Pelakon Adam Corrie melakukan kejutan apabila membawa Adam Fateh Lee untuk berjumpa dengan neneknya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Adam berkongsi video emaknya yang sedang mendukung anaknya sehingga membuatkan netizen berasa sebak.

“@adamfatehlee jumpa Amaa. Happy je Fateh dapat jumpa Amaa (nenek dalam bahasa hokkien).

“Amaa pun seronok dapat jumpa cucu dia. Saya panggil mak saya Maa. Amaa bermaksud nenek.

“Kalau atok, panggil Kong Kong atau Akong. #adamcorrie #cinaHokkien #cinaMuslim,” tulisnya.

IKLAN

Rata-rata mengakui terkesan dengan video yang dikongsikan itu dan mendoakan agar keluarga itu sentiasa diberikan hidayah.

“@wawa5743: Meleleh jugak air mata amaa @adamcorrielee”.

“@turosri: Alhamdulillah, ceria seorang ibu tengok generasinya. Bahagia hendaknya buat semua family awak. Rukun yang penting. Moga terus di kurniakan kesejahteraan dari Allah SWT. Amin.”

IKLAN

“@masniabdullaha: Sayangnya Amaa ke @adamfatehlee. Caring sangat nampaknya. Semoga Amaa diberikan kesihatan yang bagus dan mendapat hidayah memeluk agama Islam sebelum pengakhiran hidup dia. Ameen Ya Rab.”

“@norazuramohd: Amaa nangis ek. Nanti ajar Fateh cakap hokkien.”

Ada juga netizen berasa lucu dengan mak Adam Corrie apabila susah nak menyebut nama Fateh. Apa pun memang nampak gembira di wajah ibu Adam Corrie apabila melihat cucunya itu.

Sementara itu dalam post terbarunya juga, Adam Corrie Lee turut melayan permintaan ibunya untuk makan mee wantan.

IKLAN

Layanannya pada ibu buat ramai yang bangga kerana walaupun berlainan agama, sikap menghormati dan kasih sayang Adam Corrie Lee tak pernah pudar.

Sumber: AdamCorrieLee

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI