Antara diam dan aktif, yang mana anak baik? Persoalan ini yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan ibu bapa.
Anak yang diam lebih merisaukan daripada anak yang aktif bergerak melakukan itu ini. Mungkinkah anak diam itu sakit? Mungkinkah anak diam itu ada masalah dan perlukan bantuan yang tidak boleh diluahkan?
Kanak-kanak seharusnya aktif dan gembira bermain ke sana ke mari.
Ads
TETAPI…
Anak yang terlampau aktif bergerak tanpa tahu batasan hingga mengganggu harta benda dan orang lain juga perlu dirisaukan. Adakah dia perlukan rawatan intervensi oleh pakar ataupun adakah peraturan dan disiplin oleh ibubapa terlalu longgar dan permisif?
Ads
NAMUN…
Ada juga anak yang sifat semulajadinya pendiam atau ‘slow to warm up’. Anak ini tidak sakit, anak ini baik cuma dia mengambil masa untuk bersuara dan berkawan. Itu normal bagi sesetengah orang. Anak ini perlu diajar malu kena tempat.
Diam atau aktif yang mana lebih baik bergantung kepada sifat semulajadi anak, persekitaran, konteks, dan keadaan.
Ads
Tidak semestinya diam itu baik dan aktif itu tidak.
Tidak semestinya aktif itu baik dan diam itu tidak.
Semua ibu ayah pernah marah anak. Tapi marah pun kena ada adab yang betul baru. Barulah marah kita berkesan dalam sudut hatinya dan tak akan ulangi lagi kesalahan tersebut. Macam mana pula adab untuk memarahi anak?
Ilmu keibubapaan ini memang sangat luas dan banyak perlu dipelajari. Belajarlah dari mereka yang pakar supaya kita dapat mendidik anak dengan lebih baik dan yang penting si kecil membesar sebagai individu yang positif dan normal.
Terapis Cara Kerja terkenal, Maryam Jamadi berkongsikan ilmu mengenai adab memarah anak yang mesti dikuasai oleh semua ibu bapa.
Adab memarah anak.
BIARKAN MEREKA MENANGIS
Baby bawah 2 tahun memang akan menangis bila tak dapat apa yang dia nak, sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi. Tapi masalah bila, kita secara tak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia nak demi tak nak anak menangis. Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk. Contohnya beli mainan, bila kita dah biasa beri apa yang dia nak seawal bawah 2 tahun.
“Frustration tolerance”, sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Kena ajar anak perasaan “frust”, tak dapat apa yang dia nak main, tak dapat apa yang dia nak makan, tak dapat apa yang dia nak pakai, tak dapat pergi tempat yang dia nak dan sebagainya. Sebab dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita nak akan dapat. Melainkan melalui usaha, tapi usaha pun tak menjamin kita akan dapat apa kita nak.
Contohnya: 1. Anak jatuh sikit sebab terlanggar meja. Mula-mula tengok respon dan keadaan, kalau ok kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kenapa jatuh dan macam mana nak elakkan jatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.
2. Anak menangis nak coklat kinderjoy. Sebelum ke kedai yang ada jual coklat ni, kalau memang kita nak belikan bolehlah minta dia siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu baru dapat. Kalau dia mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila dah ok dan tenang, baru terangkan kena tak boleh (Social story).
3. Anak menangis bila kalah main game. Biarkan dia. Bagi dia rasa “frust”, dan belajar sendiri cara kawal.
4. Anak mengamuk nak ikut kita keluar. Biarkan dia settle “luahkan” perasaan. Selepas itu baru distract dengan benda lain.
5. Anak mengamuk taknak makan sebab nak makan junk food. Ok, tak payah makan. Nanti next masa makan, dia akan belajar yang bila skip makan nanti lapar.
Kadang-kadang risau, bila jumpa ada yang umur 6 tahun masih makan bersuap, tak pandai pakai baju sendiri tapi abc 123 pandai. Bukan sebab “developmental delay”, tapi sebab semua A-Z mak buatkan. Lepas di ceramah 30minit, sebulan lepas tu tiba-tiba terus pandai makan dan pakai baju sendiri. Semakin kita “overprotective”, semakin kita membesarkan “adult baby”.
Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata “lelaki tak boleh menangis”, ini salah. Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan pada semua manusia untuk meluahkan perasaan bukan untuk perempuan sahaja. Sebab itu kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki, sebab mereka lupa cara untuk meluahkan perasaan . Sebab apa? Sebab “lelaki tak boleh menangis”.
Mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita, kena kuatkan ketahanan “getah” itu. Untuk persiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar
Sekian bebelan saya.
Maryam Jamadi Occupational Therapist
TAMBAHAN: Unfo ini untuk bayi yang umur 6 bulan ke atas ye, biasanya masa ini sudah pandai “memanipulasi” mak ayah untuk dapat apa dia nak dengan menarik rambut mak ayah, menghentak kaki, membaling barang dan sebagainya. Peranan mak ayah adalah untuk BETANYA dahulu pada anak apa yang dia inginkan sebelum menggunakan teknik “cry it all” untuk membendung habit yang tidak diingini.
Sumber: Maryam Jamadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum kita nak salahkan lampin punca anak ruam dan naik merah-merah, sepatutnya ibu bapa kena kenal pasti punca-punca kesalahan dari kita sendiri.
“Eh kesalahan apa pulak tu?”
Perkongsian dari Puan Aizah Zarirah ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu bapa yang mungkin tak sedar kesilapan yang dilakukan.
Penggunaan krim yang salah salah satu punca terjadinya ruam!
Memang sekarang semakin banyak jenis krim untuk merawat ruam lampin bayi di pasaran untuk kita pilih. Tetapi sebagai ibu bapa, kita kenalah bijak membaca kandungan pada label belakang. .
Pastikan krim yang kita pilih ni bebas dari bahan yang berbahaya.
Lepas tu semak lah mana tau jada di antara bahan di dalam krim tersebut menyebabkan kulit bayi kitanaik ruam. Kadang-kala kulit bayi kita lebih baik jika tidak dipakaikan apa-apa krim.
2) Tak membersihkan kotoran dengan betul
Ini punca ruam lampin bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang, kadang kala kita cuci sambil lewa, paling malas pun cuci pakai tisu basah je.
Ya memang air kencing bayi bukanlah terlalu kotor. Tetapi kulit bayi sangat sensitif.
Bukan tu je, cara membersihkan bayi lelaki dan perempuan pun berbeza. Bagi bayi perempuan, pastikan kekotoran tidak termasuk ke dalam vagina mereka dengan membersihkan dari arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya.
3) Salah bagi makanan pejal
Kita memang teruja kalau anak kita dah mula boleh makan makanan pejal. Terasa macam nak bagi mereka cuba semua benda!
Tapi pernah tak kita pikir dan ingat kembali, adalakah selepas mula makan makanan pejal, bayi kita mula naik ruam lampin?
Mereka mungkin alergi terhadap sesuatu makanan yang diberikan kepada mereka. Sebab itulah penting untuk kita memerhatikan reaksi dan perubahan anak kita selepas mencuba makanan yan baru. Praktikkan ‘4 days wait rule’ ketika perkenalkan makanan pada bayi kita.
Dengan ini, kita boleh mengelak alahan anak sambil memastikan anak tak terkena ruam lampin bayi lagi.
4) Jarang tukar lampin
Akak ada juga perhati sesetengah ibu bapa ni, selagi lampin tak bergayut ke bawah tak adanya nak pergi tukar.
Sepatutnya tukar lampin ni kena dengan kerap. At least 4 jam sekali. Jangan fikir membazir semua tu untuk kebaikan anak kita.
5) Jangan guna bedak talkum
Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan keradangan kulit bayi.
Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi kita.
Pastinya dalam kalangan ibu bapa masih tak perasan sama ada anak speech delay atau pun tak. Ini kerana kebanyakan anak-anak hari ini lebih suka tengok gajet dan televisyen. Jadi ibu bapa berpendapat, anak diam bagus kerana dia fokus pada cerita yang ditontonnya.
Namun begitu, dalam tak sedar ia sebenarnya penyumbang kepada anak speech delay atau lambat cakap. Kes ini dah banyak berlaku dan rata-ratanya lambat dirujuk pada pakar sehinggalah anak nak masuk tadika.
Doktor sahkan anak speech delay
Kisah ibu ini, Engku Dewi Noraniza mengenai anaknya, Muhammad Yusuf Anaqi berusia 3 tahun yang dikategorikan speech delay pada usia 2 tahun lebih tetapi mula menunjukkan perkembangan positif selepas melakukan aktiviti dan rawatan susulan boleh dijadikan panduan.
Anak saya berusia 3 tahun dan adalah kanak-kanak yang ada masalah ‘speech delay’ selepas didiagnos oleh doktor. Sekarang sedang menjalani terapi di Hospital Serdang. Sepatutnya bagi kanak-kanak normal, usia 2 tahun lebih dah boleh sebut satu perkataan bermakna tapi Yusuf Anaqi hanya bercakap dalam bahasa jargon.
Tapi dia boleh faham apa yang saya cakap atau arahkan dia cuma dia nak beritahu atau cerita sesuatu saja yang tak boleh lagi.
Pada usia yang masuk 3 tahun ini saya perlu buat sesuatu untuk pastikan dia boleh fokus pada sesuatu aktiviti. Walaupun sudah menjalani terapi tapi saya rasa itu tidak mencukupi untuk membolehkan anak saya bercakap jadi saya mengambil alternatif lain.
Saya banyak merujuk aktiviti untuk kanak-kanak ‘speech delay’ maka tercetuslah aktiviti menyeronokkan seperti ini.
Alternatif bagi anak yang sukar fokus
Pada awalnya niat saya membuat aktiviti ini adalah untuk menarik minat dan fokus anak saya memandangkan dia sukar untuk fokus apabila menggunakan buku.
Saya bercadang untuk menghantar anak ke sekolah tahun hadapan tapi saya risau dia tidak boleh fokus jika guru mengajar dan akan mengacau kawan-kawan lain.
Permulaannya saya buat aktiviti board yang dia suka. Tujuannya bukan untuk dia menghafal setiap perkataan yang ditulis tetapi untuk dia minat belajar. Ibaratnya belajar sambil main.
Setiap kali bermain dengan anak, saya akan berkomunikasi dengannya untuk galakkan dia bercakap. Setiap gambar saya sertakan dengan cerita atau penerangan yang berkaitan dengan aktiviti harian.
Segelintir orang mungkin salah faham yang perkataan itu sungguh berat untuk kanak-kanak speech delay sepertinya tetapi setiap aktiviti yang saya buat bukan untuk tujuan menghafal semata-mata.
Selain itu, saya juga ada membuat aktiviti lain untuk melatih otot muka, kaki, tangan dan sebagainya. Setiap aktiviti yang saya buat saya banyak rujuk melalui youtube. Cuma activity board ni saya ketengahkan untuk curi sedikit fokus dari anak.
Dah mula nampak perubahan
Kongsi Dewi Noraniza lagi, alhamdulillah setakat ini dah ada perubahan. Sedikit sebanyak anak sudah mampu mengikut apa yang saya tuturkan walaupun dalam nada pelat dan anak juga mampu memberi fokus dengan setiap aktiviti yang saya lakukan bersamanya. Niat saya hanya untuk berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang anak speech delay dan tak sangka ramai juga yang berada dalam situasi saya.
Walaupun aktiviti ini baru dimulakan sejak sebulan yang lepas, nampak anak Yusuf Anaqi mula tunjukkan minatnya. Mulanya saya buat satu sahaja untuk tengok reaksi dia bermain lama kelamaan dia jadi minat. Lepas itu, saya buatkan lagi dan dia memang suka dan lebih fokus.
Kebetulan memang pakar syorkan untuk buat aktiviti bersama anak. Jadi saya banyak google aktiviti yang boleh dilakukan. Mana yang boleh DIY sendiri, saya akan buat. Kebanyakannya saya gunakan barang yang murah saja. Semua saya beli dekat kedai RM2.10.
Syukur alhamdulillah daripada apa yang saya lakukan bersama-sama dengannya dia dah boleh fokus dan ikut apa saya ajar. Paling buatkan saya dan suami bangga, Yusuf Anaqi mampu keluarkan perkataan bermakna walaupun pelat. Bukan itu saja, setelah sekian lama akhirnya terkeluar juga perkataan mama papa untuk memanggil kami.
Kredit:Engku Dewi Noraniza
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!