Diam Atau Aktif Selagi Tak Ada Masalah, Jangan Bandingkan. Setiap Anak Lain-Lain

Share

Antara diam dan aktif, yang mana anak baik? Persoalan ini yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan ibu bapa.

Anak yang diam lebih merisaukan daripada anak yang aktif bergerak melakukan itu ini. Mungkinkah anak diam itu sakit? Mungkinkah anak diam itu ada masalah dan perlukan bantuan yang tidak boleh diluahkan?

Kanak-kanak seharusnya aktif dan gembira bermain ke sana ke mari.

TETAPI…
Anak yang terlampau aktif bergerak tanpa tahu batasan hingga mengganggu harta benda dan orang lain juga perlu dirisaukan. Adakah dia perlukan rawatan intervensi oleh pakar ataupun adakah peraturan dan disiplin oleh ibubapa terlalu longgar dan permisif?

NAMUN…
Ada juga anak yang sifat semulajadinya pendiam atau ‘slow to warm up’. Anak ini tidak sakit, anak ini baik cuma dia mengambil masa untuk bersuara dan berkawan. Itu normal bagi sesetengah orang. Anak ini perlu diajar malu kena tempat.

Diam atau aktif yang mana lebih baik bergantung kepada sifat semulajadi anak, persekitaran, konteks, dan keadaan.

Tidak semestinya diam itu baik dan aktif itu tidak.
Tidak semestinya aktif itu baik dan diam itu tidak.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Published by
Wan Amalia Mohd Daud