Susulan kes penculikan bayi berusia sembilan oleh cucu pengasuh baru-baru ini, ternyata meninggalkan kesan trauma buat mangsa dan ibu bapanya.
Menerusi perkongsian di mStar, ibu kepada Noor Raisya Mohamad Rahimi, Farisha Amirah, 24, menyatakan sehingga kini anak sulungnya itu seolah ketakutan selepas insiden tersebut.
Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang merupakan warga emas memaklumkan cucu perempuannya melarikan Noor Raisya ketika dia sedang solat di kediamannya di Bukit Tengah, Pulau Pinang.
“Saya dengan husband balik kerja nak ambil Raisya dekat rumah pengasuh kira-kira jam 6 petang. Elok sampai depan pintu rumah, pengasuh beritahu cucu dia dah larikan anak saya.
“Kami terus ke balai polis buat laporan dan operasi mencari Raisya dipergiatkan.”
Tambah Farisha lagi, setelah enam jam mencari, polis berjaya menahan suspek utama yang berusia 14 tahun bersama dua lelaki termasuk teman lelakinya di Bukit Mertajam jam 11.50 malam.
Ads
Bagaimanapun, Raisya tidak berada dengan suspek ketika dia ditangkap.
Tidak lama kemudian, Raisya ditemui dalam satu lagi serbuan di rumah teman lelaki suspek di Kulim, Kedah dan bayi tersebut ada bersama ibu dan bapa tiri kekasih gadis terbabit.
Polis bawa anak ke Hospital Bukit Mertajam selepas dijumpai, jadi kami terus ke sana untuk buat pemeriksaan.
Syukur anak saya selamat cuma sekarang dia trauma. Dia takut kalau dibaringkan. Jadi saya pun bawa dia ke klinik dan buat rawatan Islam untuk dia.
Mengaku anaknya hasil hubungan dengan teman lelaki
Bagaimanapun, menurut Farisha, pada Isnin (29 Ogos) Raisya baru selesai buat pengesahan DNA sebab suspek tiba-tiba mengaku yang anak saya ni sebenarnya hasil hubungan dengan teman lelaki dia.
Ads
Susulan kejadian, pasangan suami isteri ini juga melihat rakaman litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan gadis ini melarikan anaknya menggunakan motosikal jenis Hinda EX5.
Sementara itu, Farisha turut menitipkan pesan kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak kepada pengasuh agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tak diingini seperti berlaku padanya.
“Pastikan kita siasat dulu latar belakang famili pengasuh atau yang hantar je taska. Sebolehnya biarlah kejadian ini menjadi peringatan buat semua,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, mereka adalah dalang utama kes, remaja perempuan berusia 14 tahun, teman lelakinya dan seorang rakan lelaki masing-masing berusia 18 tahun.
Ads
Turut direman adalah ibu dan bapa tiri teman lelaki suspek yang berusia 43 dan 30 tahun.
Kelima-lima suspek yang tiada rekod jenayah lampau direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Bagi menghargai kesabaran mak ayah mendidik anak-anak istimewa atau kurang upaya (OKU) atau pemilik kad OKU itu sendiri boleh memohon untuk mendapatkan road tax percuma dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ini merupakan salah satu kelebihan kad OKU yang masih ramai tidak tahu.
Perkongsian seorang ibu yang berkongsi mengenai hal ini dan cara-cara untuk memohonnya boleh dijadikan panduan buat semua. Jangan ketinggalan!
Untuk ibu bapa semua, ini merupakan salah satu kelebihan jika anda daftar untuk kad OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu boleh dapat road tax JPJ secara percuma! Pengalaman saya melalui proses buat kad OKU ini dengan JPJ Bangi hanya 15 minit sahaja, pantas!
Apa yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman adalah:
1. Terus saja pergi JPJ negeri/cawangan.
2. Pastikan anda tahu siapa pewaris sebenar untuk anak-anak OKU sama ada ibu atau ayah. Macam dalam situasi saya, saya adalah pewaris Dilan, ibu.
3. Muat turun aplikasi JPJeQ sebelum pergi ke cawangan JPJ. Anda memerlukan aplikasi ini untuk imbas kod QR di kaunter JPJ bagi mendapatkan nombor giliran. Untuk OKU, ibu hamil dan warga emas, akan ada laluan khas untuk proses lebih cepat.
4. Pastikan bawa siap-siap salinan IC/MyKid anak OKU walaupun tiada dalam senarai dokumen perlu dibawa.
5. Waris perlu pastikan anak-anak dah ada kad fizikal OKU sebelum mohon dengan JPJ ini. Kalau masih dalam proses atau belum dapat kad OKU secara fizikal, pihak JPJ tidak akan terima sebarang permohonon untuk dapatkan road tax percuma ini.
6. Penting untuk anda tahu bahawa kalau kereta nama waris, kena sama nama waris OKU tau. Contoh: tak diterima kalau kereta nama ayah tapi waris rasmi dalam sistem JKM ialah ibu. Boleh semak dekat JKM nama waris ini juga.
Dokumen perlu dibawa:
1. Kad OKU
2. Kad pengenalan OKU
3. Kad pengenalan waris
4. Lesen waris
5. Geran kenderaan
6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ
Syarat permohonan:
1. Mempunyai lesen memandu.
2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
kelebihan kad oku
Foto: Harian Metro (contoh kad OKU)
*Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contoh, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan. Untuk makluman, caj percuma hanya untuk road tax sahaja. Insuran tetap perlu dibayar ya!
Semua anak sekarang dalam trend bermain Beyblade. Dulu pernah popular dan kini ia kembali. Pasti saja anda juga pernah kena ‘pow’ dengan anak-anak untuk belikan mereka Beyblade kan? Paling tidak mesti mereka ada dua atau tiga buah mainan ini dalam koleksi. Beyblade ni ada beberapa jenis.
Disebabkan permainan ini tengah trending, kuali emak diambil untuk jadi gelanggang perlawanan. Lucu betul! Beyblade ada yang kuat, ada yang biasa. Macam mana kita nak kenal pasti yang mana elok untuk anak-anak. Yalah, agar tak mudah rosak dek kerana asyik kalah ketika berlawan dengan orang lain.
Ini perkongsian hebat seorang ayah dari pemerhatiannya tentang kualiti Beyblade yang bagus jika anda mahukan belikan untuk anak-anak. Tak adalah selalu berhabis nak kena belikan yang baru untuk mereka.
Berdasarkan kes study anak yang selalu kalah.
Tip untuk ayah dan mak-mak di luar sana nak cari Beyblade yang hebat (kes study, sebab apa kakak selalu kalah, adik jer selalu menang. Boleh tengok gambar ni ya.
Memang berguna betul hasil kajian ayah ini. Moga-moga dapat membantu Mama Papa yang lain untuk beli Beyblade uat anak-anak. Selamat mencuba!
Sejak kebelakangan ini tular mengenai beberapa jenis tanaman dalam rumah seperti lidah jin yang dikatakan mampu menyedut udara kotor selain memberi kesegaran kepada ruang rumah.
Disebabkan menjadi tular, tanaman ini antara yang menjadi terlaris setakat ni di jual sama ada di kedai-kedai bunga ataupun secara atas talian.
Namun, menerusi laporan Bernama baru-baru ini, pokok tersebut juga mempunyai kesan buruk terhadap manusia.
Risiko untuk individu yang lemah sistem imuniti
Menurut ahli Kimia, Dr Fatimah Salim, dia melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma.
“Ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya .
Tambah Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah.
“Antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri,” katanya.
Berwaspada bagi yang ada anak kecil
Dalam pada itu, menerusi satu posting Pusat Racun Negara, 7 Jun lalu, pihak berkenaan menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin.
Bahan ini dikatakan boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
“Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” kata pengendali akaun tersebut.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...