi sebagai langkah pencegahan ( precautions ) dan untuk tanamkan RASA MALU dalam diri anak perempuan saya tu.
Anak perempuan ni tak macam anak laki sikit. Jiwanya lembut. Dipuji, dirayu sikit je dia boleh tewas. Jadi kita sebagai mak ayah ni la kena ajar anak kita bina PENDINDING DIRI!
Selain doa, pendinding diri paling ampuh pada anak perempuan adalah :
Rasa malu
Anak yang tebal rasa malunya akan menjauhkan diri bila ada yang ajak buat benda benda pelik dan tak senonoh. Fitrah malu tu sendiri dah ada dalam diri anak kita cuma kita la kena berjaga jaga jangan sampai rasa malu & harga diri tu hilang daripada anak anak kita
Biar pun Maryam masih kecil dan auratnya pun tak wajib ditutup tapi kalau dia tergedik gedik keluar bilik air tanpa pakai tuala dekat kampung memang saya jerit lah ” Maryam! Malulah kalau sepupu laki nampak!!! ”
Tolak Permintaan dan “say NO”
Anak perempuan biasanya paling mudah makan pujuk rayu orang. Jadi saya kena ajar kalau ada orang lain nak pegang tempat sulit anak perempuan saya ataupun buat benda benda yang dia tak suka cakap je” NO! TAK BOLEH! ”
Saya ajar je anak saya beradab dan hormat orang tapi kalau melibatkan maruah, nak tendang ke nak gigit ke dipersilakan! Ajar juga anak kecil kita menjerit ye. Jangan main main, jeritan anak kecil boleh menyelamatkan nyawa dan maruahnya tau!
Jangan Berhenti Mengadu
Ni la kenapa, walau apa pun terjadi saya akan jaga TRUST si Maryam tu pada saya. Dengan TRUST la anak akan jadi tak kekok nak mengadu kat saya.
Bila si Maryam Soolih ni mengadu, saya kena fokus mendengar dan bagi respon yang cepat dengan aduannya walau sesibuk apa pun saya. Saya kena jadi BEST LISTENER pada anak saya walau sesibuk apa pun saya!
Kenapa? Sebab saya taknak anak saya berhenti mengadu kat saya. Memang la agak annoying bila semua benda dia nak mengadu kat kita tapi tanpa sedar tu la sebenarnya tanda anak kita masih PERCAYAKAN kita!
InsyaAllah bila semua pendinding diri ni ada pada anak kita, anak kita akan selamat. Ajar la pasangan kita tentang benda ni juga ye untuk keselamatan anak anak kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebahagiaan rumah tangga yang dibina terletak pada diri kita dan pasangan dalam membentuk rasa bahagia. Saling menghormati, saling belajar memperbaiki kelemahan diri, menghormati antara satu sama lain dan menjalankan tugas sebagai pasangan dan ibu bapa antara kunci kebahagiaan sesebuah keluarga.
Bagaimana lagi cara untuk memupuk rasa bahagia dalam rumah tangga? Ustaz Ebit Lew penceramah dan pendakwah bebas yang popular di media sosial berkongsi beberapa surah untuk pasangan dan anak-anak supaya dapat kita sekeluarga amalkan setiap hari.
I love you bidadariku dan anak-anak. Bersama keluarga nikmat yang sangat besar.
Dari 12 tahun hampir setiap hari saya akan hidupkan amalan baca Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama keluarga. Sekarang umur saya dah 37 tahun. Rindu masa tu baca Hadis pada mak saya. Mak pendengar pertama saya masa baca hadis Nabi saw. Mak saya kata, insyaAllah satu hari nanti ramai akan dengar ebit berkongsi nasihat. Terima kasih mak bapak sentiasa mendoakan.
Ini semua doa mak ayah. Kita dapat apa yang kita dapat asbab doa mak ayah kita. I Miss u mak. Sayang mak, rindu mak sangat. Orang cakap atau perli apapun takpe. Jangan berhenti buat baik kerana mak ayah kita menanti amal baik anaknya. Mak ayah kita lebih kenal kita dari orang lain. ‘Allah sayang’ itulah kekuatan segalanya.
Hari ini bersama bidadari dan anak-anak setiap hari masa di rumah selepas Maghrib atau Solat Subuh saya akan dengar anak baca Al-Quran dan berkongsi Hadis Nabi saw. Kadang bidadari saya baca. Kadang anak-anak baca.
Saudaraku, saat bersama bidadari dan anak-anak ialah saat paling berharga. 3 perkara kita buat bersama. Solat, majlis ilmu/Talim, dan makan bersama. Doakan buat bidadari dan anak-anak.
Supaya anak rajin solat dan menjadi anak soleh baca Surah Ibrahim ayat 40. Pasangan menjadi penyejuk mata dan pemimpin kepada kebaikan baca surah Al-Furqan ayat 74.
Supaya semua keluarga sentiasa bahagia dan dapat kebaikan hidayah baca Al Ahqaf ayat 15. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew
Kredit: Ebit Lew
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Besar pengorbanan seorang guru. Bukan setakat mengajar dan mendidik anak-anak kita, tetapi guru juga dianggap ‘ibu ayah’ di sekolah. Melayan pelbagai kerenah anak-anak murid bukan tugas yang mudah. Dengan pelbagai latar belakangnya, cabaran guru sungguh besar.
Selain memastikan pelajar memahami apa yang diajar, setiap guru pasti akan melalui situasi yang mungkin menyentuh hati. Seperti perkongsian di TikTok Cik Puan Gojes, tindakannya memberi sepasang kasut kepada anak muridnya benar-benar buatkan ramai sebak.
Kisahnya seorang anak murid datang ke sekolah hanya memakai selipar. Apabila ditanya mana kasut sekolah, jawapannya hilang dan ayah tak mampu beli.
“Tiga hari cari Cinderella..”
Menurut guru tersebut, ketika sedang mengajar di kelasnya, datang salah seorang pelajar dengan hanya memakai selipar. Ketika ditanya mengapa tidak memakai kasut, pelajar tersebut memberitahu telah kehilangan kasut sejak sekian lama. Tambah meruntun hati, dia tidak mempunyai duit untuk membeli kasut baru.
Jelas guru tersebut, bapa kepada pelajar itu difahamkan mengalami strok otak yang menyebabkan ibunya tidak bekerja bagi menjaga ayahnya itu. Keluarga pelajar itu berdepan dengan masalah kewangan sehingga sukar menyediakan kelengkapan sekolah.
Simpati dengan nasib yang menimpa pelajar tersebut, cikgu berkenaan menghadiahkan sepasang kasut sekolah baru yang difahamkan milik anaknya tetapi masih belum dipakai. Katanya, sudah 3 hari dia mencari ‘pemilik’ kasut tersebut namun tiada pelajar yang muat, dan ternyata, dia adalah ‘Cinderella’ yang dicari-cari.
Menjengah ke ruangan komen, netizen sebak melihat situasi pelajar itu dan ramai yang menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan kepadanya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar pelajar, dan guru yang pemurah itu sentiasa dimurahkan rezeki.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu hamil pernah alami situasi ni bila mana gigi tiba-tiba rasa longgar, cepat berlubang, atau jadi sensitif. Tapi betul ke semua ni berlaku sebab bayi dalam kandungan 'sedut' kalsium dari gigi ibu?