“Dia Tak Tahu Saya Bernazar” Pasang Niat Lama Lepas Bersalin, Mona Allen Umum Berhijab Sepenuhnya!

Share

Seringkali wajah pelakon cantik ini, Mola Allen muncul di Instagramnya dengan berpakaian tudung lengkap. Namun rupanya hajat itu telah dilaksanakan sebaik bersalin anak pertamanya pada Ogos tahun lalu.

Ibu kepada Petra Pekin ini akhirnya tampil mendedahkan yang dirinya kini sudah pun berhijab sepenuhnya selepas bersalin.

Malah menurut Mona lagi, penghijrahan itu berlaku selepas dirinya bernazar sekiranya memiliki cahaya mata pertama tanpa pengetahuan Pekin.

“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.

“Pekin tak pernah pun paksa saya untuk pakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar,” luahnya berkongsi.

Menarik: “Macam Fasha Junior” Anak Fasha Sandha Tunjuk Minat Berlakon Macam Ibu, Tak Dapat Green Light Dada!

Kami Masih Belajar, Anak Genap Setahun, Banyak Mengajar Ernie Zakri Jadi Ibu Terbaik!

Tiap Kali Mengemop Kena Berebut, Anak Kedua Shukri Yahaya Suka Mengemas, Ramai Nak Buat Menantu!

Namun kata isteri kesayangan Pekin Ibrahim ini, suaminya terlebih dahulu berpesan agar tidak membuat pengumuman di media sosial berkenaan hal itu.

“Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.

“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya berkongsi.

Jelas wajah cantik dan jelita yang dimiliki Mona kelihatan makin terserlah dan ayu dengan penampilan bertudung ini. Nampak kemas dan cantik.

Tambah pula gaya pemakaian Mona yang simple dan kena dengan setiap yang digayakan. Memang cantik.

Kini sudah hampir enam bulan Mona bertudung malah si comel Petra Pekin, buah hati kesayangan Mona dan Pekin ini juga sudah pun berusia enam bulan selepas dilahirkan pada 31 Ogos tahun lalu.

Putera kesayangan Mona itu menjadi pelengkap bahagianya bersama suami dan kini masa lebih banyak diisi dalam memberi perhatian dan membesarkan Petra.

Terdahulu, Mona dan Pekin menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 31 Ogos tahun lalu selepas menanti cahaya mata selama empat tahun.

Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM